Persatuan Penulis Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Penulis Johor (PPJ) merupakan satu persatuan penulis di Johor, Malaysia. [1]

Persatuan Penulis Johor merupakan salah satu dari Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998 dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional. Salah seorang tokoh yang aktif bergiat dengan Persatuan Penulis Johor termasuk Cikgu Mokhtar bin Talib atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Matlob’.[2]

Persatuan Penulis Johor turut mengadakan aktiviti program perkongsian ilmu dengan penulis yang telah menempa nama di Johor untuk memberikan panduan selain menyusun program bagi meningkatkan mutu penghasilan karya. Antaranya termasuk program Bicara PPJ bersama mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Serbaguna Kampung Parit Baru pada 2011. Program itu turut dihadiri oleh 20 penulis dari pelbagai bidang penulisan di seluruh negeri termasuk Shafiai Mohd. Ramli dan Kassim Mahmuud. [3]

Persatuan Penulis Johor turut aktif menerbitkan buku-buki ahlinya, termasuk Revolusi yang tolol: antologi cerpen penulis-penulis Johor, terbitan Persatuan Penulis Johor dan dicetak oleh Perintis Jaya. Buku ini diterbitkan pada tahun 1983 dan memiliki 249 halaman.[4], dan juga buku Tradisi Johor-Riau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1987 dengan 419 halaman [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]