Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sultan Zainal Rashid Mu’azzam Shah II
Kedah Darul Aman
Pemerintahan 22 Jun 1879 - 22 September 1881
Pendahulu Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah
Pengganti Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Pasangan Tunku Mariam Tunku Ziauddin
Anakanda
Tunku Aishah
Nama penuh
Sultan Zainal Rashid Mu’azzam Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Ayahanda Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah
Bonda Wan Jahara Long Nik Abidin
Keputeraan (1857-09-04)4 September 1857
Kemangkatan 22 September 1881(1881-09-22) (umur 24)
Istana Kota Setar, Alor Setar, Kedah, Tanah Melayu
Dimakamkan Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah
Agama Islam

Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (4 September 1857 – 22 September 1881) ialah Sultan Kedah ke-24 yang memerintah dari tahun 1879 sehingga tahun 1881. Baginda ialah putera sulung Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III dengan Wan Jahara Long Nik Abidin.

Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam Tengku Ziauddin di Alor Setar, dan melahirkan seorang puteri, Tunku Aishah (meninggal 11 Januari 1904). Puteri baginda telah berkahwin dengan Sultan Abdul Aziz Abdul Djalil Rahmat Shah dari Langkat, Indonesia. Mereka berdua tiada memperolehi sebarang zuriat.

Apabila baginda menaiki takhta kerajaan, kerajaan Siam telah mengurniakan gelaran Phraya Ritsungrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Rajamunira Surindra Varman Phraya Saiburi.https://kedahligor.blogspot.com/?m=1

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah mangkat pada 22 September 1881 di Istana Alor Setar, dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Menurut sumber lain, baginda telah mangkat akibat diracun sewaktu ditahan di Ligor (Nakhon Si Thammarat). Baginda telah diganti oleh adinda tirinya, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Kedah
1879-1881
Penyandang Kemudian
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Abdul Hamid Halim Shah