Perbincangan:Gejala metabolisme

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Permintaan pemindahan 6 Mac 2024[sunting sumber]

Gejala metabolismeSindrom metabolik – Tajuk "sindrom metabolik" lebih banyak digunakan pada rencana penyelidikan berbanding "gejala metabolisme". محمد حكيمي (bincang) 07:02, 6 Mac 2024 (UTC)}}[balas]

Salam, saya ada nampak perubahan berkaitan perlencongan dari laman Sindrom metabolik ke Gejala metabolisme. Saya cuma nak tanya yang adakah terdapat rujukan yang menyokong penggunaan perkataan "gejala metabolisme"? Saya tahu yang kalau ikutkan cara pembentukan istilah bahasa Melayu Malaysia yang tepat sepatutnya "metabolic syndrome" diterjemahkan menjadi "gejala metabolisme", tetapi setakat yang saya jumpa tidak ada walaupun satu pun rencana ilmiah yang menggunakan "gejala metabolisme". Yang ada hanyalah "sindrom metabolik" (5 sumber) atau "sindrom metabolisme" (1 sumber), seperti berikut:

  • Sumber Dewan Bahasa dan Pustaka: (Pautan 1)
  • Wong, S. K., Chin, K. Y., & Soelaiman, I. N. (2019). Leptin, adiponectin and insulin as regulators for energy metabolism in a rat model of metabolic syndrome. Sains Malaysiana, 48(12), 2701-2707. (Pautan 2)
  • Das, S., Naina-Mohamed, I., SZulfarina, M. O. H. A. M. E. D., Salim, H. H., & Zawawi, A. (2021). The Effect of Type, Duration and Intensity of Exercise on Inflammatory Markers CRP, IL-6 and IL-18 in Metabolic Syndrome Patients: A Systematic Review. Sains Malaysiana, 50(7), 1997-2006. (Pautan 3)
  • Chee, H. P., Hazizi, A. S., Barakatun Nisak, M. Y., & Mohd Nasir, M. T. (2014). Metabolic risk factors among government employees in Putrajaya, Malaysia. Sains Malaysiana, 43(8), 1165-1174. (Pautan 4)
  • Idrus, L. S., Fakri, F., Hartati, R., & ADNYANA, V. S. I. (2020). Ameliorative effect of Etlingera calophrys (K. Schum.) rhizome ethanolic extract on high fat diet-induced obese zebrafish. Sains Malaysiana, 49(2), 389-397. (Pautan 5)

Jika tidak ada sebarang maklum balas dalam masa 7 hari, saya rasa lebih baik jika kita mengembalikan tajuk rencana menjadi "sindrom metabolik" disebabkan tiada bukti penggunaan perkataan "gejala metabolisme". Harap perkara ini diambil perhatian, kalau ada sesiapa yang boleh melampirkan walaupun satu pun rencana dari Brunei, Singapura atau Malaysia yang menyebut "gejala metabolisme" (laras bahasa perlulah laras bahasa Melayu DBP berdasarkan dasar WBM ini bukannya bahasa Indonesia), maka dialu-alukan maklumbalas. محمد حكيمي (bincang) 06:30, 6 Mac 2024 (UTC)[balas]

Komen[sunting sumber]

@Hakimi97: Selamat sejahtera, saya yang menukarkan tajuk rencana itu. Saya melakukan penukaran ini atas hujah bahawa perkataan "metabolik" itu dianggap lewah dalam bahasa Melayu. Seperti yang kita tahu, melihat dalam bahasa Inggeris, metabolic secara amnya ialah varian kata sifat bagi metabolism. Varian-varian ini ialah normal bagi bahasa Inggeris (cth., endothelium jadi endothelial; pharynx jadi pharyngeal), tetapi secara amnya tidak wujud secara semula jadi dalam bahasa Melayu (melainkan pengecualian istimewa seperti "saintifik" daripada "sains" yang telah diterima pakai secara sejagat). Dan kalau ikutkan, dalam PRPM, perkataan metabolic lebih kerap diterjemahkan kepada "metabolisme" berbanding "metabolik". Contoh 1 yang anda beri itu boleh dikatakan sebagai satu "anomali". Namun, saya tak nafikan bahawa penggunaan "metabolik" nampak ada penggunaan umum seperti "saintifik", cuma seeloknya kita guna istilah yang lebih cocok dengan sistem bahasa Melayu.

Berkenaan "sindrom" itu, itu sekadar langkah penyelarasan dengan "konsensus" WBM yang memang pakai istilah "gejala" seperti Tanda dan gejala dan Gejala COVID-19. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 12:39, 6 Mac 2024 (UTC)[balas]

Hujah ini saya faham dan kalau ikutkan prinsip dasarnya saya memang setuju. Namun yang jadi masalahnya ialah di Malaysia ini bila tidak wujud perkataan itu dalam korpus DBP para penyelidik pula mengambil pendekatan untuk terus menterjemah menjadi "sindrom metabolik", sehinggakan yang lebih umum digunakan ialah "sindrom metabolik" (bukan contoh DBP sahaja malahan turut serta 4 contoh lain) berbanding "gejala metabolisme" (yang tiada langsung penggunaannya). Maka, saya sebenarnya tidak boleh kata setuju kepada mana-mana istilah, kalau guna "gejala metabolisme" ia lebih menepati prinsip "konsisten" yang merupakan salah satu daripada lima prinsip penetapan tajuk Wikipedia (rujuk: Wikipedia:Tajuk rencana#Memutuskan tajuk rencana), namun "sindrom metabolik" pula lebih menepati prinsip "luas penggunaan" dan "disokong oleh pelbagai sumber berkelayakan" (rujuk: Wikipedia:Tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu) dan Wikipedia:Manual gaya penulisan/Rencana berkenaan perubatan#Tajuk rencana). Sebab itu kalau boleh saya cadangkan supaya diadakan pengundian untuk menentukan tajuk mana satu yang perlu disokong buat masa ini. محمد حكيمي (bincang) 13:27, 6 Mac 2024 (UTC)[balas]
Kelebihan jika diadakan pengundian ialah, kita boleh meletakkan nota kaki yang istilah sekian sekian sudah mendapat "ijmak" dari kalangan pengguna Wikipedia Bahasa Melayu, dan menambah pautan ke laman ini. محمد حكيمي (bincang) 13:41, 6 Mac 2024 (UTC)[balas]
Saya faham. Ia lebih kepada masalah dasar terjemahan/penamaan, lebih-lebih lagi dalam bidang teknikal yang orang ramai tak sentuh sangat. Apatah lagi dalam bahasa seperti bahasa Melayu ni. Jadi buat sekarang, elok kita biarkan undian berjalan dulu. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 15:50, 6 Mac 2024 (UTC)[balas]

Undian[sunting sumber]

Panduan: Sila berikan {{undi|y}} jika setuju atau {{undi|t}} jika tidak setuju, dan nyatakan sebab mengapa bersetuju/tidak bersetuju dengan cadangan di atas.