Pergi ke kandungan

Perang Saudara China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Saudara China
Sebahagian daripada Perang Dingin
TarikhFasa pertama:15 Oktober 1927-23 September 1937

Fasa kedua:10 September 1945-1 Mei 1950

Secara sah:15 Oktober 1927-kini
Lokasi
Tanah Besar China,Selat Taiwan dan sempadan China-Burma
Keputusan

Kuomintang berundur ke Pulau Formosa manakala Republik Rakyat China ditubuhkan

Menyebabkan situasi Dua China
Pihak yang terlibat
Kuomintang Parti Komunis China
Komandan dan pemimpin
Chiang Kai-shek
Chen Cheng
He Yingqin
Li Zongren
Yan Xishan
Bai Chongxi
Gu Zhutong
Hu Zhongnan
Hu Lien
Liu Zhi
Li Mi
Sun Li-jen
Huang Wei #
Zhang Lingfu  /×
Ma Hongkui
Ji Xingwen
Du Yuming #
Xue Yue
Mao Zedong
Zhu De
Liu Shaoqi
Zhou Enlai
Ren Bishi
Peng Dehuai
Deng Xiaopeng
Lin Biao
Su Yu
Xiang Ying
Bo Gu
Zhang Wentian
Wang Jiaxiang
Xu Xiangqian
Chen Yi
He Long
Ye Jianying
Liu Bochen
Kekuatan
4,300,000 (Julai 1946)
3,650,000 (Jun 1948)
1,490,000 (Jun 1949)
1,200,000 (Julai 1946)
2,800,000 (Jun 1948)
4,000,000 (Jun 1949)
Kerugian dan korban
Kuomintang-Lebih daripada 6,250,000 Parti Komunis China-10,650,0000

Perang Saudara China (Cina Tradisional: 國共内戰, Cina Ringkas: 国共内战, pinyin: guógòng neìzhàn, Perang Saudara Nasionalis-Komunis) yang berterusan sejak April 1927 hingga Mei 1950, merupakan satu perang saudara yang terletus di China antara pihak Kuomintang (KMT atau Parti Kebangsaan) dan Parti Komunis China (CCP). Peperangan meletus pada tahun 1927, selepas Ekspedisi Utara, apabila puak berhaluan kanan KMT pimpinan Generalissimo Chiang Kai-shek, menyingkirkan pihak Komunis dan puak berhaluan kiri KMT daripada pembentukan perikatan KMT-CCP. Perang ini melambangkan konflik ideologi antara pihak KMT nasionalis yang didukung kuasa Barat, dan CCP yang didukung pihak Soviet-Komunis.

Perang saudara berterusan sekejap-sekejap sehingga Perang China-Jepun Kedua menyusul dan mengganggunya, lalu menghasilkan penentangan China terhadap serangan Jepun yang teratur dan sementara. Serangan dan pendudukan Jepun merupakan serangan oportunis yang mengambil kesempatan terhadap keadaan huru-hara di dalam China. Kempen Jepun akhirnya ditumpaskan pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat, lalu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua, dan perang saudara China kembali meletus pada tahun 1946. Perbalahan ini akhirnya tamat pada tahun 1950 setelah 23 tahun, melalui pemberhentian permusuhan utama secara tidak rasmi, dengan pihak Komunis mengawal tanah besar China (termasuk Pulau Hainan) dan pihak Nasionalis terhad kepada wilayahnya yang tinggal di Taiwan, Pescadores, dan beberapa pulau di luar pesisiran Fujian. Sehingga hari ini, tiada gencatan senjata rasmi pernah ditandatangani, meskipun kedua-dua pihak menjalinkan hubungan ekonomi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]