Perbincangan:Sulalatus Salatin

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Versi asal Sejarah Melayu sebenarnya telah ditulis semasa Kesultanan Melaka[sunting sumber]

Dalam buku Sejarah Tingkatan 1 di Malaysia, disebut tentang tarikh sebenar Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin atau Malay Annals) ditulis.

Berikut ialah apa yang tertulis dalam buku itu:

"Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1528, naskhah asal ini dibawa ke Johor dari Kampar.

Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.

Pada tahun 1612, Tun Sri Lanang menyalin semula dan memperbaiki naskhah Sejarah Melayu. Sejarah Melayu adalah sumber pensejarahan Melayu dan juga dokumen kebudayaan Melayu yang ulung."


P/S: Nota tentang Sejarah Melayu ini diletak di kanan muka surat 111 bawah Pencerna Minda; terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; cetakan pertama 2002.


MoBs (bincang) 01:16, 2 Disember 2009 (UTC) Maaf, sebelum ini saya lupa bubuh ID.[balas]

Apabila membuat rujukan, adalah lebih baik membuat rujukan kepada sumber asal. Yosri (bincang) 06:06, 2 Disember 2009 (UTC)[balas]

Untuk rujukan hikayat-hikayat, lihat http://mcp.anu.edu.au/Q/texts.html Yosri (bincang) 19:20, 14 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Salam,
Ada beberapa jurnal membicarakan perihal di atas, iaitu tentang Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) yang asli/original ditulis lebih awal daripada 1612M berdasarkan bukti-bukti(dapatan) yang dibincangkan oleh ramai sejarawan. Saya ada jumpa satu jurnal yang telah mengumpulkan pelbagai dapatan daripada ramai sejarawan dari Barat dan Timur yang membicarakan hal ini, seperti Winstedt, Wake & Caldwell. --MoBs (bincang) 19:14, 25 November 2010 (UTC)[balas]

Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuscript yang ada bertarikh 1808. Rujukan malay concordance project. Yosri (bincang) 00:57, 26 November 2010 (UTC)[balas]