Penyelarasan dan Kawalan Lampu Isyarat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fungsi normal lampu isyarat memerlukan lebih daripada sistem kawalan dan penyelarasan bagi memastikan trafik bergerak lancar dan selamat manakala pejalan kaki dilindungi apabila mereka melintasi jalan raya. Pelbagai sistem kawalan yang berbeza telah digunakan yang terdiri daripada mekanisme jam mudah kepada sistem kawalan berkomputer dan sistem penyelarasan sendiri untuk mengurangkan kelewatan kepada mereka yang menggunakan jalan raya.