Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Awam
Industri Perpustakaan
Ditubuhkan 1938
Ibu pejabat Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Bilangan kawasan
Jalan Mahmood
Perancang utama
YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan(Pengerusi)
Pemilik Kerajaan Negeri Kelantan
Laman sesawang http://www.kelantanlibrary.gov.my (Laman web rasmi)
http://catalog.kelantanlibrary.gov.my (Web OPAC)

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) yang pada awalnya dikenali sebagai Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938, hasil bantuan sebanyak 1,000 paun sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500 sumbangan dari kerajaan negeri Kelantan.

Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli Jawatankuasa yang terpilih pada waktu itu terdiri daripada En. A.C. Baker ;penasihat British, En.Gordon Hal, En. C.Crae dan YM Tengku Mahyiddeen. Bantuan sebanyak RM 1,000 setahun diterima dari kerajaan negeri dari tahun 1939 hingga 1946. Walau bagaimanapun antara 1947 hingga 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500 dari kerajaan negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 2,500 bagi perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Pada 1964, peruntukan telah ditambah kepada RM 5,000. Mulai 1 Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1 Julai 1967.

Perpustakaan Umum Carnegie telah ditukarkan namanya kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan apabila Enakmen No. 14 Tahun 1973 dikuatkuasakan. Pada waktu itu, perpustakaan ini dikendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978, sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM 5,000 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 hingga 1982 kepada RM 35,000 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang.

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk pembinaan bangunan baru. Bangunan setinggi 3 tingkat dengan keluasan 31,000 kaki persegi di atas tapak seluas 1.13 ekar ini dibina di Jalan Mahmod, Kota Bharu. Urusan pembinaan dimulakan pada April 1981 dan siap sepenuhnya pada Oktober, 1982 dengan belanja yang meningkat hampir RM4 juta. Mulai 15hb. Februari, 1983 perpustakaan ini dibuka kepada orang ramai dan dirasmikan oleh DYMM Al-Sultan Kelantan pada 1 April 1983 dan secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai.

Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ini antara lain ialah bertujuan untuk mengurus, menyelenggarakan dan memperluaskan penggunaan buku dan juga bahan-bahan perpustakaan kepada masyarakat. Setakat ini Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah mempunyai 7 buah perpustakaan awam cawangan, 1 buah perpustakaan komuniti, 3 buah perpustakaan desa.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon: 609-7444522 / 609-7412522
Faks: 609-7487736
E-Mel: ppak@kelantan.gov.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]