Perisian percuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Perisian percuma (dalam bahasa Inggeris freeware) merupakan perisian komputer yang percuma tetapi mempunyai hakcipta yang dimiliki oleh pembangunnya, yang mempunyai hak untuk mengawal pengedarannya, mengubahsuainya dan menjualnya di kemudian hari.[1] Selalunya, freeware diedarkan tanpa disertakan kod sumbernya dan lantas mengelakkan para penggunanya daripada mengubahsuai perisian tersebut. Dengan ini, freeware adalah berbeza dengan perisian bebas yang membenarkan pengubahsuaian pada perisian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istilah freeware mula-mula diperkenalkan oleh Andrew Fluegelman ketika beliau hendak menjual sebuah atur cara komunikasi bernama PC-Talk yang beliau ciptakan tetapi beliau tidak mahu menggunakan kaedah pengedaran lama disebabkan kos mereka.[2] Fluegelman lantas mengedarkan PC-Talk melalui satu proses yang kini merujuk kepada shareware. Penggunaan istilah ini pada masa sekarang tidak semestinya perlu menepati konsep asalnya yang diperkenalkian oleh Andrew Fluegelman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]