Perbincangan:Al-Quran

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Assalamualaikum,

1. Apakah ada penjelasan tentang aura manusia seperti 'Bercahaya' yang disebutkan dalam fadhilat berwudhu.

Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: "umatku akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang bercahaya-2 kesan dari wudhuk yang sempurna"

2. Apakah Kaitan Aura dengan Air?

Tiada apa-apa. "wajah yang bercahaya-2 " yang diberikan hanyalah anugerah yang diberikan.

3. Boleh air itu diperjelaskan secara ilmiah kerana air merupakan sumber yang terdekat dan terpenting bagi manusia selain angin/udara, api dan tanah.

Lihat air.

4. Kenapa kita tidak menghuraikan fadhilat solat secara ilmiah dan kepentingannya kepada umat manusia? Allah tidak menjadikan sesuatu perkara melainkan untuk kebaikan manusia itu sendiri. Bukankah sembahyang itu satu kesinambungan keperluan jasmani dan rohani dalam menjadikan seseorang itu menjadi seorang manusia yang mengikut kemampuan yang sepatutnya seperti yang diciptakan oleh Allah. Ramai manusia beralih kepada cara-cara moden untuk melakukan senaman, terapi dan sebagainya sedangkan sembahyang itu sendiri merupakan terapi yang terbaik, senaman yang terbaik disamping pengabdian kepada Allah. Salah satu contoh, seperti yang saya terbaca dalam satu artikel menyatakan bahawa terdapat beberapa saraf kecil dalam kepala manusia yang mana darah tidak sampai kepadanya sedangkan pada hakikatnya salur saraf berkenaan memerlukan darah secara berkala mengikut kapisiti tertentu. Dan hanya solat sahaja boleh memenuhi keperluan ini iaitu melalui sujud dan dilakukan secara berkala mengikut jumlah rakaat dan waktu solat. Ini satu penemuan yang amat baik bagi manusia.Tidak hairanlah semasa kegemilangan Islam dahulu, ramai pemikir islam yang amat berjaya dan terkenal sehingga kini kerana mereka menjaga solat dan otak mereka berfungsi secara optimum. Dan dari segi senaman fizikal, rukuk merupakan satu aktiviti yang merengggangkan urat dan mengembalikan kedudukan urat kepada kedudukan yang sepatutnya. Terlalu menakjubkan. kalau di ikuti secara tertib perlakuan sembahyang itu menunjukkan satu kesinambungan kepada semua keperluan sel-sel badan dan rohani.

Kita solat kerana Allah, bukannya hendak bersenam. Fadhilat fizikal solat hanyalah bonus sampingan.Yosri 00:27, 29 September 2005 (UTC)[balas]

Berwuhdu sebelum sembahyang.

5. Mengambil perkara wajib:

   Pertama niat, tindakan ini menghubungkan hati manusia kepada Allah bahawasanya tujuan berwudhu hanyalah kerana Nya yang Maha Berkuasa di samping menyelaraskan hubungan rohani dan jasmani melalui lafaz fizikal dan membenarkan melalui hati.
   Kedua, Membersihkan permukaan muka sebanyak 3 kali. Persoalannya di sini, apakah kaitannya air dengan 'cahaya' (wajah berseri) pengambil whudu, tentu ada penjelasannya secara saintifik. Bukankah Islam itu secara hakikinya adalah sains. Kenapakan wajah dahulu dicuci kemudiannya tangan iaitu jemari hingga ke siku secara tertib dan dimulakan dengan tangan kanan diikuti dengan tangan kiri. Apa ada pada siku hingga ke jari sehinggakan ianya perlu dibersihkan dengan air. Tentu ada yang kita tidak tahu, mungkin untuk menyimbangkan aliran darah ataupun saraf saraf dalam lingkungan itu. Persoalan kanan dan kiri juga mesti ada fadhilat disebaliknya. Apa yang saya tahu segalanya tindakan dalam ibadat ada fadhilatnya dan terbukti secara sains. Sebagai contoh, makan dengan menggunakan tangan mengikut sunnah Rasullah pun ada penjelasan sainsnya iaitu terdapat enzim dicelah-celah jari-jemari yang mempermudahkan penghadaman makanan. Tindakan Rasullah mencecah sedikit garam sebelum makan juga ada sainsnya iaitu menggalakkan pengeluaran enzim berkenaan. Amat Menakjubkan.
   Ketiga, meratakan air ke ubun-ubun. Ubun - ubun  mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan manusia. Sedari kecil, Ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tenggkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi sama ada hendak demam atau tidak. Ketika mati pun ubun-ubun juga merupakan tempat terakhir nyawa keluar dari badan. Mesti ada penjelasan di sebaliknya. Islam amat penuh dengan sains. Persoalannya apakah hubungan air dengan ubun-ubun dan apakah kesannya kepada kesihatan manusia. Tentu ada jawapannya.
   Keempat, Membersihkan kedua belah kaki dan didahulukan kaki kanan. Timbul lagi perkara kiri dan kanan. Cuba perhatikan, mencuci muka tiada kiri kanan, kemudian tangan, ada kiri kanan, kemudian ubun-ubun tiada kiri kanan dan akhir sekali kaki ada kiri kanan. Apakah hubungan kiri-kanan dalam tertib mengambil wudhu. Berbalik soal kaki, pengamal perubatan cina menggunakan tapak kaki sebagai pusat rawatan yang juga merupakan pusat untuk salur darah dan saraf bertemu.Lagi persoalannya apakah kaitan kiri kanan, air dan kaki serta salur darah dan saraf. Saya masih belum tahu jawapannya. Apa yang saya pasti mesti ada penjelasan sainsnya.


   Saya terlalu daif untuk memperkatakan semua ini kerana saya tidak mempunyai kelayakan. Mudah-mudahan Allah memberi petujuk kepada umat islam yang cuba untuk berfikir walau hanya sedikit.
  Dan kalau ada penjelasan ilmiah tentang tertib solat dan fadhilatnya saya memohon agar menghubungi saya. Semoga dengan cara berfikir ini akan menjadikan saya seorang manusia dan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah. S.W.T.

Wassalam. jasni76@inform.gov.my

Assalamualaikum, Sudah beberapa kali saya menerima sms yang antara lain menyatakan "...Al-Qur'an adalah novel terbaik". Sesuatu yang perlu kita sedar ialah Al-Qur'an adalah KALAM Allah, yakni kata-kata Allah. Justeru tindakan menyamakan Al-Quran dengan novel adalah tidak wajar sama sekali dan perlu dihentikan serta merta. Wallahu'alam. Cheguman 00:25, 12 November 2007 (UTC)[balas]

Kuatkan lagi Nama nama al-Quran..[sunting sumber]

Beri penjelasan dalam bahasa al-Quran sendiri. Saya ada ayat al-Quran tu tapi tak larat nak taip.Hehe :p Putera Luqman Tunku Andre 14:23, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Nama al Quran[sunting sumber]

Di wikipedia Indonesia, masih banyak nama al-Quran. Saya tak letak, takut silap sebab saya belajar dalam kelas KKQ takde pun. Putera Luqman Tunku Andre 00:28, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Kajian tentang al-Quran[sunting sumber]

Suatu kajian oleh Dr. Maurice Bucaille, pakar perubatan Perancis, untuk mengesahkan kitab-kitab Yahudi, Kristian, dan Islam dari segi pengetahuan sains terkini menunjukkan bahawa:

It was in a totally objective spirit, and without any preconceived ideas that I first examined the Quranic Revelation. I was looking for the degree of compatability between the Quranic text and the data of modern science. I knew from translations that the Quran often made allusion to all sorts of natural phenomena, but I only had a summary knowledge. It was only when I examined the text very closely in Arabic that I kept a list of them, at the end of which I had to acknowledge the evidence in front of me: the Quran did not contain a single statement that was assailable from a modern scientific point of view.

I repeated the same test for the Old Testaments and the Gospels, always preserving the same objective outlook. In the former, I did not even have to go beyond the first book, Genesis, to find statements totally out of keeping with the cast-iron facts of modern science.

On opening the Gospels, one is immediately confronted with a serious problem. On the first page, we find the genealogy of Jesus, but Matthew's text is in evident contradiction to Luke's on the same question. There is a further problem in that the latter's data on the antiquity of man on Earth are incompatible with modern knowledge.......

Tahniah kepada agama Islam! Saya suka akan buku ini yang berjudul Bible, Quran, and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge kerana penyampaiannya yang tidak kelihatan berat sebelah, walaupun penulisnya adalah orang Kristian. Walaupun kitab Bible memiliki banyak kesilapan dan percanggahan fakta, beliau juga tidak mengatakan bahawa agama Kristian adalah agama palsu tetapi sebaliknya mengaku bahawa kitab tersebut bukannya Word of God. Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pemindahan tradisi lisan ke dalam bentuk teks atas berbagai-bagai sebab (misalnya terlalu banyak versi tradisi lisan yang saling bercanggah serta huraian yang tidak lengkap yang "perlu" diisi oleh penulis), dengan setiap penulis kitab yang asal menokok tambah pendapat sendiri atas berbagai-bagai sebab. Suatu "kelemahan" kitab Yahudi dan Kristian mungkin adalah kerana ia wujud terlalu awal semasa penulisan belum mengambil alih tradisi lisan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:47, 5 Mei 2008 (UTC)[balas]

Bagi orang Islam, adalah dilarang berdebat mengenai kandungan Bible kecuali yang mempunyai pengetahuan. Ini kerana tidak diketahui yang mana mempunyai ayat yang asal dan yang mana telah ditukar. Yosri 00:13, 6 Mei 2008 (UTC)[balas]

Hai Yosri, sebenarnya saya mula mengaji kandungan Bible sejak tahun 1974 apabila saya diperkenalkan agama Protestan (entah apa nama jenamanya kerana agama Protestan memiliki beribu-ribu kelainan) di Universiti Sains Malaysia. (Sesetengah pelajar senior Kristian mempergunakan kesempatan yang diberikan oleh minggu orientasi untuk menyebarkan, atau lebih tepat lagi, mendesak anda memeluk agama Kristian ketika itu).

Buka kitab Bible sahaja dan saya tidak larat meneruskan pembacaannya lagi. Walaupun demikian, saya masih mengajinya dan membaca banyak buku yang lain tentang Bible. Banyaknya pemikir utama, termasuk Sir Bertrand Russel, ahli falsafah termasyhur serta penulis rencana Why I am not a Christian, yang berasa bahawa kitab Bible bukannya "Word of God" kerana terdapat banyak kesilapan di dalamnya. Buku Bible, Quran, and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge bukannya buku pertama yang saya baca, sebaliknya buku ini hanya merupakan buku terbaru dalam satu siri buku penyelidikan yang saya baca. Untuk pengetahuan anda, saya memiliki berpuluh-puluh buku tentang Bible yang membanjiri perpustakaan peribadi saya. Apabila saya tanya orang Kristian tentang kitab Bible, saya masih belum menemui seorang pun yang betul-betul mengaji kitab tersebut, termasuk pastor mereka! Mungkin anda tidak percaya. Cara mereka mengaji Bible bukan secara keseluruhan tetapi melalui pick and choose perenggan yang sedap seolah-olah makan buffet tengah hari. Oleh itu, apabila seseorang menanyakan mereka tentang perenggan yang tidak sedap, mereka seolah-olah tidak tahu ada perenggan sebegitu di dalam kitab mereka!

Mengapa saya nak baca banyak-banyak tentang perkara ini? Kerana saya memang suka akan agama dan Jesus, walaupun saya bukan penganut Kristian. Kan banyak tokoh yang dibakar di kayu pancang, termasuk Giordano Bruno yang menemui matahari sebagai pusat sistem suria dan bukannya, Bumi? Apa gunanya gelaran santa dan santo jika seseorang dibunuh sedemikian, berasaskan ajaran yang termaktub dalam kitab? Kan agama Kristian mempunyai banyak santa dan santo? Bagi saya, senarai santa-santo merupakan senarai Penjara Sg. Buloh yang memberi gelaran Tun kepada mereka yang salah dihukum mati!

Akhirnya, saya memisahkan sebarang kaitan antara Jesus dengan kitab Bible. Kitab Bible memang mencuba mencatatkan apa yang terjadi pada masa Jesus, tetapi diakibatkan oleh banyak air yang mengalir di bawah jambatan antara kematian Jesus dengan penulisan kitab tersebut, maka terdapat banyak kesilapan. Ini tidak bermaksud bahawa semua yang tertulis di dalam kitab Bible adalah salah. Memang ada bahagian yang betul, tetapi sebagai sebuah buku rujukan, ia tidak amat berguna kerana kita tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Bagi saya, hanya perdebatan yang dapat memberikan keterangan kepada seseorang. Yang penting ialah jangan pegang teguh pada sesuatu pendirian apabila berdebat demi mencapai pandangan yang lebih tepat. Dan kita cuma berdasarkan pada dapatan sains serta logik yang berkaitan untuk berdebat, bukan perasaan atau pendapat peribadi. Jika langsung tak boleh berdebat, maka sampai mati pun tak mencapai sebarang pemahaman.

Saya bukan hendak berdebat perkara ini di sini, cuma meluahkan dapatan saya yang terkini tentang al-Quran. Tambahan pula, jika hendak berdebat, Wikipedia bukannya pelantar yang sesuai. Bagi pengetahuan anda, saya pernah menanyakan soalan di forum Kristian tanpa sebarang jawapan! Misalnya, gereja mengagung-agungkan kematian Jesus sebagai pengorbanan Tuhan yang sangat besar kerana Jesus ialah satu-satunya anak tunggalNya. Namun adakah kematian itu merupakan pemisahan antara Tuhan dengan Jesus atau penyatuan semula? Dengan kata yang lain, di manakah Jesus pergi selepas kematianNya, jika bukan di sisi Tuhan? Kematian Jesus adalah untuk membersihkan dosa manusia. Kan kematian itu sia-sia sahaja seperti pembersih cookie saya yang selepas saya bersihkan, ia kembali beberapa saat kemudian? Kan dunia ini masih dibanjiri dosa? Tak habis-habis soalan saya jika saya teruskan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:33, 9 Mei 2008 (UTC)[balas]

Al quran diturunkan dalam bahasa arab. Akan tetapi ada dalam kalangan orang yang berbangsa Arab tidak mampu untuk menghafaznya. berdasarkan kenyataan di atas, sila nyatakan :

muqadimah : fakta : isi / huraian : huraian lengkap : dalil : huraian dalil : rumusan :