Wilayah Panglima Tentera di Serbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 44°49′N 20°27′E / 44.817°N 20.450°E / 44.817; 20.450

Wilayah Panglima Tentera di Serbia

Gebiet des Militärbefehlshabers in Serbien
1941–1944
Flag of Territory of the Military Commander in Serbia
Lambang Territory of the Military Commander in Serbia
Bendera Lambang
Wilayah Panglima Tentera dalam Serbia di Eropah, sekitar tahun 1942
Wilayah Panglima Tentera dalam Serbia di Eropah, sekitar tahun 1942
Territory Of The German Military Commander In Serbia 1941-44.png
StatusNegara dibawah pentadbiran tentera Jerman
Ibu negaraBelgrade
Bahasa yang umum digunakanJerman
Serbia
KerajaanKerajaan tenteraa
Panglima Tentera 
• Apr–Jun 1941
Helmuth Förster
• Jun–Jul 1941
Ludwig von Schröder
• Jul–Sep 1941
Heinrich Danckelmann
• Sep–Dis 1941
Franz Böhme
• 1941–1943
Paul Bader
• 1943–1944
Hans Felber
Perdana Menteri
(kerajaan boneka)
 
• 1941
Milan Aćimović
• 1941–1944
Milan Nedić
Era SejarahPerang Dunia II
• Didirikan
22 April 1941
20 Oktober 1944
Populasi
• 1941[1]
4,500,000
Mata wangSerbian dinar
Wang kertas kredit Reich
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Yugoslavia
Persekutuan Demokratik Yugoslavia
Sekarang sebahagian dariSerbia
Kosovo[a]
  1. Dengan kerajaan boneka ditubuhkan.[2]

Wilayah Panglima Tentera di Serbia (Jerman: Gebiet des Militärbefehlshabers in Serbien; Serbia: Подручје Војног заповедника у Србији / Područje vojnog zapovednika u Srbiji) adalah kawasan Kerajaan Yugoslavia yang diletakkan dibawah kerajaan tentera pendudukan oleh Wehrmacht susulan dari pencerobohan, pendudukan dan pembubaran Yugoslavia pada April 1941. Wilayah ini hanya merangkumi Serbia Tengah, dengan penambahan bahagian utara Kosovo (sekeliling Kosovska Mitrovica), dan Banat. Wilayah ini adalah satu-satunya kawasan Yugoslavia yang dipecahkan di mana penjajah Jerman menubuhkan sebuah kerajaan tentera. Ini disebabkan laluan keretapi utama dan pengangkutan sungai yang melaluinya, dan sumber-sumbernya yang berharga, terutama logam bukan ferus.[3] Pada 22 April 1941, wilayah ini diletakkan dibawah kuasa tertinggi panglima tentera Jerman di Serbia, dengan pentadbiran harian wilayah itu diurus oleh ketua staf pentadbiran tentera. Urusan perintah dan kawal di wilayah taklukan itu tidak pernah disatukan, dan dibuat lebih kompleks dengan pelantikan wakil langsung tokoh kanan Nazi seperti Reichsführer-SS Heinrich Himmler (bagi hal ehwal polis dan keselamatan), Reichsmarschall Hermann Göring (bagi ekonomi), dan Reichsminister Joachim von Ribbentrop (bagi hal ehwal luar negeri). Pihak Jerman menggunakan tentera Bulgaria untuk membantu penjajahan itu, tetapi mereka setiap masa dibawah kawalan Jerman. Beberapa sumber menggambarkan wilayah itu sebagai negara boneka, negeri naungan, "wilayah pentadbiran khas", atau diterangkan sebagai sebuah kerajaan boneka. Panglima tentera di Serbia mempunyai sedikit pasukan garison Jerman dan detasmen polis untuk mengekalkan ketenteraman, tetapi boleh meminta bantuan dari sebuah pasukan pendudukan kor yang kurang lengkap terdiri dari tiga divisyen.

Panglima tentera Jerman di Serbia melantik dua kerajaan awam boneka Serbia untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran sesuai dengan arahan dan pengawasan Jerman. Pentadbiran pertama adalah Kerajaan Komisioner yang ditubuhkan pada 30 Mei 1941. Kerajaan Komisioner adalah agen asas rejim pendudukan, tetapi tidak mempunyai kuasa. Pada akhir Julai 1941, satu pemberontakan bermula di dalam wilayah yang diduduki, dan dengan cepat dipenuhi oleh gendarmerie Serbia, pasukan polis dan keselamatan Jerman, bahkan juga pasukan infantri kawasan simpanan. Untuk mengatasi pemberontakan ini, yang melibatkan komunis-pimpinan Partisan Yugoslavia dan monarkis Chetnik, sebuah kerajaan boneka kedua ditubuhkan. Kerajaan Salvation Nasional dibawah Milan Nedić menggantikan Kerajaan Komisioner pada 29 Ogos 1941. Walaupun mendapat sokongan,[4] rejim ini tidak popular dengan majoriti orang Serbia.[5] Ia gagal mengubah arus namun, dan pihak Jerman terpaksa membawa masuk divisyen-divisyen barisan hadapan daripada Perancis, Greece bahkan juga Barisan Timur untuk menghalang pemberontakan itu. Bermula dari akhir September 1941, Operasi Uzice menyingkirkan puak Partisan daripada wilayah taklukan, dan pada Disember, Operasi Mihailovic memecahkan puak Chetnik. Penentangan diteruskan pada skala kecil sehingga tahun 1944, diikuti dengan pembunuhan balas dendam yang kerap, dan pernah waktu ketika melibatkan hukuman mati terhadap 100 orang tebusan bagi setiap rakyat Jerman yang dibunuh.

Rejim Nedić tiada status dalam undang-undang antarabangsa, tiada lebihan kuasa yang diberikan oleh pihak Jerman, dan hanya merupakan alat pemerintahan Jerman. Walaupun tentera Jerman memimpin dan mengarah Penyelesaian Terakhir di Serbia serta memonopoli pembunuhan orang Yahudi, mereka telah dibantu secara aktif oleh kolaborator berbangsa Serbia.[6] Kem tahanan Banjica di Belgrade dikendalikan bersama oleh rejim Nedic dan tentera Jerman. Satu kawasan dimana pentadbiran boneka melaksanakan inisiatif dan mencapai kejayaan adalah penerimaan dan penjagaan ratusan ribu pelarian berbangsa Serb daripada bahagian lain Yugoslavia yang berpecah. Sepanjang penjajahan, Banat adalah rantau autonomi, dulu bertanggungjawab bagi kerajaan boneka di Belgrade, tetapi secara praktiknya ditadbir oleh kaum minoriti Volksdeutsche (etnik Jerman). Manakala Kerajaan Komisioner diterhadkan penggunaan gendarmerie, kerajaan Nedić diberi kuasa untuk membesarkan angkatan bersenjata, iaitu Pengawal Negara Serbia, untuk melaksanakan arahan, tetapi mereka segera diletakkan dibawah kawalan Pemimpin Kanan SS dan Polis, dan pada dasarnya berfungsi sebagai auksiliari Jerman sehingga pengunduran Jerman pada Oktober 1944. Pihak Jerman juga membesarkan beberapa pasukan auksiliari tempatan yang lain untuk pelbagai tugas dalam wilayah tersebut. Untuk menjaga lombong-lombong Trepča dan jalan keretapi Belgrade-Skopje, pihak Jerman membuat perjanjian dengan kolaborator Albania di hujung utara Kosovo yang menghasilkan autonomi wilayah yang berkesan dari kerajaan boneka Belgrade, yang kemudian memformalkan perjanjian Jerman. Kerajaan Salvation Nasional kekal memerintah sehinggalah pengunduran Jerman semasa menghadapi penyerangan Belgrade dari Tentera Merah, Tentera Rakyat Bulgaria dan Partisan. Semasa penjajahan, pihak berkuasa Jerman membunuh hampir keseluruhan orang Yahudi yang tinggal dalam wilayah jajahan, dengan menembak mati kaum lelaki sebagai pembalasan dendam yang dilakukan pada tahun 1941, dan membunuh kaum wanita dan kanak-kanak pada awal tahun 1942 dengan menggunakan van gas beracun. Selepas perang, beberapa orang pemimpin utama Jerman dan Serbia di wilayah jajahan itu telah dibicarakan dan dihukum mati kerana jenayah perang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kosovo merupakan sebuah subjek yang menjadi pertikaian antara Republik Kosovo dan Republik Serbia. Republik Kosovo mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral pada 17 Februari 2008, tetapi Serbia berterusan mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Dua buah kerajaan ini mula menormalkan hubungan pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada Persetujuan Brussels. Kosovo menerima pengakuan rasmi sebagai sebuah negara merdeka daripada 111 daripada 193 Negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lemkin 2008, m/s. 248.
  2. ^ Tomasevich 2001, m/s. 175–177.
  3. ^ Tomasevich 2001, m/s. 64.
  4. ^ MacDonald, David Bruce (2002). Balkan holocausts?: Serbian and Croatian victim-centred propaganda and the war in Yugoslavia. Manchester: Manchester University Press. m/s. 142. ISBN 0719064678.
  5. ^ MacDonald, David Bruce (2007). Identity Politics in the Age of Genocide: The Holocaust and Historical Representation. Routledge. m/s. 167. ISBN 978-1-134-08572-9.
  6. ^ Raphael Israeli (4 March 2013). The Death Camps of Croatia: Visions and Revisions, 1941–1945. Transaction Publishers. m/s. 31–32. ISBN 978-1-4128-4930-2. Dicapai pada 12 May 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Jurnal[sunting | sunting sumber]

Laman web[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]