Pengguna:Kiai2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-I'tisam, Taman TTDI Jaya, Shah Alam telah mencapai kata sepakat bercadang untuk membina masjid baru yang akan dikenali sebagai Kompleks Islam Al-I'tisam atau KIAI bagi menggantikan masjid sedia ada. KIAI akan mengandungi sebuah Masjid, Maahad Tahfiz, Pangsapuri Kakitangan dan Guru, Dewan Serbaguna dan Pusat Masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau kecil yang dihadiahkan oleh pihak pemaju pada tahun 1996. Bangunan masjid diperbesarkan dari masa ke semasa hingga kini dimana saiznya adalah lima kali ganda saiz asal. Walaupun masjid ini "hidup" dengan pelbagai aktiviti tetapi bangunannya yang daif dan serba tidak selesa tidak lagi mampu memenuhi keperluan masyarakat setempat. Kehadiran sekitar 3,000 ke 4,000 jemaah pada setiap kali waktu puncak (Solat Jumaat) melimpah hingga keluar dan terdedah kepada hujan dan panas. Perkara ini mengundang ketidakselesaan para jemaah dalam mengerjakan ibadah apabila setiap kali mengunjungi masjid.

Setelah 15 tahun, masjid ini sudah berada dalam keadaan uzur dan usaha penyelenggaraan dan baik pulih tidak lagi 'cost effective'. Bangunan masjid sediada diperluaskan dan pelbagai fasiliti ditambah dari masa kesemasa seiring dengan keperluan jemaah hasil sumbangan orang ramai. Melalui ukhuwah dan komitmen semua pihak, masjid sediada telah berjaya berfungsi dengan baik serta memainkan peranannya dalam masyarakat. Keadaan persekitaran telah banyak berubah dengan kemajuan pesat dan penduduk yang lebih ramai. Sudah sampai masanya sebuah masjid yang lebih selesa serta lengkap fasiliti selaras dengan perkembangan di kariah TTDI Jaya itu sendiri dapat dibangunkan segera. Sehubungan dengan itu, pihak masjid telah mengambil keputusan untuk melaksanakan pembangunan KIAI dengan harapan ia dapat memenuhi keperluan umat Islam setempat. KIAI juga di harap menjadi katalis kepada penjanaan generasi soleh yang tunduk serta patuh kepada Allah dan Rasul.

Generasi ini juga akan berperanan memimpin masyarakat mencari keredhaan Allah dengan kehidupan bersepadu dalam maksud berjaya didunia dan berjaya juga diakhirat. MISI kami ialah untuk melihat masjid kembali berfungsi sepertimana di zaman kegemilangan Islam dahulu. Masjid berperanan sebagai medan pembangunan ummah dibawah kesatuan Islam sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia. Dalam mesyuarat penyelarasan AJK masjid dan pihak konsultan projek pada 29 September yang lalu, keputusan telah dibuat untuk memberi keutamaan kepada bangunan masjid. Oleh yang demikian, PEMBANGUNAN FASA 1 akan melibatkan pembinaan Tingkat Bawah dan Tingkat 1 DewaN Solat Utama dan Dewan Solat Terbuka atau Podium. Kos pembinaan FASA 1 dianggarkan sebanyak RM5.0 juta. DANA KIAI yang terkumpul setakat ini berjumlah RM 600,000.00. Kami dengan rendah hati dan penuh harapan ingin memohon jasa baik semua pihak agar dapat menyalurkan sedikit sumbangan kepada pembinaan KIAI ini. Pihak AJK menjangkakan kelulusan pelan bangunan akan diperolehi selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini. Harapan kami supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan dalam bulan Januari atau Februari 2012 tahun hadapan.

Pihak masjid mengambil sikap berpandangan jauh dalam perancangan KIAI ini. Sebuah kompleks sebesar KIAI pasti memerlukan kos operasi dan penyelenggaraan yang besar apabila siap kelak. Oleh itu, satu aktiviti ekonomi perlu diadakan untuk memenuhi keperluan tersebut. KIAI juga di bangunkan agar boleh menjadi tauladan kepada pembangunan lain yang seumpama dengannya dimasa akan datang. Dewan Serbaguna dan Ruang Komersial termasuk hotel berperanan sebagai aktiviti ekonomi KIAI menjana kewangan bagi menampung kos operasi, penyelengaraan, serta aktiviti-aktiviti masjid seperti kuliah, membantu fakir miskin serta muallaf, program dakwah dan sebagainya.Kos pembangunan keseluruhan projek KIAI dianggarkan sebanyak RM29 juta. KIAI akan dibangunkan dalam 3 FASA. Dimulai dengan Pembinaan Bangunan Masjid secara keseluruhan meliputi Ruang Solat Utama dan Podium, FASA 2 pembinaan Blok Maahad Tahfiz dan FASA 3 Pejabat dan Ruang Komersial termasuk hotel dan lain-lain fasiliti tambahan. KOS PEMBANGUNAN Mengikut FASA adalah di jangka seperti berikut:

                           1. FASA 1  ~   RM13.0 Juta  
                           2. FASA 2  ~   RM6.0 Juta
                           3. FASA 3  ~   RM10.0 Juta
  • Pembangunan FASA 1 dijangka bermula pada penghujung tahun 2011 dan keseluruhan projek siap dibangunkan menjelang 2014.

KOMPLEKS ISLAM AL I"TISAM

Pihak Kompleks Islam Al-I'tisam akan cuba membantu anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut yang diperlukan atau jawapan kepada sebarang persoalan yang dikemukakan. Jutaan TERIMA KASIH kerana kesudian anda berhubung dengan kami.

PEJABAT PROMOSI DAN DANA KIAI, NO.20-1, JALAN OPERA J U2/J, TAMAN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR Darul Ehsan, MALAYSIA.

TEL: +6 03 7846 1880 FAX: +6 03 7846 0447 E-MAIL: kiai@alitisam.my

AKAUN KOMPLEKS ISLAM AL-I'TISAM: MAYBANK: 5624 7813 0016 CIMB: 1261 0001 211 102 BIMB: 12-038-01-010864-7