Persatuan India Muslim Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan India Muslim Malaysia singkatannya (IMAM) merupakan sebuah organisasi NGO yang memperjuangkan nasib kaum India Muslim di Malaysia sejak beberapa lama. Presidennya ialah Hidayathullah Jamal Mohamed.

Hantar pelajar ke Chennai[sunting | sunting sumber]

IMAM menghantar dua pelajar ke Bukhari Aalim Arabic College di Chennai, India, bagi meningkatkan bilangan imam bertauliah daripada golongan itu di Malaysia.Pelajar ini dipilih berdasarkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai minat mendalam dalam pengajian Islam. Hassanuddin Nassaruddin dan Mohamed Hamid Shah Mohamed Thayir dihantar mengikuti program ijazah dalam pengajian Islam dan ijazah dalam bidang pentabiran perniagaan selama lima tahun.Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong usaha ini.

Terdapat 200 masjid dan madrasah India Muslim di Malaysia.Sebuah kolej pengajian Islam akan dibina dan mengadakan kuliah dalam pelbagai bahasa termasuk dalam bahasa Inggeris.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]