Perbincangan:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mungkin perlu dipindahkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Yosri 11:13, 13 Jul 2004 (UTC)

Ya, nama itu lebih tepat. Khairul Khalid 12:12, 13 Jul 2004 (UTC)

Guru bahasa saya pernah cakap bahawa Pertubuhan Bangsa Bersatu lebih tepat kerana bangsa menggambarkan satu kumpulan besar dan tidak perlu dijadikan kata ganda. Minta tolong siasat.tq--Qiqidh 23:54, 23 Oktober 2006 (UTC)

Guru anda tak tepat. Takkan pulak "Pertubuhan Bangsa Bersatu"? Dalam bahasa Inggeris "United Nations" bukan "United Nation". Aviator 02:33, 24 Oktober 2006 (UTC)

Menurut pelatih ITNM, nama yang tepat ialah sebagaimana dikatakan oleh Qiqidh, iaitu Pertubuhan Bangsa Bersatu. Ini adalah menepati tatabahasa bahasa Melayu yang tidak membezakan bentuk mufrad daripada bentuk jamak. Walaupun demikian, saya difahami bahawa para wartawan dan pemberita stesen televisyen enggan menerima cara ini kerana mereka lebih suka akan tatabahasa bahasa Inggeris yang tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Bahasa Melayu sememangnya masih dalam pengembangan, dengan "di kalangan" kini tidak lagi diterima oleh Dewan Bahasa dan "dalam kalangan" digunakan agar menepati tatabahasa. Dikatakannya, "kalangan" bukannya tempat fizikal. Mengikut Kamus Dewan, "ia" kini boleh digunakan untuk benda dan haiwan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 01:40, 8 Mei 2008 (UTC)

Menurut KIMD, United Nations = Bangsa-Bangsa Bersatu. ...Aurora... 15:22, 12 Mei 2008 (UTC)

Yang mustahaknya huruf 's' dalam united nations tu..... Tapi kalau united nation tu satu bangsa jerr 161.139.100.98 06:32, 19 Ogos 2008 (UTC)