Matlob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad @ Mokhtar bin Talib atau 'Matlob' (lahir 5 Julai 1937, di Kampung Laut, Semerah, Batu Pahat, Johor) merupakan seorang penulis pelbagai genre kanak-kanak dan remaja. Beliau meninggal dunia pada 6 September 2013 kerana sakit tua.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ibu bapanya dari keluarga nelayan.Bapanya Talib bin Tandang, seorang guru mengaji al-Quran dan ibunya Mariam binti Hj. Ahmad. Matlob dalam bahasa Arab bermaksud “yang dikehendaki” iaitu gelaran yang diberikan oleh guru agamanya.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Matlob bersekolah di Sekolah Melayu Lubuk, Batu Pahat (1946 – 1949) .1950 bersekolah di Sekolah Melayu Pintas Puding, Batu Pahat. Ketika berusia 15 tahun, menerima latihan perguruan di Sekolah Melayu Seri Benut, Johor (1952 – 1953). Beliau menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1954–1956). Penyarah Aminuddin Baki menggalakkan beliau menyelidik dan menghasilkan karya untuk kanak-kanak Melayu kerana terlalu kurang. Matlob mengikuti kursus tambahan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (Mei 1962 – Mei 1963). Matlob menjadi munsyi di Sekolah Convent Batu Pahat, Penolong Kanan Sekolah Menengah Semerah dan menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh, Sekolah Kebangsaan Sri Comel, Sekolah Kebangsaan Parit Sulong dan Sekolah Kebangsaan Peserian.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Karya pertama Matlob tersiar dalam Utusan Kanak-kanak dan Tunas (1953).Rencana beliau tentang pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan dan sosial.Skrip drama pentas“Mekarlah Mawar–Mekarlah Harapan” dipentaskan di Panggung Cathay Muar pada 28 Mei 1965, “Batu Belah Batu Bersemah”, iaitu tablo yang membabitkan 252 orang pelakon pada 5 Jun 1975, Istiadat Bersanding Johor untuk Pesta Permainan Tradisional ke-6 pada 6 November 1976. Beliau menghasilkan lebih daripada 30 buah cerpen dan 360 buah buku.

Ruangan “Mari Berfikir” dalam Utusan Kanak-kanak (Januari 1959 – 1961), “Taman Kanak-kanak” dan “Ruangan Pelajar” dalam Mingguan Malaysia (1965 – 1967), “Taman Sains” dalam Utusan Pelajar (1971 – 1984), “Mingguan Pelajar” dan “Gedung Ilmu” dalam Berita Minggu (1984 – 1988), “Ruangan Pembaca Muda” dalam Utusan Melayu (1989 – 1990) mendekatkan beliau kepada kanak-kanak.

Beliau juga mantan Ketua Unit Pendidikan Jawi dalam Utusan Melayu (1993 – 1997).Sejak Mei 2001 Matlob menulis ruangan “Pintar Jawi” dalam Berita Minggu.


Persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi pengerusi Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar (PPPBPM) bersama Salleh Kasmin (Salmin) .Selain itu menjadi ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ).Dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) , beliau membentangkan kertas kerja “Books for Children and The Young Ones” di Kuala Lumpur pada Disember 1975.

Karya : Novel Remaja[sunting | sunting sumber]

  1. Lanun di Bukit Kapal. Singapura: Pustaka Nasional, 1970; (Siri Adventur BOLTAM)
  2. Surat Rahsia. Singapura: Pustaka Nasional, 1970.
  3. Hantu-hantu Laut. Singapura: Pustaka Nasional, 1971.
  4. Anjing Polis. Singapura: Pustaka Nasional, 1971.
  5. Siapa Jadi Johan. Singapura: Pustaka Nasional, 1971.
  6. Orang Halus Bukit Titiwangsa. Singapura: Pustaka Nasional, 1972.
  7. Pemancing Udang Galah. Singapura: Pustaka Nasional, 1973.
  8. Rahsia Hospital Buta.  : Penerbit Fajar Bakti , 1977.
  9. Rahsia Pulatala.  : Penerbit Fajar Bakti , 1977.
  10. Pakcik Mat Renjer. Singapura: Pustaka Nasional, 1978.
  11. Jerung Hitam. Singapura: Pustaka Nasional, 1978.

Novel Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  1. Menunggu Anak Kak Yi. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993.
  2. Menangkap Pencuri Ayam. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  3. Comelku Sayang. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  4. Berkhemah. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  5. Jadi Tukang Banci. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  6. Jadi Penasihat. Johor: Penerbitan Malaysia Book Store, 1969.
  7. Mat Sains Naik Keretapi.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  8. Anak Ayam Mat Sains.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  9. Mat Sains Pergi Zoo.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  10. Mat Sains Bunuh Ular.  : Penerbitan Utusan Melayu Press, 1976.
  11. Mat Sains Takut Anjing.  : Penerbitan Utusan Melayu, 1976.
  12. Anak Kerbau Mat Sains. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  13. Mat Sains dengan Bayang-bayang. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  14. Mat Sains Jadi Angkasawan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  15. Mat Sains ke Taman Purba. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  16. Mat Sains Membina Kota. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  17. Batu Belah Batu Bertangkup. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  18. Raja Merung Mahawangsa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  19. Raja dari Bukit Siguntang. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1978.
  20. Panglima Nayan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  21. Perang Shah Kobat.  : Pustaka Antara 1980.
  22. Pengembaraan Badrul Muin.  : Pustaka Antara 1980.
  23. Hamzah Akhir Zaman.  : Pustaka Antara 1979.
  24. Hang Jebat.  : Pustaka Antara 1979.
  25. Hang Kasturi.  : Pustaka Antara 1979.
  26. Hang Tuah.  : Pustaka Antara 1979.
  27. Pahlawan Kecil Singapura.  : Pustaka Antara 1979.
  28. Ah Kow: Anak Pekebun Sayur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  29. Awang : Anak Nelayan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  30. Borhan: Anak Pesawah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  31. Kantan: Anak Pinggir Hutan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  32. Kudi: Anak Penanam Lada Hitam. Melaka: Associated Educational Distributors, 1979.
  33. Ah Meng: Anak Pekerja Lombong. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  34. Badri: Anak Pekerja Kapal Laut. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  35. Dayang Hamarah: Anak Pekerja Balak. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  36. Lily: Anak Pekerja Binaan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1980.
  37. Anak Tukang Emas.  : Pustaka Antara 1980.
  38. Beruk Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  39. Jasa Puteri Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  40. Kasih Kambing Jantan.  : Pustaka Antara 1980.
  41. Kucing Hadiah Raja.  : Pustaka Antara 1980.
  42. Dua Orang Puteri Tani.  : Pustaka Antara 1980.
  43. Permaisuri Bintan.  : Pustaka Antara 1980.
  44. Putera Genggang.  : Pustaka Antara 1980.
  45. Raja Kesuma Dewi.  : Pustaka Antara 1980.
  46. Tun Fatimah.  : Pustaka Antara 1980.
  47. Anak Tiri yang Jujur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  48. Balasan Dengki. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  49. Fakri Budiman. Melaka: Associated Educational Distributors
  50. Helah Si Leman. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  51. Kisah Sulung Manja. Melaka: Associated Educational Distributors, 1981.
  52. Beliung Emas di Hulu Sungai. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  53. Budak Kampung Gembala Kambing. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  54. Doa Seorang Petani. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  55. Dua Belas Orang Murid Bingung. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  56. Dua Orang Sahabat Setia. Melaka: Associated Educational Distributors, 1982.
  57. Bek! Bek! Bek! Nasi Andeh Tak Lembik. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  58. Belalang Rusa atau Rusa Belalangkah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  59. Belajar Jauh. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  60. Kerbau Degil. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  61. Mencari Tuk Syekh. Melaka: Associated Educational Distributors, 1983.
  62. Kumpulan Cerita Kanak-kanak 1 (antologi bersama).  : DBP, 1962.
  63. Kumpulan Cerita Kanak-kanak 3 (antologi bersama).  : DBP, 1982.
  64. Upah Perang. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1965.
  65. Bila Sekolah Cuti.  : DBP, 1981.
  66. Layang-layang Putus Tali.  : DBP, 1981.
  67. Piala Anakku. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993.
  68. Intan Malam. Johor Bahru: Badan Cemerlang, 1997.
  69. Awang Kenit. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1965
  70. Puisi Anak-anak. Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1968.
  71. Wan Kenit. Singapura: Pustaka Nasional, 1973.
  72. Si Bulat.  : DBP, 1980.
  73. Si Gonjang.  : DBP, 1980.
  74. Bangun Pagi-pagi.  : Longman Malaysia, 1982.
  75. Keluarga Saya.  : Longman Malaysia, 1982.
  76. Taman di Kaki Bukit.  : DBP, 1987.
  77. Si Pitak.  : Penerbit Fajar Bakti, 1971.
  78. Si Pitak Kerani Muda.  : Penerbit Fajar Bakti , 1971.
  79. Si Pitak Jauh di Rantau.  : Penerbit Fajar Bakti , 1972.
  80. Malim Dewa Menantu Bela. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti , 1975.
  81. Anggun Cik Tunggal Putera Malang. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1975.
  82. Awang Sulung Merah Muda. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1977.
  83. Seri Rama dan Seta Dewi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti , 1978.
  84. Sastera Alam Kanak-kanak.  : Pustaka Antara 1964.
  85. Saya Bersih. Melaka: Jasin Stor, 1986
  86. Saya Ikut Ketua. Melaka: Jasin Stor, 1986
  87. Saya Sihat Saya Riang. Melaka: Jasin Stor, 1986
  88. Inilah Cerita Saya. Melaka: Jasin Stor, 1986
  89. Saya Belajar Nombor. Melaka: Jasin Stor, 1986
  90. Saya Belajar Membaca. Melaka: Jasin Stor, 1986
  91. Buku Kerja Prabaca Rumi. Melaka: Jasin Stor, 1987
  92. Buku Kerja Pramatematik. Melaka: Jasin Stor, 1987
  93. Buku Kerja Prajawi. Melaka: Jasin Stor, 1987. Siri Pengetahuan Alam dan Pekerjaan
  94. Pekebun Sayur. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  95. Penoreh Getah. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  96. Pekerja di Pinggir Hutan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  97. Peneroka Kelapa Sawit. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  98. Nelayan. Melaka: Associated Educational Distributors, 1985
  99. Anak Bertuah. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  100. Puteri Bulan. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  101. Tuah Anggerik. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  102. Abangku Kijang. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  103. Nasib Si Bongkok. Melaka: Lewoon Enterprise, 1987
  104. Kedut Bumi.  : Cipta Publishing, 1987
  105. Hidup Belajar. : Cipta Publishing, 1987
  106. Jujur Memegang Amanah.  : Cipta Publishing, 1987
  107. Merenung Laut Berombak.  : Cipta Publishing, 1987

Ilmu Jawi[sunting | sunting sumber]

  1. Rahsia Belajar Jawi.  : Pustaka Antara 1989
  2. Sistem Tulisan Jawi (bersama Dr. Mohd. Hussein Baharuddin). Kuala Lumpur, Global Grafik, 1998
  3. Kisah Anak-anak Pekerja (1). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  4. Kisah Anak-anak Pekerja (2). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  5. Kisah Anak-anak Pekerja (3). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  6. Kisah Anak-anak Pekerja (4). Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  7. Syahadah dan Salat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  8. Berpuasa di Bulan Ramadhan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  9. Mengeluarkan Zakat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  10. Menunaikan Haji. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991.
  11. Tentera Gajah. Melaka: Mayabakti, 1991
  12. Merpati Mekah. Melaka: Mayabakti, 1991
  13. Nyamuk dan Namrud. Melaka: Mayabakti, 1991
  14. Orang Kera. Melaka: Mayabakti, 1991
  15. Allah. Melaka: Mayabakti, 1991
  16. Rasul Allah. Melaka: Mayabakti, 1991
  17. Mari Sembahyang. Melaka: Mayabakti, 1991
  18. Hari dan Bulan. Melaka: Mayabakti, 1991
  19. Iskandar Agung. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  20. Isabella. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  21. Kublai Khan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  22. Napoleon Buonarparte. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  23. Tun Fatimah.  : Pustaka Antara 1991
  24. Hang Tuah.  : Pustaka Antara 1991
  25. Kamal al-Arifin dengan Perempuan.  : Pustaka Antara 1991
  26. Pengembaraan Badrul Muin.  : Pustaka Antara 1991
  27. Pak Pandir Turun ke Sawah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  28. Siapa ke Tali Gantung. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  29. Si Hidung Panjang. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991
  30. Menunggu Rambut Puteri Bulan. Johor Bahru: Badan Book Store, 1991

Penceritaan Semula[sunting | sunting sumber]

  1. Hikayat 1001 Malam: Bertarung dengan Jin.  : Pustaka Antara 1991
  2. Balasan Budi.  : Pustaka Antara 1991
  3. Penghuni Kubur.  : Pustaka Antara 1991
  4. Si Bongkok Beristeri Ayu.  : Pustaka Antara 1991
  5. Pugar Satu: Gubuk Terpencil di Pekan Semerah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  6. Pugar Dua: Bandar Penggaram Batu Dipahat. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  7. Pugar Tiga: Dari Tanjung Laboh ke Ayer Baloi. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  8. Pugar Empat: Yang Nyaman dan yang Mengharu. Johor Bahru: Badan Book Store, 1992
  9. Anak Pembuat Tembikar. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993
  10. Tangisan di Malam Raya. Johor Bahru: Badan Book Store, 1993

Antologi Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. Matinya Seorang Mangkubumi.  : Berita Publishing, 1994
  2. Singapura Negeri Berdarah.  : Berita Publishing, 1994
  3. Putera Raja Berebut Takhta.  : Berita Publishing, 1994
  4. Teman Seiring Jalan.  : Berita Publishing, 1994
  5. Di Sini Ada Bahaya. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  6. Istana Ratu Terpokah? Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  7. Perenang Handal. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  8. Si Bijak Malam. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  9. Ah Bodohnya Mat Saleh Ni. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  10. Buah Tahi Gajah. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  11. Kelawar Terbang Malam. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  12. Telur Angsa Telur Biawak. Johor Bahru: Badan Book Store, 1994
  13. Ibu dan Bapa.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  14. Keluarga Saya.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  15. Proton Wira.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  16. Komputer.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  17. Perpustakaan.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  18. Gerhana Bulan.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  19. Pereka Kapal Terbang.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  20. Malaysia Negara Kita. : Penerbitan Hartamas, 1994
  21. Permulaan Ketiga: Tahukah Kamu Teknologi Semula Jadi? : Penerbitan Hartamas, 1994
  22. Nyamuk Aedes. : Penerbitan Hartamas, 1994
  23. Jadi Tukang Banci.  : Penerbitan Hartamas, 1994
  24. Pendeta Za’ba. : Penerbitan Hartamas, 1994
  25. Mari Mengenal Huruf Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  26. Mari Mengenal Tulisan Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  27. Mari Mengenal Ejaan Jawi. Petaling Jaya: Eastview Publications, 1996
  28. Jawi Rendah Asas. Singapura: Pustaka Nasional, 1999
  29. Jawi Rendah Satu. Singapura: Pustaka Nasional, 1999
  30. Jawi Rendah Dua. Singapura: Pustaka Nasional, 1999

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]