Pergi ke kandungan

Bandung

Koordinat: 6°54′43″S 107°36′35″E / 6.9120°S 107.6097°E / -6.9120; 107.6097
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandung
Kota Bandung
Kota Bandung
Transkripsi Nama
 • Sundaᮘᮔ᮪ᮓᮥᮀ
Latar langit Bandung
Bangunan Merdeka
Gedung Sate
Jalan Braga
Bendera Bandung
Jata Bandung
Cogan kata: Gemah Ripah Wibawa Mukti (Sunda)
ᮌᮨᮙᮂ ᮛᮤᮕᮂ ᮝᮤᮘᮝ ᮙᮥᮊ᮪ᮒᮤ
Sejahtera, Mudah, Berprestij, Gembira
Lokasi dalam Jawa Barat
Lokasi dalam Jawa Barat
Map
Bandung yang terletak di Jawa
Bandung
Bandung
Lokasi di Jawa
Bandung yang terletak di Indonesia
Bandung
Bandung
Lokasi di Indonesia
Koordinat: 6°54′43″S 107°36′35″E / 6.9120°S 107.6097°E / -6.9120; 107.6097
Negara Indonesia
WilayahJawa
Provinsi Jawa Barat
Ditubuhkan25 September 1810[1]
Diperbadankan
(sebagai gemeente)
1 April 1906[1]
Bahagian pentadbiran30 daerah
153 kampung bandar
Pentadbiran
 • BadanPemerintah Kota Bandung
 • Datuk BandarMuhammad Farhan (NasDem)
 • Naib Datuk BandarErwin (ahli politik) [id]
 • Badan PerundanganDewan Perwakilan Rakyat Daerah Kota Bandung (DPRD)
Keluasan
 • Jumlah167.31 km2 (64.60 batu persegi)
 • Bandar
487 km2 (188 batu persegi)
 • Metro
1,876.8 km2 (724.6 batu persegi)
Aras708 m (2,323 ft)
Aras tertinggi
892 m (2,927 ft)
Aras Terendah
666 m (2,185 ft)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2023[3])
 • Jumlah2,528,163 (ke−3)
 • Kepadatan14,982/km2 (38,800/batu persegi)
 • Bandar7,203,000 (ke−2)
 • Kepadatan bandar14,712.5/km2 (38,105/batu persegi)
 • Metro9,054,175 (ke−3)
 • Kepadatan metro4,453/km2 (11,530/batu persegi)
DemonimOrang Bandung
Demografi
 • Kumpulan etnik
(anggaran 2000)[6]
Senarai
 • Agama[7]
Senarai
Zon waktuUTC+07:00 (Waktu Indonesia Barat/W.I.B)
Poskod
401xx, 402xx, 406xx
Kod kawasan(+62) 22
Pendaftaran kenderaanD
Nominal KDNK[8]2023
 - JumlahIDR 351,285 trilion (ke-3)
AS$ 23,046 bilion
AS$ 73,810 bilion (PPP)
 - Per kapitaIDR 140,114 ribu (ke-13)
AS$ 9,194
AS$ 29,446 (PPP)
 - MetroIDR 646,006 trilion
AS$ 42,383 bilion
Int$ 135,736 bilion (PPP)
 - Pertumbuhan 6.0%
HDI (2024) 0.835 (ke-16) sangat tinggi
Daerah terbesar mengikut kawasanGedebage – 9.58 kilometer persegi (3.70 bt2)
Daerah terbesar mengikut populasiBabakan Ciparay (142,500 – 2022 anggaran)
Laman sesawangbandung.go.id


Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.

  • 1488 - Bandung didirikan sebagai sebahagian Kerajaan Pajajaran.
  • 1799 - Syarikat Hindia Timur Belanda mengalami kemuflisan sehingga wilayah kekuasaannya di Nusantara diambil alih oleh pemerintah Belanda. Ketika itu, Bandung dipimpin oleh Bupati R.A. Wiranatakusumah II.
  • 1808 - Belanda mengangkat Herman Willem Daendels sebagai Gabenor Jeneral di Nusantara setelah ditinggalkan Syarikat Hindia Timur Belanda.
  • 1809 - Bupati memerintahkan pemindahan ibu kota dari Karapyak ke daerah pinggiran Sungai Cikapundung (medan bandar sekarang) yang ketika itu masih merupakan hutan tetapi sudah ada permukiman di sebelah utara.
  • 1810 - Daendels menancapkan tongkat di pinggir Sungai Cikapundung yang berseberangan dengan medan bandar sekarang, dan berkata: “Zorg, dat als ik terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke sini, sebuah kota telah dibangun!”). Sekarang tempat itu menjadi titik pusat atau Km 0 kota Bandung.
  • 25 Mei 1810 - Daendels meminta bupati Bandung dan Parakanmuncang memindahkan ibu kota ke wilayah tersebut.
  • 25 September 1810 - Daendels mengeluarkan surat keputusan untuk memindahkan ibu kota Bandung dan sekaligus melantik Raden Suria sebagai Patih Parakanmuncang pada hari ini. Oleh itu, 25 September telah dijadikan sebagai hari jadi kota Bandung, dengan R.A. Wiranatakusumah sebagai pengasas. Nama pengasas sekarang diabadikan dengan menggantikan nama Jalan Cipaganti dengan namanya. Wilayah ini menjadi rumah tinggal bupati sewaktu ibu kota berpindah ke medan bandar sekarang.
  • 24 Mac 1946 - Pembakaran Bandung oleh para pejuang kemerdekaan yang dikenali dengan sebutan 'Bandung Lautan Api' dan diabadikan dalam lagu "Halo-Halo Bandung".
  • 1955 - Persidangan Asia Afrika diadakan di sini.
  • 2005 - KTT Asia-Afrika 2005

Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.

Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan terhadap masalah banjir.

Pemandangan kota Bandung dari pergunungan di sebelah utara.
Pemandangan kota Bandung dari pergunungan di sebelah tengah.
Pemandangan kota Bandung dari pergunungan di sebelah utara
Pemandangan kota Bandung dari pergunungan di sebelah tengah
Pemandangan kota Bandung dari pergunungan di sebelah tengah

Senarai Datuk Bandar

[sunting | sunting sumber]

  • E.A. Maurenbrecher (1906-1907)
  • R.E. Krijboom (1907-1908)
  • J.A. van Der Ent (1909-1910)
  • J.J. Verwijk (1910-1912)
  • C.C.B. van Vlenier (1912-1913) dan B. van Bijveld (1913-1920)
  • B. Coops (1920-1921)
  • S.A. Reitsma (1921-1928)
  • B. Coops (1928-1934)
  • Ir. J.E.A. van Volsogen Kuhr (1934-1936)
  • Mr. J.M. Wesselink (1936-1942)
  • N. Beets (1942-1945)
  • R.A. Atmadinata (1945-1946)

  • R. Sjamsurizal
  • Ir. Ukar Bratakusumah (1946-1949)
  • R. Enoch (1949-1956)
  • R. Priatna Kusumah (1956-1966)
  • R. Didi Djukardi (1966-1968)
  • R. Hidayat Sukarmadidjaja (1968-1971)
  • R. Otje Djundjunan (1971-1976)
  • H. Utju Djoenaedi (1976-1978)
  • R. Husein Wangsaatmadja (1978-1983)
  • H. Ateng Wahyudi (1983-1993)
  • H. Wahyu Hamidjaja (1993-1998)
  • H. Aa Tarmana (1998-2004)
  • Dr. H. Dada Rosada, SH, M.Si (2004-2014)
  • Dr (HC). H. Mochamad Ridwan Kamil, S.T., M.U.D. (2014-2018)
  • H. Oded Mohamad Danial, S.A.P (2018-2021)
  • H. Yana Mulyana, S.E., M.M. (2021-2023)
  • Muhammad Farhan (2025-kini)

Jalan Asia-Afrika, jalan bersejarah yang dikaitkan dengan Persidangan Asia Afrika pada tahun 1955.

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]

Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya yang bergaya Belanda:

Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:

Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dsb.

Pusat Beli-Belah

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Di dalam bandar raya, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkot berbanding dengan teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang.

Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sastranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur di Malaysia.

Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang melayani laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap harinya untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.

Jambatan Pasupati menghubungkan bahagian utara dan timur Bandung melewati lembah Cikapundung. Panjangnya 2.8 kilometer dan lebarnya 30-60 meter. Pada 25 Jun 2005, jambatan ini rasmi dibuka. Jambatan ini akan menjadi mercu tanda Kota Bandung yang baru.

Jalan tol Padaleunyi menghubungkan Padalarang, Cimahi, sebelah selatan Bandung dan Cileunyi. Jalan tol yang menghubungkan Padalarang dan Purwakarta (Cipularang) sudah dibangun, dan memendekkan perjalanan antara Bandung dengan Jakarta. Dengan adanya jalan raya ini, waktu yang diambil untuk perjalanan antara Jakarta - Bandung hanya 2.5 jam.

Pembinaan jalan tol Cileunyi-Sumedang juga sedang dipertimbangkan.

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Akhbar yang diterbitkan di Kota Bandung termasuk Pikiran Rakyat, Mizan, Tribun Jabar, dan Radar Priangan, antara lain, manakala stesen televisyen tempatan termasuk Bandung TV, CT Channel, PJTV dan MQ TV.

Bandung banyak melahirkan penyanyi dan kumpulan muzik yang besar di Indonesia. Sebilangan kumpulan muzik utama yang dibentuk di Bandung termasuk Peterpan, The Titans, SM*SH, Mocca, Coklat, GIGI, ST12, dan lain-lain. Penyanyi kelahiran Bandung antara lain termasuk Ruth Sahanaya, Inka Christie, Melly Goeslaw, Trie Utami Doel Sumbang, dan lain-lain.

Pendidikan tinggi

[sunting | sunting sumber]

Banyak universiti Indonesia yang utama terletak di Bandung. Institut Teknologi Bandung (ITB) didirikan oleh kerajaan jajahan Belanda pada masa peralihan abad ke-20, dan terkenal sebagai alma mater Sukarno, presiden pertama Indonesia.

Kelab olahraga

[sunting | sunting sumber]

Orang yang terkenal

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Dinas Pendidikan Jawa Barat".
  2. ^ "Tentang Kota Bandung". bandung.go.id.
  3. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 Februari 2024, Kota Bandung Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.3273)
  4. ^ "Demographia World Urban Areas, 18th Annual Edition" (PDF). Julai 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
  5. ^ "PU-net". perkotaan.bpiw.pu.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
  6. ^ Badan Pusat Statistika Provinsi Jabar. "KARAKTERISTIK PENDUDUK JAWA BARAT HASIL SENSUS PENDUDUK 2000". bps.jabar.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2023. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
  7. ^ Statistics Indonesia. "Population by Religion in Bandung Municipality, 2019". bandungkota.bps.go.id. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
  8. ^ Badan Pusat Statistik Jawa Barat (2024). "Provinsi Jawa Barat Dalam Angka 2024". jabar.bps.go.id. Bandung: Badan Pusat Statistik.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]