Pentadbiran Tentera (Jerman Nazi)
Penampilan
Militärverwaltung Pentadbiran Tentera | |
---|---|
Aktif | 1935 – 1945 |
Negara | Jerman Nazi |
Kesetiaan | Adolf Hitler |
Penobatan | Lihat senarai penuh |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | Swastika |
Semasa Perang Dunia II, Jerman Nazi mewujudkan pihak berkuasa ketenteraan di wilayah-wilayah taklukan yang mana dikenali sebagai Pentadbiran tentera atau Pihak berkuasa pentadbiran tentera (Jerman: Militärverwaltung ). Ini berbeza dengan Reichskommissariat yang dipimpin oleh para pegawai Parti Nazi. Pentadbiran tentera biasanya dipimpin oleh "panglima tentera" (Militärbefehlshaber , akronim rasmi MilBfh.).
Lokasi
[sunting | sunting sumber]- Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis (Jerman: «Militärverwaltung in Belgien und Nordfrankreich»)
- Pentadbiran Tentera di Perancis (Jerman: «Militärverwaltung in Frankreich»)
- Pentadbiran Tentera di Greece (Jerman: «Militärverwaltung in Griechenland»)
- Pentadbiran Tentera Luxembourg (Jerman: «Militärverwaltung Luxemburg»)
- Pentadbiran Tentera di Serbia (Jerman: «Militärverwaltung in Serbien»)
- Pentadbiran Tentera di Kesatuan Soviet (Jerman: «Militärverwaltung in der Sowjetunion»), dibahagikan kepada zon-zon Operasi («Operationszone Ost») betul-betul dibelakang barisan hadapan, dan Kawasan Tentera Darat Belakang («Rückwärtige Heeresgebieten») yang lebih jauh.
- Pentadbiran Tentera di Poland (Jerman: «Militärverwaltung in Polen»), kemudian dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang diilhak terus kedalam Jerman, dan Kerajaan Am («Generalgouvernement»).