Pergunungan Rhodope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rodopi (bahasa Bulgaria: Родопи, Rodopi; bahasa Yunani: Ροδόπη, Rodopi; bahasa Turki: Rodop) adalah pergunungan di Eropah Tenggara, dengan lebih daripada 83% di bahagian selatan Bulgaria dan selebihnya di Yunani. Puncak tertingginya, Golyam Perelik (2,191 m), merupakan gunung ketujuh tertinggi di Bulgaria. Kawasan ini terkhusus dikenali kerana kawasan karst - nya dengan gaung sungainya yang dalam, gua-gua yang lebar dan bentuk-bentuk ukiran tertentu, seperti Trigrad Gorge.

Bahagian yang cukup penting dari sumber-sumber kuasa hidro di Bulgaria terletak di bahagian barat pergunungan Rodopi. Terdapat beberapa jeram-hidro dan empangan yang digunakan untuk menjana kuasa, pengairan, dan destinasi pelancongan. Rodopi mempunyai warisan budaya yang kaya termasuk tapak Trakia seperti Perperikon dan Tatul; istana zaman pertengahan, gereja, biara, dan perkampungan permai dengan seni bina tradisional Bulgaria dari abad ke-18 dan ke-19.

Rujukan[sunting | sunting sumber]