Penyaman udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahagian luar unit penyaman udara satu bilik generik. Untuk memudahkan pemasangan, unit ini biasanya dipasang ke dalam tingkap atau dalam gambar ini, pada lubang dinding.
Bahagian dalam bagi unit yang sama. Panel hadapan berayun ke bawah, mendedahkan kawalan.

Penyaman udara (ڤڽامن اودارا) atau juga dikenali sebagai pendingin hawa (sering tersilap tulis sebagai penghawa dingin) dan alat hawa dingin, ialah suatu sistem atau mesin yang mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih hangat akan disingkirkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk lembap.

Dalam pembinaan, suatu sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara dirujuk sebagai HVAC. Sama ada di rumah, pejabat atau kenderaan, tujuan penyaman udara adalah untuk memberi keselesaan dengan mengubah ciri udara biasanya melalui penyejukan udara di dalam.

Prinsip operasi[sunting | sunting sumber]

Kitaran penyejukan[sunting | sunting sumber]

Dalam kitaran ini, haba dipindahkan dari suatu lokasi bersuhu sejuk kepada suatu kawasan yang lebih panas menggunakan suatu bahan penyejuk (refrigerant) agar ia bergerak ke arah yang berlawanan. Bahan penyejuk ini dialirkan masuk ke dalam pemampat di mana suhu dan tekanan bahan tersebut dinaikkan sebelum ia dialirkan ke penyejat, Udara bergerak melalui penyejat ini lalu tersejat menjadi bentuk cecair, menyingkirkan haba dari sistem lalu haba tersebut dibawa keluar ke persekitaran luar. Penyingkiran haba juga dapat ditingkatkan dengan melalukan air melalui lingkaran penyejat lalu cecair penyejuk disejukkan lagi apabila mengena injap tersebut.

Bahan penyejuk yang masih panas ini kemudiannya dialirkan melalui injap pengembangan yang sangat kecil, lalu mengalami pengurangan tekanan yang mendadak. Penyejatan kilat (flash evaporation) sebahagian cecair penyejuk ini menyebabkan pengurangan suhu dengan ketara. Bahan penyejuk dilalukan ke penyejat yang ditiupkan angin panas melaluinya, lalu cecair penyejuk tersejat sekali menurunkan suhu udara angin. Angin yang disejukkan ini seterusnya dipam masuk ke dalam bilik. Wap bahan penyejuk disalurkan kembali ke dalam pemamabat untuk melengkapkan kitara penyejukan.

Bahagian penyejukan dan penyejatan dalam sistem dipisahkan agar kedua-dua proses ini berada dalam keadaan cekap, dan setiap bahagian ini harus mempunyai sistem pengaliran udara yang tersendiri (sama ada udara yang panas mahupun sejuk).

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kegunaan sistem ini boleh dipakai sama ada untuk:

  • Tujuan keselesaan: membantu membekalkan persekitaran dalaman rumah yang malar meskipun cuaca di luar berubah-ubah, sama ada di bangunan-bangunan komersial, kenderaan pemnumpang (misalnya kereta, bas dan kapal terbang), bangunan kediaman yang rendah seperti rumah.
  • Tujuan pemprosesan: untuk sebarang pekerjaan yang memerlukan keadaan ama, misalnya dalam persekitaran mamal kimia dan biologi, perkilangan makanan dan ubatan, serta kemudahan perlombongan dan kuasa nuklear

Laman berkaitan[sunting | sunting sumber]