Penyambung RCA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Redir

Palam-palam RCA untuk video komposit (kuning) dan audio stereo (putih dan merah)

Penyambung RCA, adakalanya dipanggil cinch plug atau lotus plug, ialah sejenis penyambung elektrik yang biasa digunakan di pasaran audio/video. Nama "RCA" dipetik dari "Radio Corporation of America", iaitu pihak yang memperkenalkan rekaannya pada awal 1940-an untuk membolehkan pemain phonograf beraudio mono disambungkan dengan amplifier.

Bagi kebanyakan aplikasi audio lain, penyambung RCA beransur-ansur menggantikan palam bicu yang selama ini menguasai bidang teknologi audio, ketika fideliti tinggi komponen mula disambut hangat pada 1950-an.

Palam yang sepadan dengannya dipanggil palam RCA atau palam fono, untuk "fonograf". Nama "palam fono" sering dikelirukan dengan "palam fon" iaitu palam bicu atau penyambung TRS.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]