Penurasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dalam percolation kopi, sebatian larut meninggalkan kopi kisar dan bergabung dengan air untuk membentuk minuman kopi. Sebatian yang tidak larut (dan granulat) kekal dalam penapis kopi.

Dalam fizik, kimia dan sains bahan, penurasan, penelusan atau perkolasi (Tulisan Jawi: ڤنلوسن ,ڤنوراسن atau ڤركولسي; turut daripada bahasa Latin percōlāre, "untuk menapis" atau "meleleh melalui") merujuk kepada pergerakan dan penapisan cecair melalui bahan berliang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam dekad yang lalu, teori penurasan, kajian matematik penurasan atau perkolasi, telah membawa pemahaman dan teknik baru kepada pelbagai topik dalam fizik, sains bahan, rangkaian kompleks, epidemiologi, dan bidang lain. Sebagai contoh, dalam geologi, perkolasi merujuk kepada penapisan air melalui tanah dan batu telap. Air mengalir untuk imbuh air bawah tanah di dalam muka air tanah dan akuifer. Di tempat di mana lembangan penyusupan atau parit pertanian septik dirancang untuk melupuskan sejumlah besar air, ujian perkolasi diperlukan terlebih dahulu untuk menentukan sama ada struktur yang dimaksudkan mungkin berjaya atau gagal.

Penurasan biasanya mempamerkan kesemestaan. Konsep fizik statistik seperti teori skala, penormalan semula, peralihan fasa, fenomena kritis dan fraktal digunakan untuk mencirikan sifat perkolasi. Kombinatorik biasanya digunakan untuk mengkaji ambang perkolasi.

Disebabkan kerumitan yang terlibat dalam mendapatkan hasil yang tepat dari model analisis perkolasi, simulasi komputer biasanya digunakan. Algoritma terpantas semasa untuk perkolasi telah diterbitkan pada tahun 2000 oleh Mark Newman dan Robert Ziff.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Newman, Mark; Ziff, Robert (2000). "Efficient Monte Carlo Algorithm and High-Precision Results for Percolation". Physical Review Letters. 85 (19): 4104–4107. arXiv:cond-mat/0005264Boleh dicapai secara percuma. Bibcode:2000PhRvL..85.4104N. CiteSeerX 10.1.1.310.4632Boleh dicapai secara percuma. doi:10.1103/PhysRevLett.85.4104. PMID 11056635. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]