Perbincangan pengguna:Aurora/Arkib1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Salam berkenalan...[sunting sumber]

Selamat datang Aurora. Gembina melihat anda di sini.Yosri 00:40, 1 Okt 2004 (UTC)

Terima kasih, Yosri. Gembira berada di sini.

Syabas Saudara Aurora. Teruskan dengan usaha saudara. Mohamad Najib 10:28, 7 Okt 2004 (UTC)


Saya telah letakkan gambar pada rencana Jambatan. Ianya amat mudah. Cuma letakkan seperti berikut [[imej:namagambar.jpg|thumb|Gambaran mengenai gambar ini.]] Yosri 14:39, 7 Okt 2004 (UTC)

Terima kasih. Aurora 03:12, 8 Okt 2004 (UTC)


Hai Aurora, Selamat berpuasa..Yosri 10:41, 21 Okt 2004 (UTC)

Terima kasih Yosri. Selamat berpuasa kembali. Aurora 01:20, 22 Okt 2004 (UTC)


Hai Aurora,
Laman daftar utama adalah laman yang saya buka untuk mengendalikan tajuk rencana yang tiada kaitan dengan rencana sedia ada (laman yatim). Biasanya saya gunakan untuk membuka rencana baru yang tiada pautan dari rencana sediaada. Biasanya saya akan padamkan rencana yang sudah mulai berkait dengan rencana lain, tetapi sekarang ini malas sedikit, sebab sibuk.Yosri 04:03, 25 Nov 2004 (UTC)

Hai Aurora,
Adakah anda berminat untuk menjadi pengurus laman Wikipedia ini. Saya lihat anda agak aktif.Yosri 04:08, 25 Nov 2004 (UTC)

Tahniah!... User "Aurora" is now a sysop.Yosri 04:19, 26 Nov 2004 (UTC)


Hai Aurora,
Dalam bahasa Melayu, perbezaan jantina tidak ditekankan. Pengaruh dari bahasa Inggeris menjadikan perbezaan jantina ditekankan. Secara peribadi saya lebih cenderung kepada ahli Wikipedia.Yosri 05:31, 2 Dis 2004 (UTC)

Category:Rencana ringkas (stub)[sunting sumber]

Hi Dekoelie, saya baru perasan bahawa rencana-rencana sebelum ini yang ditambah Template:stub tidak keluar di kategori melainkan jika disunting semula. Adakah ini perkara biasa? Aurora 01:24, 23 Dis 2004 (UTC)

Hi Aurora. Unfortunately, i think that is the case. Rencana terpaksa disunting semula. Tapi ia bukan masalah besar, saya akan bantu anda menyunting semula rencana.Dekoelie 01:33, 23 Dis 2004 (UTC)

Hi Aurora, Saya lihat saudara begitu aktif. Syabas saya ucapkan.Yosri 10:06, 2 Mac 2005 (UTC)[balas]

Hi Yosri. Terima kasih. Syabas juga kepada anda. Saya lihat anda banyak menambah rencana baru. Aurora 00:32, 3 Mac 2005 (UTC)[balas]

Assalamualaikum Saudara Aurora, Saya telah menyunting artikel seperti Afrika Selatan, Argentina dan Mexico. Tapi takde orang lain ker nak buat tambahan ? Lepastu saya ingin sekali letak gambar tapi tak pandailer..

Selamat datang[sunting sumber]

Saya baru saja menaruh template baru {{selamatdatang}} yang saya ambil dari Wikipedia Indonesia. Mungkin bisa dipakai setelah diubahsuai lebih lanjut. Meursault2004 10:48, 8 May 2005 (UTC)

Terlebih banyak gambar[sunting sumber]

Thanks saudara Aurora kerana tips tentang cara memasukkan gambar. Naisi

Saudara Aurora, maaf saya termasuk agak terlebih banyak gambar dalam artikel Malaysia, Argentina, Mexico dan Afrika Selatan. Kebanyakan gambar saya dapat dari laman web "free pics". Naisi

saudara Aurora

Saya telah menulis beberapa artikel. Namun begitu artikel2 tersebut telah hilang/dipadamkan. Butiran artikel. 1. Perisian sumber terbuka 2. Perisian komputer 3. Sistem operasi Diharap mendapat penjelasan saudara

219.93.174.102 16:47, 16 May 2005 (UTC)

Saudara, saya tiada di sini ketika itu dan tidak pasti mengapakah sebabnya. Mungkin rencana yang saudara tulis itu sudah ada, melanggar hakcipta atau lain-lain. Walau bagaimanapun, apa kata saudara mendaftar sebagai pengguna supaya mudah kita berbicara. Aurora 01:43, 17 May 2005 (UTC)

Salam Aurora, Sekarang ini terdapat beberapa penyumbang aktif di Wikipedia Melayu. Mungkin saudara Aurora boleh memantau dan mengusul bagi lantikan SYSOP bagi mereka yang mencukupi syarat.Yosri 13:05, 20 May 2005 (UTC)

Salam Aurora, Bagaimana sekiranya saya lantik Hayabusa future sebagai sysop. Dia agak aktif menangani vandal.Yosri 15:43, 28 May 2005 (UTC)

Setuju. Akan saya ajukan kepadanya untuk pertimbangan.Yosri 10:41, 30 May 2005 (UTC)

Election notice translation[sunting sumber]

Thank you! --Aphaia 10:46, 1 Jun 2005 (UTC)[balas]

Assalamu'alaikum Aurora[sunting sumber]

Maafkan saya Aurora, saya tak bermaksud meng iklankan sebuah syarikat atau sebagainya. Saya cuma ingin memberikan informasi yang dimaksudkan bagi pengguna. Tapi, barangkali metode saya yang salah. Salam perkenalan. Andi Ramadhan


Anda boleh memilih pengguna, pilih sumbangan pengguna, dan memulihkan perbuatan pengguna daripada muka sumbangan pengguna. Wassalam Yosri 8 Julai 2005 11:03 (UTC)

Diskusi kembali penggabungan Wikipedia Melayu-Indonesia[sunting sumber]

Beberapa masa yang lampau ada perbincangan di Wikipedia Melayu mengenai hal ini. Namun halamannya tidak bisa saya jumpai kembali. Saya meminta pendapat saudara di halaman Warung Kopi. Terima kasih sebelumnya! Meursault2004 08:10, 9 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Saya berasa bahawa penggabungan tidak akan berjaya sebab terdapatnya banyak lagi perbezaan diantara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Istilah-istilah akan menyebabkan pembaca berpusing-pusing. Tak kan UMNO nak jadi peserta pemilu pada tahun 2009? Nanti jadi pemalu pulak! — PM Poon 18:50, 7 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Muat naik sastera[sunting sumber]

Salam. Jika saya mahu muat naik sastera seperta hikayat seri rama, wikimedia yang mana satu harus saya tujukan hikayat-hikayat ini? adakah wikibooks atau wikipedia?
--Zaidpjd

Logo Wikipedia[sunting sumber]

Salam saudara Aurora, Saya harap saudara Aurora boleh usahakan agar logo Wikipedia dibetulkan ejaannya. Saya telah ajukan di masa lalu tetapi tiada perubahan.Yosri 10:20, 26 September 2005 (UTC)[balas]

Benar! Tuanlah yang benar, sebenar-benarnya yang benar....Yosri 09:52, 27 September 2005 (UTC)[balas]

Terima kasih atas kepercayaan
--Malekhanif

Tidak semua orang tahu , sesebuah tempat itu di negeri mana . Misalnya Batu Gajah ada di Perak dan ada di Kelantan. Pasir Putih ada di Perak dan ada di Kelantan. Harap maklum.....Malekhanif 15 Oktober 2005

Laman Utama[sunting sumber]

Hi Aurora, pada mulanya, saya hendak memohon keizinan untuk menulis dalam Bahasa Inggeris bagi mengelakkan segala kemungkinan kesalahfahaman disebabkan bahasa Malaysia saya yang kurang fasir.

Can I start now, or should I wait for an official permission, LOL. As I know that you have also been contributing to Wikipedia (English version), English is no problem to you.

Okay, at first I did not understand what you were talking about regarding "alam semesta". I just went to have a look a moment ago, and OHHH, GOSHHHH!!! I must have taken the wrong version to edit. Actually, I was going through the history page to see what changes have been made, and must have pressed the "edit" without going back to "rencana", therefore resulting in the error.

Please accept my sincere apologies. May I take this opportunity to thank you for editing my articles. It has made me more confident with writing in Bahasa Malaysia, especially after seeing that most of what I have written is usable. By the way, are you Yosri?

(P/S: Honestly, I don't know what is the meaning of "semesta", LOL.) — PM Poon 20:43, 26 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Georgetown atau George Town?[sunting sumber]

Hi Aurora, I was asked the same question in Wikipedia English. To avoid repeating what I wrote, and flooding your user page, can you refer to my comments at: http://en.wikipedia.org/wiki/User_talk:Andylkl#George_Town_or_GeorgetownPM Poon 20:46, 26 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Hak cipta gambar[sunting sumber]

Hi Aurora, as you are aware, my article is a translation of the English article, and most of my pictures are taken from there. I was also asked a similar question in Wikipedia English yesterday by a Malaysian when I changed the map. My reply to him is at: http://en.wikipedia.org/wiki/User_talk:Andylkl#Penang_Map.

Don't be offended by the English though, LOL. Just that I don't have much EQ. To summarize what I said, we can either take a pragmatic view or a purist view. A purist will consider whether an action is a copyright infringement according to the law, while a pragmatist will ask whether he would be sued for copyright infringement. The perspective is different and differentiates the thinking of a leader, as against a follower. Leaders take calculated risk. Followers play it safe. There is no correct answer. Both are right, but it is leaders who make a difference in this world.

Google is presently sued for copyright. I will shake if I were them, but there are putting up a strong fight. So in this case, you can say I am a follower, but I do take kacang putih risks, LOL.

I have contributed more than 2,000 edits in Wikipedia (English), and have added a number of images from other websites. Because I did put my source (which is the webpage where I have taken them from), they have so far not deleted any of my images.

I enjoy editing photographs with Photoshop, and almost all the pictures that I have taken from the website have been edited, using Photoshop, either to make it sharper or to make it more relevant through cropping. — PM Poon 21:05, 26 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Wikipedia:Melihat-lihat[sunting sumber]

Hi Aurora, saya telah menterjemahkan laman "Wikipedia:Browse" kepada Bahasa Malaysia. Bolehkah anda mengemaskinikan dan membuat urusan selanjutnya. Sebenarnya, saya pun tidak faham bagaimana benda ini dikendalikan. Cuma yang saya tahu, sekiranya kita tidak pada awalnya mengemaskinikan kategori-kategori, besok kita akan pening kepala. :) — PM Poon 20:06, 29 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Rencana terpilih[sunting sumber]

Salam Aurora, Bagaimana kalau diadakan rencana terpilih (Feature Articles). Saya rasa sudah terdapat agak banyak rencana yang elok, cuma letaknya agak terselerak.Yosri 03:44, 1 November 2005 (UTC)[balas]

Sebarang rencana yang melebihi 20 baris boleh dicalonkan dan selepas disunting dan diperiksa ejaan dan susun ayatnya boleh disenaraikan.Yosri 05:37, 2 November 2005 (UTC)[balas]

Terima kasih. Maksud sebenarnya adalah rencana itu perlu serdahana panjang, tidak terlalu pendek. Gambar boleh dianggap markah tambahan, tetapi penerimaan bergantung kepada undian/ ketiadaan bangkangan.Yosri 09:46, 8 November 2005 (UTC)[balas]

Pengiklanan[sunting sumber]

Assalamualaikum

Aurora pa kabar? Sihat tak?

Saya ada menunjungi laman web Kota Tinggi, Malaysia dalam bahasa Melayu ni yang isinya kebanyakkan merupakan pengiklanan daripada resort mahupun hotel-hotel didaerah tersebut. Apakah hal ini diperbolehkan? Atau mungkin wikipedia yang seharusnya merupakan web bagi ensiklopedi dahpun berubah menjadi laman-laman pengiklanan. Mohon ditindak lanjuti.

Wassalam
--Andi Ramadhan

Templat Isi Kandungan[sunting sumber]

Hai Aurora, tak nampak terus saudari selepas Hari Raya sehingga hari ini :). Saya takut adakah saya "terpijak ibu jari kaki" anda semasa menyunting rencana. Baik kami buat satu persetujuan. Yang mana saudari tidak bersetuju dan berasa kecewa, pulih balik sahaja, okay? Bukan saya pandai sangat. Tembak sahaja! Lagipun, penguasaan bahasa Melayu saya bukan kuat sangat. Harap anda boleh mengemaskinikan tatabahasa saya supaya saya boleh mengelakkan kesilapan dan mengarang rencana yang lebih baik.

Sebagaimana yang Aurora mungkin sudah tahu, saya bermula dengan en:Wikipedia dan di sana, saya memang belajar banyak kerana banyak kali kena ditembak :). Sebagai seorang Malaysia, saya rasa saya perlu menyumbang kepada portal ini.

Ada beberapa perkara yang saya hendak timbulkan:

  • Sebagai seorang yang pernah mempelajari pemasaran, laman-laman utama kena dicantikkan dan dilengkapi untuk menarik pengguna-pengguna baru. Ini paling asas. Yang paling unggul sekarang ialah en:Wikipedia. Marilah kami buat ms:Wikipedia No. 2 melalui taktik orang Jepun dahulu... tiru sahaja :).
  • Sebuah portal mesti mempunyai falsafah dan strategi. Baik kami mengkukuhkan rencana-rencana tempatan sebelum kami menumpukan masa pada rencana-rencana antarabangsa. Sekurang-kurangnya, kami boleh menjadi sumber terutama bagi rencana tempatan. Ini bukan bermakna kami tidak mementingkan rencana lain tetapi sekiranya kami tidak tertumpu daya usaha kami kepada sesuatu, kami tidak akan menjadi apa-apa.
  • Bagi setiap tajuk, sebuah buku boleh dikarang. Baik kami ikut konsep Pareto supaya tulisan sebanyak 20% memberi maklumat 80%. Memang senang nak cakap, tetapi susah dilaksanakan. Tetapi sekiranya ada konsep sebagai panduan, lebih baik daripada tidak.
  • Pengelasan adalah sesuatu yang kena dipentingkan. Apabila rencana-rencana terlalu banyak, memang susah sekiranya nak merujuk. en-Wikipedia telah mengalami masalah dan baru-baru ini, telah memperbaiki sistemnya. Baik kami ikut cara mereka supaya tidak perlu "mencipta roda baru".
  • Undang-undang adalah sebuah perkara yang amat menarik. Sekiranya tujuan undang-undang hak cipta ialah untuk memeliharakan hak pencipta sahaja, memang perkara ini terus terang. Dalam kes tersebut, eBay langsung tidak ada peluang untuk memenangi kesnya pada masa kini. (Saya telah diberitahu bahawa pengasas eBay ialah seorang wanita! Pandainyaaaaa!!!!) Akan tetapi, falsafah undang hak cipta bukan semata-mata bertujuan itu sahaja tetapi ia juga menjaga kepentingan dan keperluan masyarakat. Memangnya, eBay akan berlawan dari segi kepentingan masyarakat. Pada praktiknya, kos pendakwaan dan masa yang terlibat juga mesti diberi pertimbangan. Lagipun, sebagai sebuah portal antarabangsa, undang-undang setiap negeri berbeza dan menimbulkan banyak kekeliruan. Saya pernah terlibat dalam kes hak cipta pada akhir 1980an. (Ooophs! Dah tahu saya orang tua?!!) Pada masa itu, saya menggigil tetapi selepas kami "menang tanpa pertandingan", pendapat saya telah berubah.

Awwww!!! Banyaknya nak cerita kalau betul-betul nak cakap. Okay, baik saya balik kepada mesaj anda yang terbaru. Saya akan cuba apa-apa yang anda pesan. Takut tak ada upaya sahaja :). Saya akan lihat:

  • Template:Isi kandungan untuk bahagian 'Ensiklopedia';
  • Template:Isikandungan?) untuk bahagian 'Masyarakat'.

Boleh ke Aurora pilih nama yang lebih sesuai bagi "Wikipedia: Browse":

  • "Wikipedia: Berdasarkan kategori"
  • "Wikipedia: Melihat-lihat"
  • "Wikipedia: Semak lewa"
  • "Wikipedia: Tinjau"
  • "Wikipedia: Jelajah"
  • "Wikipedia: Rambang"?

PM Poon 04:52, 14 November 2005 (UTC)[balas]

Tambahan[sunting sumber]

Hai Aurora, saya pun telah melihat "Templat: Isi kandungan". Rupanya, en:Wikipedia telah menukarkan format ini. Bolehkah Aurora lihat "Wikipedia: Melihat-lihat" yang diterjemahkan oleh saya. Ini mungkin format yang baru yang dicipta selepas mereka menghadapi masalah tentang format yang lama.

Aurora, bolehkah anda berikan nama templat en:Wikipedia yang berkenaan pada masa hadapan supaya saya boleh membuat rujukan? — PM Poon 10:12, 14 November 2005 (UTC)[balas]

Maklumat menyerupai Yellow pages[sunting sumber]

Dari sudut Geografi, keberadaan sesebuah bandar / kewujudan sesebuah wilayah dan kepentingannya hanya akan dilihat dari sudut ekonominya. Sebelum ini ada kecenderungan untuk memasukkan lokasi pelancongan , tetapi pelancongan bukanlah semuanya penting kecuali beberapa tempat sahaja.

Dari sudut Geografi, memang ada tafsiran peta dan tafsiran Geografi Fizikal / Geografi Manusia / budayanya. Ramai penduduk sesebuah tempat/ bandar tidak tahu industri yang wujud di kawasannya. Pelajar saya sendiri kehilangan punca, tak tahu mencari / tiada kesungguhan untuk melihat sesebuah tempat dari sudut ekonomi apabila membuat Kajian Geografi Tempatan.

Sebagai contoh, ramai pengunjung di internet yang bertanya tentang lokasi Semenyih , keistimewaannya , sejauh mana besar bandar Semenyih dan lain-lain. Tetapi setelah mereka ,mengetahui tentang sejarah, universiti dan kolej berhampiran , kilang-kilang dan sebagainya , barulah mereka perasan Semenyih itu boleh tahan jugak .

Kadang-kala orang suka sejarah sesebuah kawasan / bandar yang mereka huni selama ini, yang mereka tidak tahupun. Mereka tidak ada kemudahan untuk capaian tersebut. Bagi sesetengah orang, Sejarah tidaklah sepenting Sains.

Memang benar maklumat ini banyak daripada Malaysia Yellowpages.Saya sekadar memudahkan gambaran Geografi.

Semakin kita kenal sesebuah kawasan / bandar itu, semakin cinta kepadanya dan subjeknya.

Terima kasih respon daripada anda. Selamat hari raya , maaf zahir dan batin.

--Malekhanif 13:26, 14 November 2005 (UTC)malekhanif[balas]

Berdasarkan kategori[sunting sumber]

Hai Aurora, saya suka cadangan anda:

  • Tajuk: Wikipedia:Tinjau
  • Format: ikut Wikipedia:Melihat-lihat
  • Kandungan: ambil Berdasarkan kategori

Macam mana dengan "Wikipedia: Sekilas pandang" yang dicadangkan oleh Yosri? Nampaknya lagi sedap bunyinya :). — PM Poon 02:26, 15 November 2005 (UTC)[balas]

Ejaan "Kategori"[sunting sumber]

Hai Aurora, nampaknya kami masih menggunakan "Category" dalam Bahasa Inggeris. Nampaknya ada kekeliruan yang dihadapi oleh sebilangan pengguna (termasuk saya). Bolehkah anda tukarkan "Category" kepada "Kategori". Saya akan cuba mengemaskan selepas perubahan. Memang pening kepala tetapi baik kami buat pembetulan sekarang sebab perkataan ini sering diguna. — PM Poon 02:51, 15 November 2005 (UTC)[balas]

"Wikipedia:Browse" dan "Portal:Browse"[sunting sumber]

Saya baru mendapati bahawa:

  • saya menterjemahkan "Wikipedia: Browse" dan menamakannya "Wikipedia: Melihat-lihat";
  • anda menterjemahkan "Portal: Browse" dan menamakannya "Berdasarkan kategori".

Kedua-dua diguna. So macamna sekarang? Namakan:

  • "Wikipedia:Browse" sebagai Wikipedia: Tinjau Kategori"
  • "Portal:Browse" sebagai "Portal: Tinjau Portal"??

PM Poon 07:56, 15 November 2005 (UTC)[balas]

Sokong....Yosri 08:43, 15 November 2005 (UTC)[balas]

Portal:Browse[sunting sumber]

Betul apa yang dikatakan Aurora. Itu kesilapan saya. Kalau macam ini, terdapat dua versi Wikipedia:Browse. Saya akan cuba menggabungkannya melalui alihan.

Macamna tentang "Category" dan "Kategori". Baik kita buat perubahan sekarang. Kalau tunggu lama sangat, sudah nak bikin. — PM Poon 13:23, 15 November 2005 (UTC)[balas]

Menggabungkan "Melihat-lihat" dgn "Berdasarkan Kategori"[sunting sumber]

Hai Aurora, saya sudah menggabungkan kedua-dua rencana dengan tambahan tiga kategori ("Bencana alam", "Hari perayaan" dan "Kepercayaan") daripada "Berdasarkan Kategori" ke "Wikipedia: Melihat-lihat" dan menamakan rencana itu sebagai "Wikipedia:Tinjau".

Istilah-istilah juga dikemaskini. Sila lihat dan berikan cadangan anda. Satu masalah pening terwujud: Penukaran "Category" kepada "Kategori". Sila berikan pendapat kamu. — PM Poon 02:48, 16 November 2005 (UTC)[balas]

Kategori[sunting sumber]

Saya cuba membuka halaman Malaysia dan nama "Category" telah ditukarkan. Mungkin yang Anda belum purge cache. Hayabusa future 06:10, 16 November 2005 (UTC)[balas]

Saya pun tak begitu tahu cara mengubahnya, namun sudah saya tanyakan hal ini kepada Borgx di :id, mungkin dia dapat menjawab soalan Anda ini. Hayabusa future 02:37, 17 November 2005 (UTC)[balas]
Menurut Borgx,
Yang saya tau caranya yaitu dengan mengganti Category menjadi Kategori pada string NS_CATEGORY => 'Category', di file language.php. Dengan begini, keyword [[Kategori:]] akan berfungsi seperti [[Category:]] (tapi [[Category:]] tetap berlaku). Tapi cara ini sudah pasti kita tidak bisa melakukannya karena file ini hanya bisa diakses oleh developer. Mungkin akan bisa jika ada permintaan rame2 dari pengguna di ms ke developer.
Hayabusa future 08:29, 17 November 2005 (UTC)[balas]

Saya tidak kenal developer Wikipedia, jadi tidak dapat membantu :-(. Pengguna:Zaidpjd baru saja memulakan Wikipedia Bugis, ia mungkin ada kenal salah seorang developernya. Hayabusa future 09:17, 17 November 2005 (UTC)[balas]

Sebagai tambahan saja, kita bisa membuat semacam translation request sendiri untuk hal itu tetapi harus mengikuti prosedur di meta untuk localisation. --Borgx 01:32, 18 November 2005 (UTC)[balas]
Aurora, saya telah membuat request untuk translationnya .. bisa dilihat di http://bugzilla.wikimedia.org/show_bug.cgi?id=4020 Mungkin bisa di realisasikan dalam waktu dekat ini. --Borgx 07:39, 18 November 2005 (UTC)[balas]
Hai Aurora, nampaknya, Borgx telah menolong kita mengatasi masalah ini. Borgx telahpun menulis kepada http://bugzilla.wikimedia.org/show_bug.cgi?id=4020:
Please add to languageMs.php (not exists in default/current file)
  • NS_CATEGORY => "Kategori";
  • NS_CATEGORY_TALK => "Perbualan_Kategori".
Kemungkinannya tertimbul sedikit masalah tentang ejaan "NS_CATEGORY". Sekiranya NS merujuk kepada ms:Wikipedia, ejaan yang betul ialah "MS_CATEGORY". Walaubagaimanapun, saya telah menulis kepada Borgx mengenai hal tersebut dan saya akan mengikut perkara ini sehingga mencapai matlamat :). — PM Poon 11:32, 18 November 2005 (UTC)[balas]

Halo Aurora, [[Kategori:]] sekarang sudah berfungsi sama dengan [[Category:]]. Developer baru saja melakukan update. Borgx 04:59, 22 November 2005 (UTC)[balas]

Terjemahan untuk ms:Wikipedia[sunting sumber]

Hai Aurora, sila lihat Perbualan Wikipedia:Kedai Kopi#Terjemahan untuk ms:Wikipedia.

Saya belum habis mengemaskan rencana itu. Baca sahaja yang sudah dikemas dan buat cadangan kamu. Selepas tugas terjemahan sudah siap, saya akan mengajar bagaimana menguruskan perubahan pada masa hadapan. Ini terlibat muatturun beberapa perisian yang istimewa. Oleh sebab penerangan tidak berapa jelas dalam rencana "Prosedur di meta untuk localisation", saya telah sesat banyak kali dan muatturun banyak perisian yang saya tidak tahu adakah perlu atau tidak :). — PM Poon 08:58, 19 November 2005 (UTC)[balas]

Seluruh rencana telah dikemas. Biar kita mengambil masa tiga (3) hari sehingga seminggu (7 hari) untuk membuat ini dengan teliti supaya tak perlu membuat dua kali. — PM Poon 11:01, 19 November 2005 (UTC)[balas]

Hai Aurora, ambil sahaja masa yang perlu. Saya sekarang mengalami masalah tentang Langkah 2-4 yang memerlukan pengetahuan pengaturcaraan :(. Kena belajar sedikit tentang bahasa tersebut. Lagipun banyak kerja peribadi lain yang belum saya buat :). — PM Poon 08:42, 21 November 2005 (UTC)[balas]

Mereka dibayar...[sunting sumber]

Terima kasih kerana sudut pandangan anda.--Malekhanif 06:13, 24 November 2005 (UTC)[balas]

Terjemahan[sunting sumber]

Hai Aurora, dahulunya saya kena meminta maaf kerana lambat menjawab. Sebenarnya saya cukup keliru sekarang dan otak tak berapa cergas.

Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah "Kategori" yang sering diguna oleh pengguna-pengguna biasa. Yang lain itu diguna oleh sysop and administrator dan tidak begitu penting bagi pengguna biasa. Memandang masalah "kategori" telah diatasi oleh Borgx, nampaknya kita boleh ambil masa untuk membuat yang lain.

Sekiranya boleh, sila terangkan apa yang kena dibuat selepas terjemahan. Buat sekarang, otak saya kosong benar. :) — PM Poon 18:24, 24 November 2005 (UTC)[balas]

Pembatalan Templat:Kotaktahun dan Templat:KotakTahun[sunting sumber]

Hai Aurora, bolehkan kamu menterbalikkan isi kandungan di Templat:Kotaktahun ke Templat:Yearbox dan selepas itu, membatalkan Templat:Kotaktahun dan Templat:KotakTahun.

Saya rasa sekiranya kita kekalkan nama templat bahasa Inggeris, lagi senang bagi kita "gunting dan tampal" tanpa membuat penyesuaian tentang nama templat. — PM Poon 19:38, 24 November 2005 (UTC)[balas]

Alih kategori[sunting sumber]

Hai Aurora, saya rasa "Kategori: Orang Malaysia" lebih tepat digelarkan "Kategori: Rakyat Malaysia". Bolehkah kamu membuat pengalihan? — PM Poon 07:20, 25 November 2005 (UTC)[balas]

Rencana "Tahun"[sunting sumber]

Hai Aurora, masalah tidak boleh alih kemungkinan disebabkan oleh penggunaan templat itu di rencana "2005". Saya telah siap menukarkan rujukannya di rencana tersebut dan kemungkinan kamu boleh alih sekarang.

Sila lihat rencana "2005". Mengikut perbincangan di en:Wikipedia, inilah format yang terbaru. Walau bagaimanapun, saya rasa pemasukan semua peristiwa dalam satu halaman tak cukup muat. Kemungkinan, kita boleh mengguna halaman "tahun" sebagai halaman utama dan dari situ, membuat pautan ke halaman lain. Umpamanya, bagi halaman tahun 2005, saya bercadang mengadakan pautan seperti berikut:

dan sebagainya.

Subkategori tersebut telah digunakan oleh en:Wikipedia, akan tetapi mereka keliru kerana tidak tahu bagaimana nak menyeleraskannya. Ada cadangan bahawa semuanya dihapus, tertinggal rencana "2005", tetapi saya rasa ini akan mengakibatkan masalah juga. Tak kan satu halaman boleh muat untuk 800,000 rencana di sana? — PM Poon 10:43, 25 November 2005 (UTC)[balas]

Okay, saya akan keluarkan rujukan "Orang Malaysia" untuk semua rencana. Berkenaan dengan cadangan kamu tentang "Tahun", benar apa yang dikatakan kamu. Cadangan saya sebagai rancangan jangka masa panjang apabila tak muat. Buat sementara, en:Wikipedia masukkan subkategori ke dalam bahagian "Pautan luar" sehingga mereka tahu bagaimana nak menguruskannya. — PM Poon 11:01, 25 November 2005 (UTC)[balas]

Hai Aurora, semua rujukan ke "Kategori: Orang Malaysia" siap dikeluarkan. Nasib tak banyak sangat!! — PM Poon 11:37, 25 November 2005 (UTC)[balas]

Hai Aurora, sebenarnya, penggunaan pengelasan saya telah silap. Mengikut en:Wikipedia, kita cuma menggunakan kategori atau subkategori, dan bukannya kedua-dua:

An article should not be in both a category and its subcategory, for example Microsoft Office is in Category:Microsoft software, so should not also be in Category:Software. An article with the same name as a category should usually belong only to that category, for instance, Deism belongs only in Category:Deism.

Oleh sebab itu, saya rasa hierarki yang betul ialah:

  • Masjid di (negeri)
  • Masjid di (negara)
  • Masjid.

Hanya subkategori "Masjid di (negeri)" perlu digunakan, dan kategori yang lain dibatal. "Masjid di (negeri)" merupakan subkategori "Masjid di Malaysia" dan "Masjid di Malaysia" menjadi subkategori "Masjid".

Nampaknya, kita akan mencapai 10,000 rencana sebelum akhir bulan ini. Mengikut rancangan saya, saya cuma hendak aktif sehingga akhir bulan ini sahaja. Walau bagaimanapun, memandangkan banyak lagi kerja asas yang perlu dibuat di ms:Wikipedia (umpamanya terjemahan yang saya janjikan kamu dan terjemahan panduan-panduan Wikipedia), saya rasa saya akan aktif sehingga Hari Raya Cina Baru. Dah menjadi penagih Wikipedia dah!

Yosri telah menjemput saya menjadi pentadbir tetapi saya telah menolak atas masalah peribadi. Saya harap kamu semua tidak akan salah faham bahawa saya tarik harga. Sebenarnya, saya juga akan tolak sekiranya dijemput oleh en:Wikipedia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan terus hilang dan harap menyumbangkan rencana baru ataupun membuat suntingan dari semasa ke semasa. Sekian. — PM Poon 01:06, 9 Disember 2005 (UTC)[balas]


Hai Aurora, sebenarnya, penggunaan pengelasan saya telah silap. Mengikut en:Wikipedia, kita cuma menggunakan kategori atau subkategori, dan bukannya kedua-dua:

An article should not be in both a category and its subcategory, for example Microsoft Office is in Category:Microsoft software, so should not also be in Category:Software. An article with the same name as a category should usually belong only to that category, for instance, Deism belongs only in Category:Deism.

Oleh sebab itu, saya rasa hierarki yang betul ialah:

  • Masjid di (negeri)
  • Masjid di (negara)
  • Masjid.

Hanya subkategori "Masjid di (negeri)" perlu digunakan, dan kategori yang lain dibatal. "Masjid di (negeri)" merupakan subkategori "Masjid di Malaysia" dan "Masjid di Malaysia" menjadi subkategori "Masjid".

Nampaknya, kita akan mencapai 10,000 rencana sebelum akhir bulan ini. Mengikut rancangan saya, saya cuma hendak aktif sehingga akhir bulan ini sahaja. Walau bagaimanapun, memandangkan banyak lagi kerja asas yang perlu dibuat di ms:Wikipedia (umpamanya terjemahan yang saya janjikan kamu dan terjemahan panduan-panduan Wikipedia), saya rasa saya akan aktif sehingga Hari Raya Cina Baru. Dah menjadi penagih Wikipedia dah!

Yosri telah menjemput saya menjadi pentadbir tetapi saya telah menolak atas masalah peribadi. Saya harap kamu semua tidak akan salah faham bahawa saya tarik harga. Sebenarnya, saya juga akan tolak sekiranya dijemput oleh en:Wikipedia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan terus hilang dan harap menyumbangkan rencana baru ataupun membuat suntingan dari semasa ke semasa. Sekian. — PM Poon 01:06, 9 Disember 2005 (UTC)[balas]

Pelayaran dalam laman kategori[sunting sumber]

Hai Aurora, saya baru sahaja membuat penemuan baru mengenai pelayaran di dalam laman kategori di en:Wikipedia. Sila lihat laman "Kategori:Tumbuhan" dan Perbualan Yosri.

Sebenarnya, saya hendak mengubahsuai templat: CatAZ di en:Wikipedia supaya kita boleh menggunakan [[Kategori:Tumbuhan]] dan bukannya [[Kategori:Tumbuhan|Durian Paya]] untuk rencana "Pokok Durian Paya". Selepas kegagalan saya, saya meminta pertolongan di en:Wikipedia. Walaupun dua pengguna di sana sudi menolong saya, pada akhirnya tidak jadi juga. Walau bagaimanapun, cara di laman "Kategori:Tumbuhan" sekarang merupakan cara yang disyorkan oleh en:Wikipedia. — PM Poon 02:07, 14 Disember 2005 (UTC)[balas]

Kamus wiki[sunting sumber]

Hai Aurora, sebenarnya saya keliru tentang apanya Wiki kamus disebabkan ia menggunakan portal yang sama dengan ms:Wikipedia; namun tiadanya sebarang perbezaan di antara rencana kamus wiki dengan rencana Wikipedia, umpamanya rencana kaca dan kaabah.

Bagi saya, rencana kamus cuma memberi tafsiran yang pendek, sedangkan rencana ensiklopedia agak panjang. Sepatutnya, kamus wiki kena mempunyai enjin carian seperti di laman web Wiktionary dan Dewan Bahasa.

Walaubagaimanapun, saya berasa bahawa kaedah sekarang yang menggunakan senarai perkataan adalah tidak memuaskan kerana ia memerlukan pengisian senarai setiap kali sebuah rencana kamus dikarang. Oleh sebab itu, saya mencadangkan sedikit perbaikan melalui penggunaan kategori. Sila rujuk laman "Kategori:Kamus wiki" serta "Kategori:Perkataan A" dan sebagainya. Dengan kaedah ini, kita tidak perlu mengisi apa jua senarai. Walaupun demikian, ini cuma merupakan langkah sementara sebelum kita mencari teknologi yang lebih memuaskan untuk mengurusnya. — PM Poon 12:49, 14 Disember 2005 (UTC)[balas]

Wiktionary Bahasa Malaysia[sunting sumber]

Hai Aurora, supaya tidak perlu menggandakan mesaj untuk perkara di atas dan juga untuk menjimatkan ruang halaman anda :), sila lihat: Perbualan Yosri. — PM Poon 01:19, 22 Disember 2005 (UTC)[balas]

Kamus Bahasa Malaysia-Bahasa Indonesia[sunting sumber]

Hai Aurora, kan dulu pernah ada cadangan nak gabungkan ms:Wikipedia dengan id:Wikipedia. Saya rasa kita boleh membuat "Kamus Bahasa Indonesia-Bahasa Malaysia" dan "Kamus Bahasa Malaysia-Bahasa Indonesia" sebagai usaha sama.

id:Wikipedia boleh mewujudkan "Kamus Bahasa Malaysia-Bahasa Indonesia" dan kita pula mewujudkan "Kamus Bahasa Indonesia-Bahasa Malaysia". Sumber yang sekarang ada pada internet tidak mencukupi. Kebanyakan kamus Indonesia di internet tidak mengandungi banyak istilah. — PM Poon 04:00, 22 Disember 2005 (UTC)[balas]

Terjemahan antara muka[sunting sumber]

Hai Aurora dan Yosri, saya telah siap membuat terjemahan untuk antara muka dan telah memaparkannya di Halaman Perbualan Kedai Kopi. Walau bagaimanapun, saya tengah menyemakkannya buat kali yang terakhir dan yang telah disemak, saya telah mengemaskan supaya kamu semua dapat membacanya dengan senang di halaman tersebut.

ms:Wikipedia telahpun mencapai 10,000 rencana dan kini menyertai Kategori II. Untuk menonjolkan imej yang baik, amat pentinglah bahawa antara muka kita nampak standard sikit. Saya faham bahawa kamu semua tidak ada masa kerana bagi saya pun, terjemahan terakhir ini telah menelan masa lebih daripada seminggu. Oleh sebab itu, adalah baik sekiranya seorang mengambil sebahagian supaya mengelakkan penggandaan kerja. Kalau tidak, memang susah bagi kamu semua nak menghabiskan penyemakan terjemahan ini yang sungguh panjang. Disebabkan ini merupakan kerja satu kali, diharap kamu semua dapat mengambil masa untuk melaksanakan penyemakan ini. Sekiranya dapat melibatkan lebih orang seperti Hayabusa future dan sebagainya, kan lebih elok?

(P/S: Terjemahan terakhir ini menelan masa yang banyak sebab saya telah merujuk kepada kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia untuk membuat pembandingan supaya dapat menghasilkan terjemahan yang paling bagus, terutamanya dari segi konteks dan kelengkapannya. Walau bagaimanapun, kekadangnya konteks tidak begitu jelas sehingga kita menggunakannya. Saya juga mendapati bahawa versi ms:Wikipedia tidak lengkap seperti id:Wikipedia. Kelemahan ini telah diperbaiki.) — PM Poon 06:53, 23 Disember 2005 (UTC)[balas]

*****

Hai Aurora, kemungkinan kamu telah membaca pemerhatian Hayabusa yang amat tajam tentang terjemahan antara muka saya di Perbualan Kedai Kopi. Sila lihat pendapat saya. — PM Poon 19:05, 23 Disember 2005 (UTC)[balas]

Pendapat saya mengenai perkembangan ms:Wikipedia[sunting sumber]

Hai Aurora, sila lihat pendapat saya mengenai perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu. — PM Poon 20:18, 23 Disember 2005 (UTC)[balas]

Wikipedia:Antara muka[sunting sumber]

Hai Aurora, memang idea yang bagus!! Lebih mudah untuk kita bincang bersama. — PM Poon 03:47, 24 Disember 2005 (UTC)[balas]

Congratulation[sunting sumber]

Tahniah Aurora. Laman Bahasa Melayu kita sudah sampai kepada 10.000 artikel. Ditahun yang akan berganti, mungkinkah kita boleh pula menggantikan Laman Utama kita dengan wajah yang baru??

Kategori-kategori masjid[sunting sumber]

Hai Aurora dan Yosri, kategori-kategori masjid kini telah dikemaskini menurut keperluan Aurora. Pada masa hadapan, saya mencadangkan struktur berikut:

  • Masjid
    • Masjid di Asia
      • Masjid di Malaysia
        • Masjid di Negeri Malaysia (14 buah)
    • Masjid di Timur Tengah
    • Masjid di Barat (termasuk Australia & New Zealand).

Bagi setiap rencana masjid, cuma satu subkategori (ataupun sub-subkategori) akan dipilih sahaja. "Kategori Masjid" tidak akan mengandungi sebarang rencana; ia cuma mengandungi subkategori sahaja.

Oleh sebab saya jangka tidak akan ada banyak rencana masjid di luar Malaysia (kecuali kemungkinan Indonesia; jika ada, kita boleh memulakan subkategori untuk Indonesia), semua rencana masjid luar negeri akan dimasukkan ke subkategori peringkat kedua, iaitu Asia, Timur Tengah dan Barat.

Apakah pendapat kamu semua? — PM Poon 21:31, 24 Disember 2005 (UTC)[balas]

Rencana tarikh[sunting sumber]

Menurut Panduan Gaya Penulisan en:Wikipedia, cara untuk penggunaan tarikh adalah seperti berikut:

  • 499 SM hingga kini: gunakan tahun: umpamanya [[498 SM]];
  • 1699 SM - 500 SM: gunakan dekad: umpamanya [[1420-an SM|1423 SM]];
  • 3999 SM - 1700 SM: gunakan abad: umpamanya [[Abad ke-33 SM|3250-an SM]];
  • 4000 SM dan lebih awal: gunakan milenium: umpamanya [[Milenium ke-5 SM|Abad ke-45 SM]].

Untuk menjawab soalan kamu, tahun SM akan ditulis sehingga 499 SM, termasuk kategori SM. Dari 500 SM sehingga 1699 SM, kategori akan mengikut dekad (seperti yang kamu bercadang) dan dari 1700 sehingga 3999 SM, kategori akan mengikut abad. Ini adalah selaras dengan amalan Wikipedia Bahasa Inggeris serta 16 bahasa yang lain yang telah menulis sehingga 499 SM.

Bukannya saya suka menulis rencana tersebut. Sebaliknya, ia amat membosankan dan menelan banyak masa. Walau bagaimanapun, saya rasa kita kena mengikut panduan en:Wikipedia supaya boleh mencapai tahapnya (sekurang-kurangnya dari segi rencana tarikh).

Sebagaimana yang kamu tahu, sewaktu saya bermula projek menulis rencana tarikh, hampir semua pautan tarikh ditandai dengan warna merah. Kini, semua cangkerang rencana tarikh boleh dikatakan lengkap, kecuali cangkerang rencana dekad serta rencana milenium. — PM Poon 15:42, 29 Disember 2005 (UTC)[balas]

Pencapaian ms:Wikipedia[sunting sumber]

Hai Aurora, sila lihat: Perbualan Yosri untuk perbincangan saya mengenai Pencapaian ms:Wikipedia. — PM Poon 02:40, 30 Disember 2005 (UTC)[balas]

Hai Aurora, sila lihat: Perbualan Yosri untuk perbincangan tentang rencana haiwan dan tumbuhan. — PM Poon 10:51, 31 Disember 2005 (UTC)[balas]