Pensijilan rakaman muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pensijilan rakaman muzik ialah sistem pengesahan atau penandaan bahawa sebuah rakaman muzik telah terjual mencapai angka salinan tertentu. Hampir semua negara di dunia menggunakan sistem anugerah yang sama dengan kategori Persatuan Industri Rakaman Amerika iaitu Gold (piring emas), Platinum (piring platinum) dan Diamond (piring intan). Beberapa negara seperti England juga menggunakan kategori Silver (piring perak). Angka penjualan pada masing-masing anugrah tersebut juga bergantung pada populasi dari wilayah tempat album dikeluarkan. Tahap penjualan biasanya untuk media yang berbeza biasanya dibezakan pula, seperti album, single dan video.

Di Amerika Syarikat, anugerah emas bernilai dengan penjualan album sebanyak 500.000 keping, platinum bernilai 1.000.000 keping, sementara intan bernilai dengan penjualan album 10.000.000 keping. Di Malaysia, angka untuk kategori Platinum diturunkan, ia bernilai 50.000 salinan album untuk album import dan 75.000 untuk album dalam negeri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]