Panglima Tentera Darat Barisan Belakang (Wehrmacht)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panglima Tentera Darat Barisan Belakang
Befehlshaber des rückwärtigen Heeresgebietes
Aktif1941–45
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat Jerman (Wehrmacht)
Sebahagian daripadaMarkas Besar Tentera Darat (OKH)
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Eduard Wagner

Panglima Tentera Darat Barisan Belakang (Jerman: Befehlshaber des rückwärtigen Heeresgebietes) adalah kawasan bidang kuasa tentera dibelakang setiap tiga kumpulan tentera darat Wehrmacht dari tahun 1941, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Kesatuan Soviet dalam Operasi Barbarossa, sehingga tahun 1944 ketika wilayah-wilayah Soviet sedang dibebaskan. Kawasan tersebut merupakan lokasi pembunuhan besar-besaran semasa Holokus dan jenayah terhadap kemanusiaan lain yang menyasarkan penduduk awam.

Latar belakang dan perancangan[sunting | sunting sumber]

Semasa peringkat awal perancangan bagi pencerobohan Kesatuan Soviet, iaitu Operasi Barbarossa, kawasan medan perang di belakang barisan depan telah dicadangkan sebagai subordinat kepada tentera darat medan masing-masing, sepertimana yang mereka lakukan semasa pencerobohan Poland. Menjelang awal bulan April 1941, bagaimanapun, para perancang tentera memutuskan untuk menghadkan kawasan bidang kuasa tentera (Ketumbukan Barisan Belakang (Wehrmacht) [de]), dengan sebahagian besar wilayah itu dikawal oleh Tentera Darat Barisan Belakang.[1]

Para perancang membayangkan bahawa wilayah-wilayah yang ditakluki dengan cepat akan diserahkan ke pentadbiran awam; oleh itu, arahan meminta para panglima Tentera Darat Barisan Belakang menumpukan perhatian pada keselamatan talian komunikasi dan kemudahan penting ketenteraan, seperti depot simpanan dan lapangan terbang. Tentera Darat Barisan Belakang juga bertanggungjawab bagi perpindahan tawanan perang ke bahagian belakang.[2]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Para panglima Tentera Darat Utara Barisan Belakang, Tentera Darat Tengah Barisan Belakang dan Tentera Darat Selatan Barisan Belakang bertanggungjawab bagi keselamatan kawasan belakang di zon operasi masing-masing. Setiap dari mereka mempunyai sebuah markas yang menjadi subordinat kepada kumpulan tentera darat yang berkaitan dan juga melapor kepada Quartermaster Jeneral Wehrmacht Eduard Wagner, yang bertanggungjawab bagi keselamatan barisan belakang.[3] Setiap Tentera Darat Barisan Belakang mempunyai sebuah kompeni propaganda [de], untuk aktiviti propaganda yang ditujukan pada penduduk awam.[4]

Panglima Tentera Darat Barisan Belakang mengawal 9 Divisyen Keselamatan, ditugaskan dengan keselamatan komponen bekalan dan komunikasi, pengembangan ekonomi dan memerangi pejuang gerila (partisan) di bahagian belakang barisan depan. Divisyen Keselamatan juga mengawasi unit-unit Geheime Feldpolizei (Polis Rahsia Tentera) dari Wehrmacht. Para panglima Barisan Belakang beroperasi selari dengan Pemimpin SS dan Polis yang dilantik oleh ketua SS, Heinrich Himmler, bagi setiap tentera darat barisan belakang.[3] Memetik kata-kata sejarawan Michael Parrish, panglima barisan belakang ini seperti "mengetuai empayar keganasan dan kekejaman".[5]

Perang kezaliman dan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Tugas-tugas panglima barisan belakang ialah menjaga keselamatan talian komunikasi dan bekalan, pengembangan ekonomi dan memerangi gerila (partisan) di barisan belakang Wehrmacht.[6] Selain pasukan keselamatan Wehrmacht, formasi SS dan SD beroperasi di tempat yang sama, dibawah arahan Pemimpin Kanan SS dan Polis. Unit-unit ini termasuklah detasmen Einsatzgruppen, 3 rejimen polis (Utara, Tengah dan Selatan), unit-unit Waffen-SS dari Kommandostab Reichsführer-SS, dan Ordnungspolizei (Batalion Polis Jerman) tambahan, yang mana unit-unitnya melakukan pembunuhan besar-besaran semasa Holokus di kawasan bidang kuasa tentera.[7]

Formasi keselamatan, selalunya bekerjasama dengan atau dibawah pimpinan Wehrmacht, menjalankan operasi keselamatan terhadap penduduk awam, dibawah doktrin Partisanenkrieg (kemudian Bandenbekämpfung, atau "memerangi penyamun"). "Operasi anti-partisan" di kawasan yang "diserang penyamun" menyebabkan kemusnahan kampung-kampung, penyitaan haiwan ternakan, memindah penduduk yang sihat tubuh badan sebagai buruh paksa ke Jerman dan membunuh orang yang tidak mampu bekerja.[8] Didalam laporannya, unit-unit Wehrmacht secara eufemis menerangkan operasi-operasi tersebut sebagai "pemusnahan sarang partisan, kem partisan, bunker partisan". Catatan mereka menunjukkan bahawa pada fasa awal penjajahan, dalam tahun 1941–42, divisyen keselamatan Wehrmacht kehilangan seorang askar yang terbunuh bagi setiap 100 "pejuang partisan" yang mati, dengan penduduk Yahudi merupakan mangsa yang paling banyak.[9] Di Tentera Darat Tengah Barisan Belakang, 80,000 "orang yang disyaki partisan" telah dibunuh antara bulan Jun 1941 dan Mei 1942, untuk 1,094 askar Jerman yang terkorban.[10]

Para panglima[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Utara Barisan Belakang
Tentera Darat Tengah Barisan Belakang
Tentera Darat Selatan Barisan Belakang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hill 2005, m/s. 40–41.
  2. ^ Hill 2005, m/s. 42–43.
  3. ^ a b Megargee 2007, m/s. 36.
  4. ^ Hill 2005, m/s. 42.
  5. ^ Parrish 1996, m/s. 127.
  6. ^ Shepherd 2003, m/s. 70.
  7. ^ Brandon & Lower 2008, m/s. 276.
  8. ^ Shepherd 2004, m/s. 63.
  9. ^ Wette 2006, m/s. 127−128.
  10. ^ Wette 2006, m/s. 130.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Brandon, Ray; Lower, Wendy (2008). The Shoah in Ukraine: History, Testimony, Memorialization. Indiana University Press. m/s. 12. ISBN 978-0-253-35084-8.
  • Beorn, Waitman Wade (2014). Marching into Darkness: The Wehrmacht and the Holocaust in Belarus. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-72550-8.
  • Hill, Alexander (2005). The War Behind The Eastern Front: The Soviet Partisan Movement In North-West Russia 1941–1944. London & New York, NY: Frank Cass. ISBN 978-0-7146-5711-0.
  • Megargee, Geoffrey P. (2007). War of Annihilation: Combat and Genocide on the Eastern Front, 1941. Rowman & Littlefield. ISBN 978-0-7425-4482-6.
  • Parrish, Michael (1996). The Lesser Terror: Soviet State Security, 1939–1953. Praeger Press. ISBN 978-0-275-95113-9.
  • Pohl, Dieter (2008). Die Herrschaft der Wehrmacht: Deutsche Militärbesatzung und einheimische Bevölkerung in der Sowjetunion 1941–1944. Oldenbourg Wissenschaftsverlag. ISBN 978-3486580655.
  • Shepherd, Ben H. (2003). "The Continuum of Brutality: Wehrmacht Security Divisions in Central Russia, 1942". German History. 21 (1): 49–81. doi:10.1191/0266355403gh274oa.
  • Shepherd, Ben H. (2004). War in the Wild East the German Army and Soviet Partisans. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 0674043553.
  • Wette, Wolfram (2006). The Wehrmacht: History, Myth, Reality. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-02577-6.

Templat:Army Group Rear Area (Wehrmacht) Templat:Administrative divisions in Nazi Germany and German occupations