Penguasa Kewangan Singapura
| 新加坡金融管理局 (zh) Penguasa Kewangan Singapura (ms) Monetary Authority of Singapore (en) | |
| Maklumat am | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1971 |
| Bank pusat bagi | |
| Mata wang | Dolar Singapura SGD (ISO 4217) |
| Didahului oleh | Board of Commissioners of Currency Singapore (en) |
| Tapak sesawang | http://www.mas.gov.sg |
| Pentadbiran dan pengurusan | |
| Pengerusi | Tharman Shanmugaratnam |
| Perangkaan | |
| Rizab | 383 721 juta de dolar |
| Kadar bank | 5.35%[1] |
| Sasaran kaedah faedah | 5.35 % |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Singapura |
| Negara | Singapura |
| Koordinat | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Penguasa Kewangan Singapura (Jawi: ڤڠواسا كواڠن سيڠاڤورا) (bahasa Inggeris: Monetary Authority of Singapore,Tamil: சிங்கப்பூர் நாணய அதிகாரத்தின் singkatan: MAS; ) merupakan bank pusat dan pihak berkuasa kewangan bagi Republik Singapura. Ia menguruskan pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan wang, perbankan, insurans, sekuriti dan sektor kewangan pada umumnya, serta mata wang Singapura.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
MAS ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawasi fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan. Sebelum ditubuhkan, fungsi kewangan dilakukan oleh agensi dan kementerian pemerintah.
Ketika Singapura membangun, persekitaran perbankan dan kewangan yang rumit meningkat, di mana pentadbiran berkenaan hal-hal kewangan yang lebih dinamik dan koheren diperlukan. Oleh sebab itu, pada tahun 1970, Parlimen Singapura meluluskan Akta Penguasa Kewangan Singapura, yang membawa kepada pembentukan MAS pada 1 Januari 1971. Akta tersebut memberikan kuasa kepada MAS untuk mengawal atur segala dasar, perbankan dan kewangan di Singapura.
Tanggungjawab
[sunting | sunting sumber]Pada bulan April 1977, pihak pemerintah memutuskan untuk membawa keseimbangan industri insurans di bawah sayap MAS dan pada September 1984, fungsi Akta Industri Sekuriti (1973) juga dipindahkan ke MAS. Ini bermakna bahawa tidak seperti kebanyakkan bank pusat yang lain, MAS juga merupakan pihak berkuasa yang mengawal atur kewangan Singapura.
MAS telah diberikan kuasa untuk bertindak sebagai jurubank dan ejen kewangan Kerajaan. Ia juga telah diamanahkan untuk memperkenalkan kestabilan kewangan dan kredit serta pertukaran dasar kondusif bagi pertumbuhan ekonomi.
Alat
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti bank pusat lain seperti Sistem Simpanan Persekutuan atau Bank England, MAS tidak mengawal atur sistem kewangan melalui kadar faedah untuk mempengaruhi kecairan dalam sistem. Sebaliknya, ia memilih untuk melakukannya melalui mekanisme tukaran asing. Ia dilakukan dengan campur tangan dalam pasaran Dolar Singapura (SGD).[3]
Penerbitan wang kertas dan duit syiling
[sunting | sunting sumber]Setelah digabungkan dengan Lembaga Suruhanjaya Mata Wang pada 1 Oktober 2002, MAS dianggap berfungsi dalam penerbitan mata wang.
MAS mempunyai hak eksklusif untuk mengeluarkan wang kertas dan duit syiling di Singapura. Reka bentuk, matra dan denominasi mata wang terebut ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Kewangan dengan persetujuan pihak pemerintah. Wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan mempunyai status yang diperlakukan di dalam negeri untuk semua urus niaga, sama ada oleh pihak awam atau swasta, tanpa batasan.
| Nama | Amanat | |
|---|---|---|
| 1 | Hon Sui Sen | (Januari 1971 – Julai 1980) |
| 2 | Goh Keng Swee | (Ogos 1980 – Januari 1985) |
| 3 | Richard Hu | (Januari 1985 – Disember 1997) |
| 4 | Lee Hsien Loong | (Januari 1998 – Ogos 2004) |
| 5 | Goh Chok Tong | (20 Ogos 2004 – 1 Mei 2011) |
| 6 | Tharman Shanmugaratnam[4] | (1 Mei 2011 – 8 Julai 2023) |
| 7 | Lawrence Wong | (8 Julai 2023 – 15 Mei 2024) |
| 8 | Gan Kim Yong | (15 Mei 2024 – Ahli Penuh) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Singapore Domestic Interest Rate". Penguasa Kewangan Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada 17 September 2014.
- ^ "The World Fact Book - Singapore". Agensi Perisikan Pusat. Dicapai pada 17 September 2014.
- ^ "Singapore's Exchange Rate Policy". Penguasa Kewangan Singapura. Dicapai pada 1 Januari 2016.
- ^ "Our History". www.mas.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-23.
