Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia
KependekanPROFIMA
Pembentukan1993; 28 tahun yang lalu (1993)
Ibu pejabatKuala Lumpur
Kawasan berkhidmat
Malaysia
Presiden
Khir Mohd Noor
Naib Presiden
Shaikh Mohammad Yusof Shaikh Salim
Laman sesawangwww.profima.com.my

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Bahasa Inggeris: Professional Film Workers Association of Malaysia; PROFIMA) ialah sebuah pertubuhan perwakilan untuk tenaga kerja profesional filem Malaysia, ditubuhkan pada 1993. Ia dahulu dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia sebelum bertukar nama pada 2009. Sehingga 2015, PROFIMA mempunyai 14,363 ahli berdaftar dan 2,178 ahli aktif.[1]

PROFIMA bersuara terhadap kebajikan tenaga kerja filem Malaysia, samada yang masih aktif mahupun bersara. Ia juga menganjurkan Anugerah PROFIMA, yang dianugerahkan kepada pembikin filem atas sumbangan mereka kepada industri perfileman tanah air.[1]

Anugerah PROFIMA[sunting | sunting sumber]

Anugerah PROFIMA ialah anugerah yang serupa dengan Festival Filem Malaysia, yang diadakan sejak 2008, didedikasikan kepada pembikin filem atas sumbangan mereka kepada industri perfileman Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memberikan orang ramai dengan pemahaman yang lebih jelas tentang kerjaya yang generasi Y dapat menikmati, yang sangat berkaitan dengan penggunaan peralatan dan asas digital, dan proses kreatif / berbakat.[2][3]

Pada tahun 2017, mereka mewujudkan satu lagi anugerah yang dipanggil Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa PROFIMA yang mempunyai 71 anugerah dalam sembilan kategori termasuk Penerbit Terbaik, Pengarah, Solekan, Pelagak Ngeri, Pengarah Seni, dan Jurugambar.[4]

Jawatankuasa PROFIMA[sunting | sunting sumber]

Untuk sesi 2019–2021[5]

Jawatan Nama Lain-lain
Presiden Khir Mohd Noor Pengerusi Dasar, Biro Penguatkuasaan dan Pengaduan
Naib Presiden Shaikh Mohammad Yusof Shaikh Salim Pembangunan Ekonomi, Biro Penguatkuasaan dan Pengaduan
Ketua Setiausaha Rusila Hashim Biro Latihan, Acara, Hal Ehwal Ajtarabangsa dan Komunikasi
Pembantu Ketua Setiausaha Dewa Sapri Ibrahim Biro Keahlian
Bendahara Ali Hussin Biro Kebajikan Kru

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "PROFIMA: Sejarah Jawatankusa". Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  2. ^ Mya Amri (23 Julai 2019). "Hargai Warga Kerja Belakang Tabir, Profima Pertandingkan 57 Anugerah". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  3. ^ Nadia Azam (26 Julai 2019). "Profima mahu anugerah diangkat lebih prestij". Malaysiakini. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  4. ^ Dennis Chua (3 Ogos 2017). "M'sia to host award nights for local and international filmmakers in Nov". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2018.
  5. ^ "Jawatankuasa PROFIMA bagi Sesi 2019 – 2021". Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia. Dicapai pada 26 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]