Persatuan Bola Sepak Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Persatuan Bolasepak Singapura)
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo FAS

Persatuan Bola Sepak Singapura (Inggeris: The Football Association of Singapore), atau FAS adalah badan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di Singapura. Tanggungjawab utamanya adalah untuk membangunkan sukan bola sepak di Singapura dan juga membangunkan prestasi pasukan negaranya.

Sehingga tahun 1994, FAS sentiasa menghantar pasukan negaranya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Malaysia dan Liga Malaysia. Ia menarik diri pada akhir musim 1994 disebabkan pertelingkahan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai hasil jualan tiket. FAS memutuskan untuk menarik diri bagi memberikan perhatian penuh kepada pembangunan liga tempatannya, S. League.

Persatuan FAS ditubuhkan pada 1952. Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura atau Singapore Amateur Football Association (SAFA) yang menjadi badan tertinggi bola sepak di Singapura. SAFA ditubuhkan pada 1892 dan mengaku sebagai persatuan bola sepak tertua di Asia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]