Penjaga Dua Masjid Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saladin

Penjaga Dua Kota Suci (bahasa Arab: خادم الحرمين الشريفين Khadim al-Ḥaramain asy-Syarifain), merupakan sebuah istilah bersejarah yang diberikan kepada para sultan Ayyubiyah, para sultan Mamluk Mesir, dan para sultan Uthmaniyyah. Istilah ini digunakan kembali oleh para raja Arab Saudi.[1]

Kerajaan Saudi[sunting | sunting sumber]

Sudah diketahui umum bahawa gelaran tersebut digunakan oleh Raja Arab Saudi untuk menggambarkan peranannya sebagai pelindung Tanah Suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah, di mana di dalamnya terdapat dua masjid paling suci bagi umat Islam, iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.[1][2]

Raja Saudi pertama yang mengambil gelaran ini adalah Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 1986.[1] Raja Fahd menukar istilah "Paduka Yang Mulia" (صاحب الجلالة Ṣahib al-Jalalah) dengan "Penjaga Dua Kota Suci". Raja selanjutnya, Abdullah bin Abdul Aziz, juga mengambil gelaran yang sama selepas kematian Raja Fahd, abang tiri beliau pada tahun 2005.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Wood, Paul (August 1, 2005). "Life and legacy of King Fahd". BBC News. Dicapai pada April 6, 2011.
  2. ^ a b "Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah bin Abdulaziz". Dicapai pada April 6, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]