Pengimbangan beban (pengkomputeran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengimbangan beban atau pengimbangan muatan dalam sesebuah rangkaian komputer ialah kaedah bagi mengagihkan beban kepada lebih daripada satu sumber-sumber pengkomputan, contohnya komputer, gugusan komputer, pautan-pautan rangkaian, unit-unit pemprosesan pusat atau pemacu-pemacu cakera. Pengimbangan beban bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber, memaksimumkan daya pemprosesan, meminimumkan masa jawapan, serta mengelakkan beban berlebihan pada mana-mana sumber tersebut. Penggunaan lebih daripada satu komponen dengan pengimbangan beban berbanding satu komponen mungkin akan meningkatkan kebolehpercayaan menerusi kelewahan.