Perang tanding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adegan suatu perang tanding menggunakan pistol daripada novel Yevgeniy Onegin karya Aleksandr Pushkin. (lukisan catan oleh Ilya Repin, 1899)

Perang tanding atau duel (disebut [du.ĕl]) ialah suatu perlawanan yang dirancang antara dua orang yang lengkap bersenjata dengan peraturan yang ditetapkan. Ia sering diamalkan terutamanya oleh orang Barat sejak zaman moden awal di benua Eropah sehingga selewat-lewatnya abad ke-20. Pertarungan ini sering dilakukan bagi bertujuan menjaga maruah orang yang sanggup menyertainya.

Pertarungan ini sering melibatkan seni pedang dengan pada abad-abad ke-17 dan 18, namun senapang atau pistol lebih digunakan sebagai senjata pilihan sejak abad ke-18 di England sehingga pengharamannya. Ia sering dilakukan oleh kaum lelaki, namun ada juga keadaan di mana kaum perempuan turut terlibat.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di dunia Timur[sunting | sunting sumber]

Perang tanding tidak asing daripada pengetahuan masyarakat Kepulauan Nusantara, misalnya pertarungan berlawan keris dalam kalangan orang Melayu dan orang Jawa. Orang-orang Bugis dan Makassar terutamanya mempunyai suatu perlawanan khusus dipanggil sitobo lalang lipa di mana orang yang bertarung berlawan dalam batasan sehelai kain sarung yang dililitkan antara mereka sambil mereka menghunus badik masing-masing.[2] Masyarakat orang Madura berlawan carok menggunakan sabit atau celurit yang diucapkan seruan ke atas semangat khodam meminta perlindungan.[3]

Terdapat juga pertarungan yang dilaksanakan dalam kalangan samurai semasa zaman Edo (決闘?, kettō).

Cabaran ini banyak dilakukan dalam kalangan kasta kshatriya dalam banyak kerajaan lama tamadun India kerana kasta ini menganggap mati dalam keadaan tua itu sebagai suatu penghinaan; pahlawan yang tua akan berjumpa raja mereka untuk mengajak bertarung sehingga dia sendiri mati terbunuh.[4]

Di dunia Barat[sunting | sunting sumber]

Kemerosotan dan pengharaman[sunting | sunting sumber]

Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama, perang tanding ini semakin dipandang buruk kerana ia dilihat sebagai merugikan atau menyusahkan badan ketenteraan jika melibatkan kecederaan, kelumpuhan atau kematian askar atau anggota dalam pertandingan sebegini.[5] Kegiatan ini mula diharamkan di Austria-Hungary pada tahun 1917 hasil titah Maharaja Karl I; ia sejajar dengan undang-undang diperlakukan di Prusia (1851) sebelum diteruskan Reichsstrafgesetzbuch Empayar Jerman setelah tahun 1871.[6] Undang-undang berkaitan pembenaran perang tanding semakin dihadkan pada zaman Jerman Nazi sejak tahun 1937 atas perintah Adolf Hitler setelah berlakunya kematian seorang anggota parti Nazi dalam peraduan sebegini.</ref>

Jenis[sunting | sunting sumber]

Perang tanding dimulakan dengan ajakan seseorang yang mencabar lawannya, biasanya dengan alasan yang dilihat munasabah (barangkalinya kerana merasakan nama atau kehormatan si pencabar tersebut diguris atau tercela). Kedua-dua peserta boleh menggunakan pelbagai jenis senjata di mana setiap perlawanan mempunyai peraturan sendiri berdasarkan pengunaan senjata tertentu.

Menggunakan pedang atau senjata berbilah[sunting | sunting sumber]

Sesebuah perang tanding itu bisa diselesaikan sehingga mencapai beberapa tahap di mana satu-satu pihak

  • terkena serangan tersebut lalu luka sedikit atau mengeluarkan darah
  • cedera parah lalu tidak mampu meneruskan bertarung.
  • mati akibat kecederaan ("à l'outrance")

Menggunakan pistol[sunting | sunting sumber]

Dua peserta bermula bergerak menjauhi pihak awan dari suatu jarak ditetapkan dalam tempoh beberapa saat. Pihak peserta akan segera menembak setelah diberikan isyarat mula, ataupun apaila pihak yang dicabar menembak terlebih dahulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hopton, Richard (1 January 2011). Pistols at Dawn: A History of Duelling. Little, Brown Book Group Limited. m/s. 173–174, 182. ISBN 978-0-7499-2996-1.
  2. ^ "Tomanurung Perang Sejati Orang Bugis" (PDF). Media Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-06-06. Dicapai pada 18 Mei 2014.
  3. ^ A. Latief Wiyata (2002). Carok: Konflik Kekerasan Dan Harga Diri Orang Madura. PT LKiS Pelangi Aksara. ISBN 978-979-949267-8.
  4. ^ Jeanine Auboyer (1965). Daily Life in Ancient India. France: Phoenix Press. m/s. 58.
  5. ^ Holland, Barbara (2003). Gentlemen's Blood: A History of Dueling. New York, NY.
  6. ^ Franz Liszt, Lehrbuch des Deutschen Strafrechts, 13th ed., Berlin (1903), § 93. 4. Der Zweikampf Diarkibkan 1 Januari 2013 di Wayback Machine