Pereka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pereka ialah seorang yang mencipta atau menemui kaedah, cara, atau peranti yang boleh melakukan sesuatu tugas. Istilah ini juga boleh merujuk kepada mereka yang telah diberikan paten. Bagaimanapun, banyak barang tidak boleh dipatenkan atau umumnya tidak dipatenkan, tetapi masih boleh dianggap sebagai hasil kerja seseorang pereka; contoh-contohnya termasuk kaedah atau keluaran baru yang berkait dengan penyataan kesenian atau matematik. Sebagaimana dengan perekaan rasmi (di bawah undang-undang paten), satu unsur utama jelasnya merupakan unsur ketersegaman yang dibangkitkan oleh rekaan tersebut ke atas mereka yang mahir dalam bidang yang berkaitan apabila mereka diberitahu rekaan tersebut.


Rekaan kesenian dan matematik[sunting | sunting sumber]

Salah satu contoh pempatenan rasmi tentang kaedah/proses seseorang pelukis ialah paten yan dipohon oleh Yves Klein terhadap "Biru Klein" (Kleinian Blue) atau Biru Klein Antarabangsa, [1] sejenis warna biru. [2] Serupa juga, rekaan dalam bidang matematik boleh dikaitkan secara rapat dengan sesuatu orang, umpamanya formula Stirling dengan James Stirling.

Perbezaan dengan cap dagangan[sunting | sunting sumber]

Perkaitan antara hasil kesenian atau matematik dengan perekanya boleh dibezakan daripada penemuan yang mencirikan penciptaan tersebut. Ciri-ciri tersebut adalah lebih serupa dengan konsep cap dagangan yang rasmi, berbanding dengan konsep rekaan yang rasmi. Konsep yang kurang tepat ini boleh ditunjukkan dengan membubuh akhiran "esque" pada nama pereka, umpamnya "Wanita Rubenesque Mempunyai Muka Picassoesque".[3] Perbezaan antara ciri "-esque" dan cap dagangan pada nama pelukis adalah tidak ketara dan pernah dibicarakan dalam mahkamah. [4]

Dari segi rasmi[sunting | sunting sumber]

Taraf pereka ialah penentuan utama untuk mengasaskan hak paten. Sistem paten telah diasaskan untuk menggalakkan para pereka dengan memberikan mereka tempoh monopoli yang terhad untuk rekaan yang dipertimbangkan sebagai cukup baru, berguna, dan tidak ketara. Fasal harta intelektual dalam Perlembagaan Amerika Syarikat membenarkan (tetapi tidak mewajibkan) undang-undang diluluskan untuk mengasaskan hak-hak harta intelektual di negara tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Adalah didakwa bahawa keupayaan untuk mereka boleh dikembangkan. Sila lihat TRIZ, teori penyelesaian masalah yang bersifat daya cipta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]