Perbincangan:Izzul Iman Zainal

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghapusan dilawan[sunting sumber]

Laman ini tidak patut dihapuskan dengan segera kerana... (Subjek didalam article ini merupakan seorang pelukis malaysia yang terkenal, lukisan beliau telahpun memasuki istana negara dan menjadi koleksi Raja Permaisuri Agong sekarang. Dengan itu saya berasa bakat beliau dan kisah beliau boleh dijadikan inspirasi buat pembaca2 di wikipedia ) --Luzzinami (bincang) 07:34, 3 November 2020 (UTC)[balas]

Saya sudah menyatakan perkara ini di laman perbincangan pencipta, tapi saya akan sertakan juga disini sebagai rujukan kepada yang mahu mencipta rencana berkenaan diri sendiri pada masa akan datang:

Jika awak adalah penulis menulis tentang awak sendiri, tidak digalakkan. Ia menjadi self-promotion. Saya tak menyangkal apa yang dilakukan oleh awak tu memang perlu dapat pengiktirafan. Tetapi ada beberapa persoalan yang awak perlu tahu:
  1. Pentingkah berita kejayaan awak direkodkan di dalam Wikipedia?
  2. Apa sumbangan awak kepada negara atau komuniti dalam kejayaan/peristiwa itu?

Awak boleh baca berkenaan panduan orang hidup yang terkenal kerana satu peristiwa dan pengesahan orang yang terkenal kerana satu peristiwa. TL;DR: Orang yang terkenal hanya berkaitan dengan satu peristiwa biasanya tidak boleh menulis rencana mengenai mereka. Sekiranya peritiwa itu terkenal, maka rencana biasanya harus ditulis mengenai peritiwa tersebut. Wikipedia bukanlah berita, atau koleksi maklumat sewenang-wenangnya. Berada dalam berita itu sendiri tidak bermaksud seseorang harus menjadi subjek rencana Wikipedia. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:26, 6 November 2020 (UTC)[balas]