Perbincangan:Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepada saudara-saudari Editor yang lebih berpengalaman. Saya adalah newbie di Wikipedia dan terlalu banyak tools/peraturan yang tidak dapat saya ikuti sehinggakan banyak suntingan saya yang telah melanggar peraturan asas Wikipedia.

Berdasarkan pemahaman saya yang pernah bertugas di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini, laman PSUKPP yang telah saya cipta sebelum ini perlu diletakkan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu jentera pentadbiran Kerajaan Negeri. Dan di bawah PSUKPP juga terdapat lebih daripada 20 buah agensi/jabatan kerajaan negeri yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri. Laman ini juga dapat memperincikan sejarah, perkembangan, tugas PSUKPP kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Saya akur bahawa saudara/saudari editor lebih berpengalaman daripada saya, namun janganlah terus menghapus/membuang laman tersebut. Berilah peluang kepada editor baru seperti saya untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan Bahasa Melayu. Memandangkan maklumat yang saya hasilkan selalu dihapuskan saya tidak lagi berminat untuk menjadi sebahagian komuniti ini lagi yang terlalu cepat untuk menghukum newbie seperti saya. Akhir kata, kekalkan sikap seperti ini untuk terus membantu perkembangan Bahasa Melayu. Malaysia Boleh.

Amni Qistina Malaysia.