Perisytiharan Panmunjeom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perisytiharan Keamanan, Kemakmuran dan Penyatuan Semenanjung Korea di Panmunjeom (Hangul한반도의 평화와 번영, 통일을 위한 판문점 선언; Hanja韓半島의 平和와 繁榮, 統一을 爲한 板門店 宣言) diterima oleh kedua-dua pemimpin Korea Utara (diwakili Kim Jong-un) dan Korea Selatan (diwakili Moon Jae-in) pada 27 April 2018 ketika suatu sidang Kemuncak antara Korea yang berlangsung pada ketika itu.

Menurut perisytiharan ini, kedua-dua pemimpin Korea Utara dan Selatan telah bersetuju untuk bekerjasama mengakhiri Perang Korea, memulakan suatu era baru yang aman dengan perkongsian komitmen menamatkan pembahagian dan konfrontasi dengan mendekati suatu tempoh perdamaian, keamanan dan kemakmuran yang baru serta peningkatan hubungan antara kedua-dua negara ini.[1] Ia turut menandakan rancangan melupuskan senjata nuklear dalam simpanan kedua-dua negara ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Panmunjom Declaration: The key points". Dhaka Tribune. 27 April 2018. Dicapai 28 April 2018. 
  2. ^ Fifield, Anna (27 April 2018). "In a feel-good Korea summit, Kim lays the groundwork for meeting with Trump". Washington Post. Dicapai 28 April 2018.