Penyakit ginjal kronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit ginjal kronik
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Penyakit buah pinggang kronik, kegagalan ginjal, gangguan fungsi ginjal[1]
Ibun uremia pada kepala seseorang yang menghidapi penyakit ginjal kronik
PengkhususanNefrologi
GejalaAwal: Tiada[2]
Kemudian: kebengkakan kaki, rasa letih, rasa ingin muntah, hilang selera, kekeliruan[2]
KerumitanPenyakit jantung, tekanan darah tinggi, anemia[3][4]
TempohBerjangka masa panjang[5]
PuncaDiabetes, tekanan darah tinggi, glomerulonefritis, penyakit ginjal polisistik[5][6]
Ujian darah, ujian air kencing[7]
RawatanPengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah, aras gula darah dan aras koleterol darah, terapi penggantian fungsi ginjal, pemindahan buah pinggang[8][9]
Kekerapan753 juta (2016)[1]
Kematian1.2 juta (2015)[6]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyakit ginjal kronik (juga dikenali sebagai penyakit buat pinggang kronik) merupakan sejenis penyakit buah pinggang yang melibatkan kehilangan fungsi buah pinggang secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa bulan hingga beberapa tahun.[2][5] Pada mulanya tiada gejala dapat dikesan secara umum; kemudian gejala-gejala seperti bengkak kaki, rasa letih, muntah, hilang selera makan dan kekeliruan mungkin berlaku.[2] Antara komplikasi terlibat termasuklah peningkatan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit tulang dan anemia.[3][4][10]

Antara punca-punca penyakit ginjal kronik termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi, glomerulonefritis, dan penyakit ginjal polisistik.[5][6] Faktor risiko terlibat ialah sejarah keluarga penyakit buah pinggang kronik.[2] Penyakit ini boleh didiagnosis melalui ujian darah untuk mengukur anggaran kadar penurasan glomerulus (eGFR), dan ujian air kencing untuk mengukur kandungan albumin.[7] Ujian ultrabunyi atau biopsi buah pinggang boleh dilakukan untuk menentukan punca dasar penyakit tersebut.[5] Beberapa sistem pemeringkatan penyakit ini berasaskan keterukan penyakit sedang digunakan.[11][12]

Saringan terhadap golongan berisiko adalah disyorkan.[7] Antara rawatan-rawatan awal mungkin termasuk penggunaan ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan darah, aras gula darah dan aras kolesterol darah.[9] Perencat enzim penukaran angiotensin (ACEI) atau antagonis reseptor angiotensin II (ARB) secara amnya merupakan ubatan barisan pertama untuk pengawalan tekanan darah, kerana ubatan tersebut memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang dan risiko penyakit jantung.[13] Diuretik kawasan lengkung boleh digunakan untuk mengawal edema, dan jika perlu, untuk menurunkan lagi tekanan darah.[14][9][15] Penggunaan NSAID harus dielakkan.[9] Antara langkah-langkah lain yang disyorkan adalah termasuklah bersenam dan perubahan diet tertentu seperti diet rendah garam dan pengambilan jumlah protein yang terkawal.[9][16] Rawatan untuk anemia dan penyakit tulang mungkin juga diperlukan.[17][18] Jika penyakit ini menjadi teruk maka pesakit memerlukan rawatan hemodialisis, dialisis peritoneum atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.[8]

Penyakit buah pinggang kronik menjejaskan 753 juta orang di seluruh dunia pada tahun 2016 dengan 417 juta di kalangan perempuan dan 336 juta di kalangan lelaki.[1] Pada tahun 2015 ia menyebabkan 1.2 juta kematian, meningkat daripada 409,000 pada tahun 1990.[6][19] Punca-punca yang menyumbang kepada jumlah kematian terbanyak ialah tekanan darah tinggi dengan 550,000 kematian, diikuti oleh diabetes dengan 418,000 kematian, dan glomerulonefritis dengan 238,000 kematian.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Bikbov B, Perico N, Remuzzi G (23 May 2018). "Disparities in Chronic Kidney Disease Prevalence among Males and Females in 195 Countries: Analysis of the Global Burden of Disease 2016 Study". Nephron. 139 (4): 313–318. doi:10.1159/000489897. PMID 29791905. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 August 2021. Dicapai pada 27 May 2020.
  2. ^ a b c d e "What Is Chronic Kidney Disease?". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  3. ^ a b Liao MT, Sung CC, Hung KC, Wu CC, Lo L, Lu KC (2012). "Insulin resistance in patients with chronic kidney disease". Journal of Biomedicine & Biotechnology. 2012: 691369. doi:10.1155/2012/691369. PMC 3420350. PMID 22919275.
  4. ^ a b "Kidney Failure". MedlinePlus (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2016. Dicapai pada 11 November 2017.
  5. ^ a b c d e "What is renal failure?". Johns Hopkins Medicine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2017. Dicapai pada 18 December 2017.
  6. ^ a b c d e GBD 2015 Mortality Causes of Death Collaborators (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  7. ^ a b c "Chronic Kidney Disease Tests & Diagnosis". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  8. ^ a b "Kidney Failure". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2018. Dicapai pada 11 November 2017.
  9. ^ a b c d e "Managing Chronic Kidney Disease". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-21. Dicapai pada 2017-12-19.
  10. ^ KDIGO: Kidney Disease Improving Global Outcomes (August 2009). "KDIGO Clinical Practice Guideline for the Diagnosis, Evaluation, Prevention, and Treatment of Chronic Kidney Disease-Mineral and Bone Disorder (CKD-MBD)" (PDF). Kidney Int. 76 (Suppl 113). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-13.
  11. ^ "Summary of Recommendation Statements". Kidney International Supplements. 3 (1): 5–14. January 2013. doi:10.1038/kisup.2012.77. PMC 4284512. PMID 25598998.
  12. ^ Ferri, Fred F. (2017). Ferri's Clinical Advisor 2018 E-Book: 5 Books in 1 (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 294–295. ISBN 9780323529570. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2020-05-27.
  13. ^ "Renin-Angiotensin System Inhibitors and Kidney and Cardiovascular Outcomes in Patients With CKD: A Bayesian Network Meta-analysis of Randomized Clinical Trials". American Journal of Kidney Diseases (Systematic Review & Meta-Analysis). 67 (5): 728–41. May 2016. doi:10.1053/j.ajkd.2015.10.011. PMID 26597926. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  14. ^ "Diuretics: a review". Annals of Clinical Biochemistry. 49 (Pt 5): 419–31. September 2012. doi:10.1258/acb.2011.011281. PMID 22783025.
  15. ^ "2014 evidence-based guideline for the management of high blood pressure in adults: report from the panel members appointed to the Eighth Joint National Committee (JNC 8)". JAMA. 311 (5): 507–20. February 2014. doi:10.1002/14651858.CD011339.pub2. PMC 6485696. PMID 24352797. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  16. ^ "Eating Right for Chronic Kidney Disease | NIDDK". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
  17. ^ "Anemia in Chronic Kidney Disease". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  18. ^ "Mineral & Bone Disorder in Chronic Kidney Disease". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  19. ^ GBD 2013 Mortality Causes of Death Collaborators (January 2015). "Global, regional, and national age-sex specific all-cause and cause-specific mortality for 240 causes of death, 1990-2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 385 (9963): 117–71. doi:10.1016/S0140-6736(14)61682-2. PMC 4340604. PMID 25530442. Table 2, p. 137 penerbitan akses terbuka - percuma untuk dibaca