Permainan video aksi-pengembaraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kasteroids.svg
Sebahagian siri daripada:
Permainan video aksi

Permainan video aksi-pengembaraan atau action-adventure video game merupakan permainan video menggabungkan elemen dari pelbagai genre aksi dan elemen dari genre pengembaraan. Ia mungkin juga genre yang paling besar dan luas dalam bidang permainan video. Permainan yang pertama dalam genre ini ialah Adventure (1979) dalam platform Atari 2600.

Berikutan populariti permainan video pengembaraan yang semakin berkurang dalam kalangan masyarakat, penggunaan istilah aksi-pengembaraan atau action-adventure semakin terkenal.

Terdapat perbezaan antara genre tematik dan genre permainan, oleh sebab dalam hal ini ia mempunyai makna dan etimologi yang sangat berbeza. Perkataan "pengembaraan" atau "adventure" merujuk kepada Colossal Cave Adventure dan tiada makna tematik atau naratif mahupun kaitan dengan filem pengembaraan. Sama juga dengan permainan aksi, terdapat juga tema keganasan dalam permainan ini sama dengan filem aksi tetapi ia bukan suatu kemestian.

Aksi-pengembaraan merupakan genre campuran, oleh itu ia mempunyai makna yang sangat dalam, membawanya untuk menjadi genre yang paling luas dalam permainan video dan komputer. Biasanya, permainan pengembaraan yang tulen mempunyai masalah situasi yang pemain harus selesaikan, dengan sedikit atau tanpa aksi. Permainan aksi yang tulen mempunyai permainan berdasarkan interaksi masa nyata yang mencabar refleks. Oleh itu, permainan aksi-pengembaraan melibatkan kedua-dua elemen tersebut iaitu refleks dan penyelesaian masalah, dalam situasi ganas dan bukan ganas.