Pengguna:Pertubuhan sahabat alam sekitar malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN

Pertubuhan Sahabat  Alam  Sekitar Malaysia (SAS) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan  (NGO)  yang  ditubuhkan  pada  05hb  Ogos 2011, peranan pertubuhan SAS ini adalah untuk   memberikan khidmat didalam memelihara alam sekitar di laut dan di daratan bumi serta di ruangan udara, di mana program dan aktivitinya dirangka sebegitu kemas demi generasi masa hadapan. Pada masa kini pemeliharaan alam sekitar dicemari oleh anasir- anasir perosak terutamanya oleh aktiviti manusia itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai manusia menjaga keindahan muka bumi ini daripada dimusnah oleh gejala kecuaian manusia.    Bagi mengekal dan memulihara  alam sekitar, berbagai cara dan kaedah boleh diguna pakai  untuk meningkatkan  rasa  tanggungjawab kita terhadapnya.

Bagi Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) menitikberatkan pendidikan,  penjagaan,  keselamatan, pemuliharaan  dan  tanggungjawab  terhadap  isu- isu alam sekitar isu-isu dan masalah alam sekitar kini mendapat perhatian di pelbagai peringkat kerana ianya mempunyai implikasi bukan sahaja ke atas generasi masa  kini  tetapi  juga  masa depan.

VISI

Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia dan semua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua habitat dipelihara  dan  dijaga  dengan  selamat demi generasi masa depan.

MISI

Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan keselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental.

TUJUAN, MATLAMAT & FUNGSI

(1)   SAS akan menubuhkan mini muzium alam sekitar di setiap negeri untuk menghimpun dan mempamerkan bahan-bahan yang mesra alam yang melibatkan penyelidikan, pembangunan serta perkembangan Teknologi Hijau. Mini muzium ini juga mempunyai ruang khas untuk mini landskap dimana terdapat penanaman pokok bakau dan pelbagai jenis tumbuhan herba akan ditanam untuk meningkatkan lagi nilai estetika mini muzium. Disamping itu, ia juga merupakan salah satu usaha pertubuhan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyrakat mengenai alam sekitar serta menyokong usaha kerajaan kearah mencapai status negara maju dengan adanya pembangunan alam sekitar yang berkualiti dan menyeluruh.

(2)   Melancarkan majalah iklan (ECOBIZ) yang mana majalah iklan ini dikeluarkan bertujuan untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti, program dan kempen tentang Alam Sekitar. Di samping itu juga, majalah iklan ini akan diedarkan secara percuma kepada orang awam dan ianya memberikan kemudahan dan faedah kepada pengusaha syarikat untuk mengiklankan produk keluaran mereka.

(3)      RAKAN KORPORAT (Partnership) akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang memberi sumbangan  dana kepada SAS. Dimana SAS akan memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan syarikat yang menjadi rakan koporat (Partnership) dalam aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Selain itu, rakan korporat juga layak mendapat sijil pengiktirafan dan dibenarkan untuk menggunakan logo SAS ketika melakukan promosi barangan mereka sekiranya barangan tersebut didapati diperbuat daripada bahan-bahan yang bersifat mesra alam kepada masyarakat dan alam sekitar.

(4)      ‘My Squad SAS’ atau sukarelawan ditubuhkan untuk semua peringkat iaitu golongan kanak-kanak, pelajar, remaja, orang dewasa dan juga warga emas serta warganegara asing yang difikirkan layak bagi  melaksanakan aktiviti murni dan secara sukarela. Rakan ‘My Squad SAS’ diberi kelebihan dan keutamaan untuk mengikuti segala aktiviti dan program yang dianjurkan oleh SAS.

(5)      Melindungi hidupan liar daripada terancam dan pupus dari segi menyediakan kawasan penyimpanan untuk  jangkamasa panjang dan menjalankan kempen kesedaran mengenai kesan negatif aktiviti pembalakan secara berterusan dan pemburuan hidupan liar secara haram.

(6)      Mempromosi Penggunaan Produk Biodegradable  bahan  mudah urai boleh mengantikan pengunaan plastik dan Polypropylene (PP) yang  merupakan  barangan yang tidak boleh dilupuskan dan mencemarkan sumber alam sekitar pihak SAS merancang Pengantian pengunaan plastik di semua negeri bagi menjaga   eko   alam   semula   jadi   dan   menjaga habitat alam hidupan darat dan laut, pengantian pengunaan plastik secara berperingkat dan digantikan dengan pengunaan Biodegradabl

(7)      Menjalankan program penanaman anak pokok bakau dalam usaha memelihara dan memulihara Hutan Paya Bakau agar ia terus memberi manfaat terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Mengutamakan penjagaan ekosistem hutan bakau kerana ianya merupakan zon penampan semula jadi untuk mengurangkan dan mencegah hakisan pantai oleh ombak ,angin dan arus laut. Pokok Paya Bakau juga berfungsi menjadi tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis hidupan air dan daratan. Habitat ini perlu dikekalkan kerana ia berupaya menjadi   kawasan ‘ekopelancongan’ dan khazah semulajadi utama Negara.

(8)   Menganjurkan seminar, forum, perbahasan, dialog, kempen, penerbitan media dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai peri pentingnya penjagaan alam sekitar dan memastikan kehidupan lebih selamat dan sejahtera kepada masyarakat dan juga kepada majlis kerajaan tempatan, industri perkilangan, pelancongan Perhotelan perladangan, asa tani, perikanan, petrolium, gas dan marin.

(9)   Memberi pengetahuan kepada ahli-ahli, rakan korporat dan MySkuad tentang ilmu pengetahuan teknologi moden terutamanya yang berkaitan dengan mesin berteknologi baru seperti mesin  pembuatan bag dari bahan-bahan pertanian seperti jagung dan ubi kayu bagi mengantikan pengunaan plastik beg. Teknologi moden  bagi menjaga air laut dan kehidupan laut juga SAS membuat kajian selidik seperti pembinaan biorock yang merupakan teknologi terkini bagi menjaga kehidupan batu karang dan ekosistem laut serta menjaga kualiti air laut daripada pecemaran. 

(10) Bekerjasama dengan badan-badan korporat, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara dan luar negara yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat  atau yang prihatin terhadap alam sekitar.

(11) Memberi pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan kitar semula seperti  barang-barang terpakai, minyak masak dan barang-barangan elektronik .

(12) Menjalankan program di luar negara yang melibatkan negara Asia dan negara Komanwel dalam misi ‘Save Environment’. Misi ini dijalankan untuk bersama-sama membantu persatuan-persatuan di negara Asia dan negara Komanwel dalam memastikan penggunaan alam semula jadi adalah adil dan mengekalkan khazah alam untuk generasi masa hadapan.

(13) Menggalakan Penggunaan tenaga solar sebagai usaha  penjimatan dalam penggunan  kadar penjimatan elektrik  secara tidak langsung dapat mengelakkan gas rumah hijau yang menghasilkan bahan api fosil. Kelebihan pertama dan utama tenaga solar adalah bahawa ia tidak mengeluarkan apa-apa gas rumah hijau. Dengan adanya SAS, kita dapat  mengembangkan penggunaan tenga solar kepada masyarakat serta pemaju-pemaju perumahan dan badan-badan kerajaan.

(14) Memperkenalkan alat Pemadam Api Mesra Alam “Fire Retardant”Kebanyakan kebakaran boleh dikawal jika ia ditemui pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, lebih daripada 90% daripada rumah-rumah di dunia tidak dilengkapi dengan alat pemadam api sebab yang mudah, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk mengendalikan alat pemadam api konvensional terutama dalam keadaan panik. kami berhasrat memperkenalkan penggunaan alat cegah kebakaran mesra alam melalui teknologi terkini  


(15) SAS akan menjalankan usahasama dengan Majlis Kerajaan Tempatan setiap negeri bagi  hal-ehwal dalam isu alam sekitar, sebagai contohnya pengurusan sisa pepejal, Sampah, Sisa Buangan Industri, Restoran. SAS juga, akan menegahkan supaya undang-undang kecil Kerajaan Tempatan mewajibkan  kepada usahawan-usahawan yang berdaftar dibawah Majlis menggunakan “Bio Beg” Mesra Alam sebagai contoh. Ini  adalah bertujuan meminimumkan penggunaan beg plastik & bekas makanan berasaskan “polistrin” yang sukar dilupuskan.

 

SAS juga akan memohon tapak/tanah/bagunan dari badan kerajaan, badan berkanun, badan swasta dan pihak individu untuk menjadikan pejabat,mini muzium(gallery) dan institut penyelidikan untuk memperkasakan SAS sebagai NGO yang  memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat serta dapat memberi dan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan institusi penyelidikan di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta

Antara isu-isu alam sekitar yang sering dibangkitkan termasuk pencemaran udara, pencemaran air, laut serta kehilangan biodiversiti dan  perubahan  iklim  global. Punca utama masalah-masalah ini ialah pembangunan fizikal yang tidak terkawal, gaya hidup dan corak penggunaan (consumption patterns) dan perbuatan manusia yang kurang bertanggungjawab. Isu-isu ini jika tidak ditangani akan membawa kesan-kesan negatif temasuk menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.