Penyerap mikrogelombang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyerap mikrogelombang (bahasa Inggeris: microwave absorber) merupakan suatu peralatan yang terdapat di dalam bilik anekoik (anechoic chamber). Penyerap mikrogelombang berfungsi untuk menyerap gelombang-gelombang yang tidak diperlukan semasa aktiviti uji kaji sesuatu alatan lain, contohnya untuk uji kaji antena.

Antara bahan yang boleh digunakan dalam pembuatan penyerap mikrogelombang adalah seperti polisterina, karbon, ferit dan sebagainya.

Penyerap mikrogelombang juga mempunyai pelbagai bentuk tersendiri seperti piramid, piramid berongga, baji, berlingkar, dielektrik berlapis dan sebagainya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penggunaan penyerap mikrogelombang bermula sejak tahun 1940-an lagi iaitu semasa era pembangunan bilik anekoik baru bermula. Pada tahun 1950, busa uretena (urethena foam) dan penyerap mikrogelombang berbentuk piramid telah mula digunakan. Mulai 1970 pula, penyerap busa dielektrik (foam dielectric absorber) pula digunakan sebagai produk utama dalam aplikasi bilik anekoik.

Pada lewat 1980-an yang mana pasaran bilik anekoik yang telah mencipta uji kaji dalam frekuensi rendah, penyerap mikrogelombang besar berbentuk piramid telah mula dibina. Peralatan penyerap yang dijual di dalam pasaran pada masa itu dikatakan sangat mahal. Oleh itu, hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang mampu untuk membelinya. Namun pada tahun 1990 terdapat kepelbagaian bentuk seta pengunaan pelbagai bahan yang dapat digunakan dalam pembuatan penyerap mikrogelombang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]