Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan
ڤڠواس ايميݢريسين دان ڤوست ڤمريقساٴن
Logo ICA
Intisari agensi
Dibentuk2003
Agensi-agensi terdahulu
  • Pendaftaran dan Imigresen Singapura
  • Jabatan Kastam dan Eksais
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat10 Kallang Road, Singapore 208718
Eksekutif Agensi
  • Clarence Yeo Gek Leong[1], Pesuruhjaya, ICA
Agensi induk
Kementerian Dalam Negeri
Laman sesawang
www.ica.gov.sg

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (Kependekan: ICA; Inggeris: Immigration and Checkpoints Authority; Cina: 移民与关卡局) merupakan sebuah badan di bawah Kementerian Dalam Negeri Republik Singapura.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ditubuhkan pada 1 April 2003 hasil daripada gabungan Pendaftaran dan Imigresen Singapura dan fungsi kawalan sempadan daripada Jabatan Kastan dan Eksais.

Badan ini ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal imigresen, pasport Singapura, kad pengenalan, pendaftaran rakyat, khidmat penduduk tetap, kastam serta mengeluarkan permit kepada warga asing seperti pas lawatan, visa bekerja dan pas pelajar.[2] ICA juga bertanggungjawab dalam melindungi sempadan Singapura. Ia juga memastikan bahawa pergerakan orang, barangan dan pemindahhakan adalah sah dan mengikut undang-undang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "CPIB and ICA to get new leaders". Asiaone.com. 30 Ogos 2010. Dicapai pada 31 Mac 2011.
  2. ^ "On Work pass and student pass, immigration and visa application". 3ecpa. Dicapai pada 1 Mac 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]