Penting diri lampau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penting diri lampau (bahasa Inggeris: selfishness), pada dasarnya, ialah konsep dan/atau amalan yang berkaitan dengan keutamaan kepentingan-kepentingan diri, berbanding kepentingan-kepentingan orang lain; istilah ini sering digunakan untuk merujuk kepada kepentingan diri yang datang dalam sesuatu bentuk yang khusus, atau melebihi sesuatu tahap yang tertentu.

Kepentingan diri dianggap sebagai suatu perkara yang baik atau sihat[sunting | sunting sumber]

Terdapat sesetengah falsafah bukan agama yang mempunyai sudut pandangan yang positif terhadap kepentingan diri, biasanya berdasarkan fakta bahawa maksud istilah ini tidak sama dengan maksud untuk kegunaan lazim. Mereka juga menganggap bahawa pengaitan antara 'kemajuan diri' dengan 'jahat' adalah amalan yang tidak sihat kerana perkaitan itu akan menurunkan nilai sesetengah sifat 'baik', seperti daya pengeluaran dan tanggungjawab peribadi. Ini disebabkan setiap orang perlu bertindak sebahagian besarnya dalam cara yang bersifat kepentingan diri, melalui penggunaan masa, tenaga, dan sumber sendiri untuk memanfaatkan diri pada setakat tahap, dan menumpukan perhatian pada kemajuan diri supaya dapat mencapai setakat kejayaan dalam kehidupannya. Oleh itu, mengapakah kepentingan diri dianggap sebagai salah, atau digelarkan sebagai mendatangkan keburukan atau tidak sesuai?

Serupa juga, seseorang mungkin akan menanyakan diri mengapa dia harus memilih untuk bertindak dengan cara yang tidak mementingkan diri jika dia tidak mendapat sebarang jaminan lebih dahulu bahawa orang-orang lain di dalam dunia ini akan bertindak dengan cara yang sama. Seseorang akan mempunyai kecenderungan untuk bertindak dengan cara yang mementingkan diri untuk perlindungan diri sendiri di dalam sebuah dunia di mana seseorang sentiasa bertemu dengan orang-orang lain yang berbuat demikian.

Contoh terbaik mungkin merupakan falsafah objektivisme oleh Ayn Rand yang menumpukan perhatian pada apa yang digelarkan "kepentingan diri rasional." Falsafah ini menganggap bahawa individu-individu harus tidak bertindak terhadap kerenah-kerenah kepentingan diri sejenak tetapi sebaliknya, pada kepentingan diri jangka panjang yang ditakrifkan sebagai menghormati kebebasan orang-orang lain melalui menahan diri supaya tidak memulakan pemaksaan terhadap mereka.

Penting diri lampau kumpulan (berbanding penting diri lampau individu)[sunting | sunting sumber]

Sudah tentu, kepentingan diri biasanya merujuk kepada diri, iaitu, kepada individu. Bagaimanapun, dalam pertuturan harian, sekumpulan orang juga boleh dituduh sebagai "terlalu mementingkan diri" dari segi erti bahawa ahli-ahli kumpulan itu tidak peduli akan sebarang orang di luar kumpulan mereka tetapi hanya menumpukan perhatian mereka pada keperluan-keperluan kumpulannya.

Perkara am[sunting | sunting sumber]

Dalam falsafah, isitilah egoisme biasa berkait dengan "kepentingan diri" (bahasa Inggeris: self-interest), berbanding dengan "penting diri lampau" (bahasa Inggeris: selfishness). Penulis-penulis profesional sering berhati-berhati supaya membuat perbezaan yang jelas antara perkataan egoisme, dengan egotisme, dengan perkataan kedua merujuk kepada trait watak yang hampir semua orang bersetuju adalah bersifat negatif. Sebaliknya, perkataan pertama merujuk kepada ideologi-ideologi falsafah yang penuh perbalahan dan yang berkait dengan individu.

Berdasarkan teori dilema banduan lelar, para ahli biologi evolusi dan teori permainan menyimpul bahawa penting diri lampau, selain daripada kerjasama antara saudara-saudara dan tingkah laku terancang genetik, ialah dasar untuk kerjasama antara individu-individu daripada spesies-spesies, baik yang sama mahupun yang berbeza.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kebenaran Di Sebalik Topeng - pelajaran terhadap empati dan sifat tidak terlalu mementingkan diri dalam menyedari bahawa masalah-masalah dan sakit adalah sejagat.