Perpustakaan Desa Kesang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Perpustakaan Desa Kesang Jaya ini asalnya digunakan oleh KEMAS sebagai bilik asuhan kanak-kanak (TADIKA). Oleh kerana pusat asuhan tersebut tidak dapat menampung kanak-kanak yang semakin ramai, maka pihak KEMAS telah memberi peruntukan untuk membina bangunan baru. Dengan adanya peluang tersebut, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengambil bangunan tersebut untuk dijadikan sebuah perpustakaan.

Perpustakaan ini telah mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2000 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) Dato’ Haji Abdul Kadir b. Haji Daud pada 2 April 2000. Pada ketika itu, bangunan tersebut sangat kecil dan tidak banyak buku yang dapat dimuatkan kedalamnya.

Selepas pengubahsuaian telah dilakukan pada penghujung tahun 2001, bangunan ini akhirnya mempunyai keluasan lantai lebih kurang 986 kaki persegi (34 kaki x 29 kaki) dan boleh memuatkan seramai 40 orang pengguna dewasa dan kanak-kanak pada satu-satu masa.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan sebuah pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang.


Misi[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan masyarakat bermaklumat di Negeri Melaka melalui usaha memperlengkapkan dan mengemaskini koleksi perpustakaan.
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan secara professional, sistematik dan berteknologi tinggi.


Falsafah[sunting | sunting sumber]

Membina, memupuk dan membudayakan masyarakat supaya cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat serta sentiasa berusaha meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat agar terhasil satu tradisi ilmu yang berterusan di kalangan rakyat di Negeri Melaka.


Wawasan[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi sebuah perpustakaan yang cemerlang di negara ini dimana segala maklumat dapat dibekalkan dan disalurkan melalui pelbagai media untuk dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negeri ini.


Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Berusaha melengkap dan mengemaskinikan koleksi perpustakaan agar dapat digunakan oleh generasi masa kini dan masa depan di peringkat negeri.
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan terkini.
  • Mewujudkan masyarakat bermaklumat melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan.


Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Membantu mencapai misi kerajaan Negeri Melaka menjadikan Melaka sebuah negeri maju menjelang tahun 2010 yang berasaskan wawasan negara.


Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan pinjaman dewasa dan kanak-kanak, bahagian rujukan, majalah dan akhbar serta koleksi-koleksi persediaan peperiksaan.

Berikut adalah jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan:

  • Pinjaman Kanak-Kanak
  • Pinjaman Dewasa
  • Rujukan Umum
  • Majalah bulanan dan akhbar harian.
  • Perkhidmatan komputer, printing dan scanning.


Pendaftaran[sunting | sunting sumber]

  • 1. Keahlian terbuka kepada orang ramai dengan mendapatkan borang keahlian dengan kadar bayaran 20 sen sehelai dan pendaftaran hanya boleh dibenarkan dengan menggunakan borang asal sahaja.
  • 2. Borang keahlian mesti dilengkapkan dan diisi sepenuhnya berdasarkan syarat-syarat keahlian. Borang yang tidak lengkap akan menyebabkan pendaftaran pemohon ditolak.
  • 3. Keahlian hanya dibuka kepada penduduk tetap di Negeri Melaka sahaja.
  • 4. Pendaftaran akan dikenakan yuran seperti berikut:
Kategori Yuran Pendaftaran Yuran Keahlian
Kanak-kanak
3½ – 6 tahun RM 1 RM 1
7 – 12 tahun RM 1 RM 1
Belia
13 – 20 tahun RM 1 RM 1
Dewasa
21 – 54 tahun RM 1 RM 1
Warga Emas
55 tahun keatas RM 1 RM 1
  • 5. Pembaharuan yuran tahunan mesti dijelaskan pada tiap-tiap tahun apabila tamat tempoh sah keahlian.
  • 6. Ahli-ahli yang tidak memperbaharui kad pinjaman keahlian yang tamat tempoh akan disekat untuk proses pinjaman buku.
  • 7. Permohonan pendaftaran hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja. Untuk ahli yang kehilangan kad keahlian, denda RM 2.00 akan dikenakan.
  • 8. Setelah permohonan telah di proses, ahli baru akan diberikan 1 keping kad ahli dan 3 keping kad poket pinjaman buku. Sekiranya kad poket pinjaman hilang atau rosak, denda RM 1 akan dikenakan untuk satu keping kad.


Syarat-Syarat Keahlian[sunting | sunting sumber]

  • Kanak-Kanak
    • 1. Pemohon mestilah berumur 3½ tahun hingga 12 tahun sahaja.
    • 2. Setiap permohonan memerlukan pengesahan daripada ibubapa dan pihak sekolah beserta tandatangan pengetua sekolah.


  • Belia
    • 1. Pemohon mestilah berumur 13 tahun hingga 20 tahun.
    • 2. Setiap permohonan dikehendaki disertakan bersama satu salinan fotokopi kad pengenalan.
    • 3. Bagi pemohon yang berasal dari luar Negeri Melaka dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada majikan atau pengetua.
    • 4. Pemohon yang telah bermastautin lebih daripada 1 tahun dikehendaki menyertakan borang pendaftaran dengan bil air atau bil elektrik yang beralamat sendiri.
    • 5. Pemohon yang menetap sementara, iaitu kurang daripada 1 tahun tidak dibenarkan menjadi ahli perpustakaan.


  • Dewasa
    • 1. Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.
    • 2. Setiap permohonan dikehendaki disertakan bersama satu salinan fotokopi kad pengenalan.
    • 3. Bagi pemohon yang berasal dari luar Negeri Melaka dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada majikan atau pengetua.
    • 4. Pemohon yang telah bermastautin lebih daripada 1 tahun dikehendaki menyertakan borang pendaftaran dengan bil air atau bil elektrik yang beralamat sendiri.
    • 5. Pemohon yang menetap sementara, iaitu kurang daripada 1 tahun tidak dibenarkan menjadi ahli perpustakaan.


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Diarkibkan 2008-03-25 di Wayback Machine