Perbincangan:Air Sirap Bandung

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air Sirap Bandung/Sirap Bandung
Dua Sirap Bandung
Nama alternatifSirap Bandung ,Sirap Bandong,Air Bandung,Air Bandong,Bandung,Bandong
JenisMinuman
Tempat asalMalaysia, Singapura, Brunei
Kawasan/rantauMalaysia
Dicipta olehJohor [1]
Bahan utamaSusu sejat, susu pekat manis, sirap kordial ros
Keragaman/variasiBandung Soda,Bandung Laici,Bandung Cincau
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Air Sirap Bandung Jawi: اءير سيرڤ باندوڠ atau Sirap Bandung Jawi: سيرڤ باندوڠ ialah sejenis minuman yang terdapat di Malaysia,khususnya di Johor.

Ia merupakan minuman yang mencampurkan air sirap bersama susu. Penggunaan istilah "bandung" merujuk kepada dua benda yang dirangkaikan atau digabungkan menjadi satu dan tiada kaitan dengan nama tempat di Indonesia iaitu Bandung sama ada asal-usulnya ataupun penggunaannya.

Penggunaan sirap perisa ros ialah yang paling lazim dijumpai dan disinonimkan dengan sirap bandung memandangkan "air sirap" itu sendiri dirujuk orang Melayu kepada air berwarna merah perisa ros. Pengunaan sirap perisa lain juga boleh didapati di sesetengah tempat dan lebih diistilahkan sebagai "Air Bandung".

Rakyat Singapura mendakwa Air Sirap Bandung berasal daripada Singapura [2] ,padahal Sirap Bandung berasal daripada Malaysia . Singapura mengimport produk sirap ros daripada Malaysia dan Indonesia,banyak barangan Malaysia di eksport ke Singapura .