Perbincangan:Raifal gempur

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Raifal tempur)

Penukaran tajuk rencana[sunting sumber]

Berdasarkan tajuk di atas, saya ingin mencadangkan supaya tajuk rencana ini ditukar daripada Raifal tempur kepada Raifal gempur ataupun Raifal serangan.

Ini kerana jika istilah Raifal tempur diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ia membawa maksud "Battle rifle" (Senapang/Raifal Tempur/Pertempuran). Manakala Raifal gempur/Raifal serangan jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris akan membawa maksud "Assault/Attack Rifle" (Senapang/Raifal gempur/serangan) ("Assault Rifle" adalah istilah yang sering digunapakai dan yang paling tepat, manakala istilah "Attack Rifle" tidak wujud dalam penggunaan seharian).

Betulkan saya jika saya salah, tetapi setahu saya, perkataan tempur membawa maksud "battle" dalam bahasa Inggeris, manakala perkataan gempur/serang/serangan bermaksud "assault/attack".

Hal ini boleh dilihat pada tajuk rencana bahasa Indonesia yang merujuk kepada Assault rifle sebagai "Senapan serbu" yang membawa maksud yang lebih kurang serupa jika digunakan dalam bahasa Melayu; senapang untuk menyerbu/menggempur/menyerang kawasan musuh.


Ini sekadar pendapat saya. Saya mohon maaf jika ia bercanggahan dengan mana-mana garis panduan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Syahir20 (bincang) 11:56, 9 Mei 2018 (UTC)[balas]

Istilah Raifal tempur digunakan kerana tiada terjemahan istilah "Assault Rifle" dalam laman DBP. Cadangan anda boleh diterima pakai. Yosri (bincang) 18:21, 9 Mei 2018 (UTC)[balas]