Perbincangan templat:Maharaja Lawak Mega

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lebih baik dikekalkan[sunting sumber]

@Hafiydzul:Saya rasa lebih baik dikekalkan susunan sebegitu dengan memberikan tahun bagi kumpulan yang bergelar juara untuk memudahkan pembaca tahu siapa yang menang selain membacanya dari rencana. Lagi-lagi pula, susunan yang saya buat itu dilakukan demi menepati tatacara templat di Wikipedia. Anda dikehendaki mengubah seperti susunan yang saya buat, tidak mengikut apa yang saya tulis pun takpe tapi susunan yang awak dah undurkan sekarang disusunan seperti yang saya lakukan. Saya harap awak faham kerana saya akan mengundurkannya semula jika awak tidak mengubahnya. Saya amat hormati apa yang pengguna sini buat dan saya sebagai penyelia hanya mahukan yang terbaik. SNN95 03:25, 24 Januari 2015 (UTC)[balas]

Saya memang ingin mengekalkan format yang telah dikemaskini oleh anda yang sangat baik keadaannya, namun saya meneliti terdapat kesalahan dari segi penyertaan peserta yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega ini (rujuk Juara @ 2013 ia sepatutnya ditulis Sepahtu dan itu juga menyebabkan dengan sedikit kesalahan akan mengundang salah faham pembaca atau pihak tertentu. Saya tidak melarang atas penambahbaikan tapi ada batasnya, dan saya memerhati ramai orang yang tidak dikenali (tidak mempunyai nama sah di wikipedia) telah menceroboh ruang edit Maharaja Lawak Mega sehingga terpaksa membuat keputusan untuk batalkan sumbangan mereka yang tiada manfaatnya (maaf). Jadi, biarlah saya yang akan memperbetulkannya sendiri mengikut cadangan format yang telah anda nyatakan seperti diatas. Terima kasih atas cadangan tersebut --Hafiydzul 11:47, 24 Januari 2015 (UTC)[balas]
@Hafiydzul: Terima kasih kerana memahami dan saya akan cuba membantu dalam penambahbaikan rencana dan templat yang berkaitan MLM ni. Mana tahu nanti boleh dicadangkan sebagai rencana pilihan. SNN95 14:15, 27 Januari 2015 (UTC)[balas]