Perang Tentera Upahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Tentera Upahan
Sebahagian daripada Perang-perang Punic
(interlude conflict between the First and Second)
Tarikh240 SM - 238 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Carthage
Pihak yang terlibat
Carthage Pasukan tentera upahan Carthage dari Perang Punic Pertama.
Komandan dan pemimpin
Hanno Si Agung,
Hamilcar Barca,
Hannibal†*,
Naravas
Spendius†,
Mathos†**,
Autaritus†,
Naravas,
Zarzas†.
Kekuatan
Tidak diketahui. 90,000-100,000. 20,000 tentera upahan dibawa dari Sicily dan menyerang Tunis. Satu kisah menyebut "kira-kira 70,000 orang Libya" terlibat pada akhir perang. Naravas' Numidians menyatakan "kira-kira 2,000".
Kerugian dan korban
Tidak diketahui Tinggi. Kira-kira 50,000 telah dilaporkan terbunuh di Pertempuran "The Saw" sahaja. Ramai yang membelot kepada Carthage.
  • Bukan Hannibal Barca, tetapi seorang jeneral tidak berkaitan yang memiliki nama yang sama.
    **Dianggap dibunuh. Kematian beliau tidak dinyatakan dalam mana-mana sumber, tetapi penawanan dan penyeksaan ada.

Perang Tentera Upahan (c.240 SM) — juga dikenali sebagai Perang Libya dan Truceless War oleh Polybius — adalah satu pemberontakkan yang dilakukan oleh tentera upahan yang dahulunya digaji oleh Carthage, didokong oleh penempatan Libya yang bangun memberontak menentang penguasaan Carthage.

Perang bermula ekoran pertikaian berkenaan hutang bayaran wang kepada tentera upahan yang berperang dalam Perang Punic Pertama bagi pihak Carthage. Carthage yang jatuh miskin setelah terpaksa membayar pampasan perang kepada Rom sebagai sebahagian daripada perjanjian keamanan. Pertikaian semakin memuncak sehingga tentera upahan merampas Tunis menggunakan kekuatan senjata, dan secara langsung mengancam Carthage, yang mana kemudian memenuhi tuntutan tentera upahan. Konflik sepatutnya tamat di sini, tetapi tidak bagi dua orang komander tentera upahan, Spendius dan Mathos, memujuk tentera kerahan Libya dalam pasukan untuk menerima kepimpinan mereka, dan kemudian menyakinkan mereka bahawa Carthage akan membalas dendam di atas peranan mereka setelah tentera upahan asing yang telah dibayar kembali ke rumah. Mereka juga memujuk agar pasukan tentera upahan yang disatukan memberontak untuk menentang Carthage, dan beberapa bandar dan kota di Libya untuk menyokong pemberontakkan. Apa yang dipertikaikan sebagai "perbalahan buruh" meletus menjadi pemberontakkan berskala penuh.

Tidak setanding dari segi anggota dan bekalan, pasukan Carthage yang tidak bersedia mendapat nasib kurang baik pada awal perang, terutamanya di bawah kepemimpinan Hanno Si Agung. Hamilcar Barca, jeneral dari kempen-kempen di Sicily, telah diberi pemeperintahan tertinggi, dan akhirnya berjaya mengalahkan para pemberontak pada 237 SM.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 241 SM, Perang Punic Pertama di antara Rom dan Carthage berakhir dengan kekalahan Carthage[1]. Sebahagian dari syarat-syarat perjanjian, Rom menuntut agar Carthage menyerahkan "semua pulau-pulau yang terletak di antara Sicily dan Itali", membayar dengan serta merta kepada Rom sejumlah 1,000 talent emas, dan bayaran selanjutnya sebanyak 2,000 talent selama 10 tahun [2]. Selepas memenuhi tuntutan Rom, Carthage kini jatuh miskin berada dalam kebingungan: ia menggaji ramai tentera upahan dalam Perang Punic Pertama dan kini mendapati sukar bagi mereka untuk membayarnya [3].

Kesan dari peperangan[sunting | sunting sumber]

Perang ini telah memberi kesan kepada Carthage, dalam dan luar negara. Dari segi dalaman, kemenangan Hamilcar Barca telah meningkatkan prestij dan kuasa kepada keluarga Barcid, yang mana ahlinya yang paling terkenal, Hannibal, akan memimpin Carthage dalam Perang Punic Kedua. Dari segi lain, Rom telah "menjemput" tentera upahan yang menawan Sardinia bagi menduduki pulau. Perampasan Sardinia dan pampasan keterlaluan menaikkan kebencian di Carthage. Kehilangan Sardinia juga menggalakkan Hamilcar, bersama-sama dengan menantu lelakinya Hasdrubal dan anak lelakinya Hannibal bagi mewujudkan satu pangkalan kuasa di Hispania, di luar lingkaran pengaruh Rom, yang mana kemudian menjadi sumber kekayaan dan tenaga kerja untuk kempen awal Hannibal dalam Perang Punic Kedua.

Bibliografi/Sumber[sunting | sunting sumber]

Moden[sunting | sunting sumber]

  • Harden, Donald (1962). The Phoenicians. Thames & Hudson. ISBN 0-14-021375-9.
  • Warmington, B. H. (1969). Carthage. Robert Hale & Company. ISBN 0709109539.
  • F. W. Walbank, A. E. Astin, M. W. Frederiksen, R. M. Ogilvie, Assisted by A. Drummond (editors) (1984–1989). Cambridge Ancient History: Volume 7, Part 2, 2nd Edition. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-23446-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link) CS1 maint: date format (link)

Purba[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Appian, History of Rome: The Sicilian Wars, 2.4-2.6; Livy, History of Rome, 21:18.10, 21:19.2-19.4, 21:41, 30:44.1-44.2, Perioche, 19.12-19.13 Diarkibkan 2009-02-14 di Wayback Machine; Naevius,41-43; Nepos, 21:1.4-1.5; Polybius, 1:62.4-63.3, 3:27.1-27.6, and 3:29.2-29.10; Silius, 6:687-697 Diarkibkan 2006-03-29 di Wayback Machine; Victor, 41.2; Walbank, 565.
  2. ^ Polybius, 1:62.7-63.3
  3. ^ Polybius, 1:66.5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]