Perbincangan:Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maklumat yang terdapat pada sejarah Kedah adalah Sultan Zainal Rashid hanya mempunyai seorang puteri Tengku Aishah. Sumber mengenai Tengku Muhamad Saat tidak dapat disahkan. Maklumat mengenai Tengku Muhamad Saat ini hanya keluar selepas saya mengemaskini wikipedia. Yang mengaku sebagai waris dari Tengku Muhamad Saat tidak dapat mengemukakan bukti. Saya yang menulis kisah Sultan Zainal Rashid ll dan semua waris baginda yang masih tinggal di Ligor juga tidak dapat mengesahkan yang Tengku Muhamad Saat ujud. Apa yang ditulis adalah fakta dan bersumberkan sejarah Kedah yang tercatat. Pihak yang mengaku sebagai waris dari Tengku Muhamad Saat harus mengemukakan bukti yang bolih disahkan.

Sultan Zainal Rashid mangkat di Ligor[sunting sumber]

Sejarah mengenai Sultan Zainal Rashid tidak pernah kita dengar semenjak kemangkatan baginda pada tahun 1881. Hanya sejarah itu diceritakan oleh Ismail Salleh di Alor Setar pada tahun 1975 kepada pengarang Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (Jilid 8, Bil 1 tahun 1979). Peristiwa kemangkatan Sultan Zainal Rashid "telah mati termakan racun" hanya cerita yang kita dengar. Baginda mangkat sewaktu dalam tahanan di Ligor dan kemudiannya telah di semadikan di Kedah. Adakah kita tahu baginda di makamkan di mana?.

Sumber maklumat dari Ligor mengatakan jasad Almarhum Sultan Zainal Rashid telah hilang selepas dikebumikan keesokan hari. Tanah perkuburan terletak berdekatan stesyen keretapi bandar Nakhon Si Thammarat.

Waris kepada Tunku Fatimah telah pulang mencari waris-waris dan kaum kerabat yang telah terputus hubungan semenjak 1879 dan sewaktu bersama menjadi tahanan askar-askar Ligor. Zakk62

Dari wikipedia "Raja Sulaiman mangkat di Ligor" kisah benar yang berkaitan dengan kerabat diraja Perak.

Raja Sulaiman (Mangkat di Ligor)adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (Marhum Durian Sebatang) dan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin. Sekarang Ligor dinamakan Nakhon Sitammarat. Di Ligor, beliau juga dikenali dengan nama Tengku Sulaiman atau Ku Man. Beliau juga merupakan adinda kepada Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah(1) serta kekanda kepada Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Budak Rasul (puteri).

Raja Sulaiman pernah menjadi Raja Muda Perak dalam usia terlalu muda, sembilan tahun, semasa zaman pemerintahan ayahandanya, Sultan Abdullah Muhammad Shah, kesultanan Perak ke-22, Sultan Ali (Sultan 24), Sultan Ismail, anak kepada Raja Budak Rasul (S 25), Sultan Abdullah Marhum Habibullah (S 26) dan zaman kerajaan kekanda beliau, Sultan Yusuf Sharifuddin (S 27). Beliau mangkat di Ligor pada 1980 dan meninggalkan beberapa orang anak hasil perkahwinan beliau bersama Tengku Putih Aishah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III (Sultan kedah). Antaranya ialah Raja Haji Daeng, Raja Habibah, Raja(Haji) Abdul Rahman, Tengku Long Putih, Tengku Esau(Esah) Ku Ngah, Tengku Jahara (-Ku Jah), dan Tengku Chik. Di Ligor Tengku Putih Aishah lebih dikenali dengan nama Tengku Long Aishah dan beliau adalah adinda kepada Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah.

Pada tahun 1881, Raja Sulaiman sebagai Raja Muda Perak, telah dititah oleh kekanda beliau Sultan Yusuf Sharifuddin untuk mewakili Baginda menghadiri hari pertabalan Sultan Zainal Rashid selepas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III. Dihari pertabalan tersebut Raja Sulaiman, isteri beliau Tengku Putih Aishah, anak Raja Raja Kedah, serta Sultan Zainal Rashid telah di tangkap beramai ramai oleh tentera Siam, yang telah bertapak di Kedah selama lebih enam bulan. Tengku Luang (Long Jahtera) Jahara (kekanda Tengku Putih Aisiah) dengan suaminya Raja Daud, putera raja Selangor sempat melarikan diri ke Perak. Kesemua orang orang yang disebut diatas telah di bawa ke Ligor. Perjalanan kaki ini mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk sampai ke Ligor. Mereka tidak dipenjarakan tetapi telah ditetapkan di tengah kawasan 'Ligor' sekarang dinamakan Kampung Melayu di Nakhon Sitammarat. Ketika itu Ligor merupakan kawasan tentera yang terbesar di selatan Siam. Sultan Zainal Rashid mangkat dan dikebumikan di 'Ligor', kemudian disemadikan di Alor Star Kedah, Raja Daud telah dikebumikan ditepi Sungai Perak, di Kampung Menora, Kuala Kangsar Perak. Tengku Luang Jahara telah berhijerah ke Mekkah dan dikebumikan di Mekkah.


Untuk makluman hanya bahan sahih boleh dimasukkan di sini. Elakkan bahan cerita lisan, blog, myspace, facebook, web peribadi dsb kerana ia tidak sahih atau disahkan. Rujuk pengesahan. Yosri (bincang) 14:15, 29 April 2012 (UTC)[balas]