Perbincangan:Puppetry of the Penis

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hai @Jentayu:.

Saya rasa tajuk lebih baik dikekalkan kerana itu adalah nama pertunjukkan tu. Lagipon nanti jika ada pencarian di Google, takkan keluar "Boneka Butuh" jika si pencari menggunakan "Puppetry of the Penis" sebab nama itu lebih dikenali. Janji isi kandungan sudah memadai dalam Bahasa Melayu. Jangan sewenang-wenangnya menterjemah tajuk jika tiada penamaan rasmi atau sumber yang diterima. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:37, 27 September 2020 (UTC)[balas]

@Jentayu: Oh dan lagi satu, jangan terjemah tajuk berita yang digunakan dalam rujukan. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:39, 27 September 2020 (UTC)[balas]
@Jentayu: Guna parameter |trans-title= dalam templat rujukan tu untuk bubuh terjemahan tajuk berita tu. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:43, 27 September 2020 (UTC)[balas]

@SNN95:Baiklah. 🦅JENTAYU 14:59, 28 September 2020 (UTC)[balas]

@Jentayu: Terima kasih. Saya arahkan awak pon sebab ada sepersetujuan antara admin di belakang tabir berdasarkan dasar Tajuk rencana. Terjemahan ada hadnya juga. Betul memurnikan Bahasa Melayu, saya sokong niat anda dan kami semua seperti itu. Tetapi konteks terjemahan tajuk yang tanpa rujukan dan terjemahan sendiri adalah tidak digalakkan. Bagaimana jika tajuk filem/rancangan itu diterjemahkan contohnya Die Hard (Susah Mati) atau Fairy Tail (Ekor Pari-pari) atau Bleach (Peluntur) atau I Can See Your Voice Malaysia (Saya Nampak Suara Anda Malaysia)? Adakah ada yang lebih mengenali terjemahan tajuk atau tajuk asal?

Saya berkata sebegini kerana tajuk asal di Wikipedia Bahasa Inggeris dicondongkan. Ini menunjukkan tajuk tersebut adalah nama khas pertunjukan. Bukannya satu nama umum/am pertunjukkan tersebut. Perkara ini hanya termaktub pada nama khas pertunjukan/rancangan/filem sahaja. Nama negara/tempat/lokasi tidak ketat seperti ini, tapi itu juga perlu lihat pada keadaan nama itu. Takkan la nak terjemah "Iceland" kepada "Tanah Ais". Jadi setiap terjemahan ada hadnya. Jika musykil, jangan segan silu bertanya kepada admin dan pengguna lama di sini. Sama-sama kita berbincang. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:09, 28 September 2020 (UTC)[balas]