Dunia terbuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dunia terbuka, rayau bebas atau kotak pasir merupakan istilah untuk permainan video di mana pemain boleh merantau bebas di sekitar dunia maya. Mereka diberi kebebasan dari segi masa dan cara untuk mendekati sesuatu objektif. Hal ini bertentangan dengan permainan video yang lain yang mempunyai struktur yang lebih linear dalam permainan mereka. 

Permainan video yang menggunakan dunia terbuka biasanya tidak mempunyai dinding halimunan dan paparan muatan yang lazim terdapat di rekaan peringkat linear. Secara umumnya, permainan video dunia terbuka masih melaksanakan pelbagai batas dalam persekitaran permainan, sama ada kerana batas teknikal mutlak atau batas dalam-permainan disebabkan oleh kelinearan permainan. Contoh autonomi tahap tinggi dalam permainan komputer boleh didapati dalam permainan video berperanan multipemain atas talian (MMORPG)  atau dalam permainan pemain tunggal yang menggunakan konsep dunia terbuka seperti siri Fallout. Tarikan utama permainan dunia terbuka ialah ia menyediakan realiti yang disimulasi dan membolehkan pemain membangunkan watak dan perlakuan mereka. Dalam kes ini, lazimnya tiada matlamat konkrit atau penamat permainan. 

Beberapa permainan popular dan terbaharu yang menggunakan konsep ini adalah seperti: Xenoblade Chronicles X, Final Fantasy XV, Watch Dogs, The Witcher 3: Wild Hunt, The Elder Scrolls V: Skyrim, Grand Theft Auto V dan Minecraft.

Permainan dan reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Dunia terbuka ialah suatu peringkat atau permainan bukan linear. Hal ini bermaksud dunia tersebut mempunyai dunia terbuka yang mempunyai pelbagai cara untuk melaksanakan objektif. Sesetengah permainan direka dengan menggabungkan konsep tradisional dan dunia terbuka. Dunia terbuka memberikan tahap penerokaan yang lebih tinggi berbanding peringkat kecil yang lebih linear. Pengulas menilai kualiti suatu dunia terbuka dari segi kebolehan pemain berinteraksi dengan peringkat yang lebih luas apabila mereka mengabaikan objektif utama. Sesetengah permainan sebenarnya menggunakan latar nyata sebagai model suatu dunia terbuka, seperti Bandar Raya New York.

Penjanaan prosedural dan kemunculannya[sunting | sunting sumber]

Penjanaan bertatacara merujuk kepada kandungan yang dijana secara algoritma dan bukannya secara manual. Ia biasanya digunakan untuk menjana peringkat permainan dan kandungan lain. Walaupun penjanaan prosedural tidak menjamin

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fail:Turbo esprit cpc.png
Turbo Esprit (1986), ialah contoh awal permainan kotak pasir yang mudah.

Permainan berperanan Ultima yang dikeluarkan pada tahun 1981 menggunakan konsep dunia besar. Konsep dunia besar digelar sebagai perintis kepada konsep dunia terbuka. Hydlide (1984) adalah antara permainan dunia terbuka yang terawal dan ia memberi ganjaran penerokaan dalam persekitaran dunia terbuka. Simulator (penyelaku) angkasa Elite kerap digelar sebagai perintis konsep permainan dunia terbuka pada tahun 1984. Mercenary (1985) merupakan permainan aksi-pengembaraan 3D dunia terbuka pertama. Legend of Zelda pertama yang dikeluarkan pada tahun 1986 di Jepun untuk Nintendo Entertainment System dianggap sebagai contoh awal dunia terbuka. Tiga permainan berperanan Dragon Quest pertama, yang dikeluarkan pada tahun 1986 hingga 1988 di Jepun, juga antara contoh awal rekaan permainan dunia terbuka. Wasteland, yang dikeluarkan pada tahun 1988 oleh Interplay Productions, juga dianggap sebagai permainan dunia terbuka. Permainan tersebut mempunyai dunia terbuka di mana tindakan pemain mempunyai kesan yang kekal dan berterusan. Hal ini menyebabkan kawasan tersebut akan tetap sama seperti keadaan yang ditinggalkan oleh pemain. Ia mempunyai mekanik permainan bukan linear, yang mana pemain boleh meneroka kawasan dunia dari awal permainan dan menyelesaikan misi tanpa susunan tertentu. Lazimnya, misi tersebut akan menyediakan pelbagai jalan penyelesaian. Pemain juga mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan dunia dalam pelbagai cara. Contohnya, pemain perlu menggunakan alat seperti tali dan penyodok untuk maju. Hunter (1991) digambarkan sebagai permainan kotak pasir pertama yang mempunyai grafik diri ketiga 3D penuh.

Abad ke-21[sunting | sunting sumber]

Siri yang memberi kesan budaya yang paling ketara ialah Grand Theft Auto dengan penjualan sebanyak 200 juta. Grand Theft Auto III menggabungkan elemen daripada permainan terdahulu dan menyatukannya menjadi suatu pengalaman 3D baharu yang mendalam yang membantu mendefinisikan permainan dunia terbuka kepada generasi baru. Contohnya, stesen radio telahpun diimplementasikan dalam permainan terdahulu seperti Out Run (1986) rekaan Sega dan SimCopter (1996) rekaan Maxis. Selain itu, kebolehan untuk memukul dan membunuh watak bukan pemain sudah diterapkan dalam judul seperti Portopia, Hydlide II, Final Fantasy Adventure dan pelbagai permainan menembak pistol ringan. Di samping itu, cara pemain melanggar lari pejalan kaki dan dikejar polis sering dibandingkan dengan Pac-Man (1980). Selepas pengeluaran Grand Theft Auto III, banyak permainan yang menggunakan dunia terbuka 3D, contohnya Watch Dogs rekaan Ubisoft, dan siri Saints Row rekaan Deep Silver, dilabelkan sebagai klon Grand Theft Auto. Hal ini serupa seperti permainan menembak diri-pertama awal yang sering digelar sebagai "klon Doom".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]