Pergi ke kandungan

Persekutuan Angkat Berat Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persekutuan Angkat Berat Malaysia
PABM
SukanAngkat berat
Ibu PejabatPengkas, Johor Bahru[1]
PresidenDatuk Haji Ayub Rahmat
Naib PresidenDatuk Nasir Mohd Ali
SetiausahaWan Muhammad Hafiz Wan Izanatar
Malaysia

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM, bahasa Inggeris: Malaysian Weightlifting Federation) ialah badan sukan induk rasmi bagi sukan angkat berat di Malaysia. Ibu pejabat badan ini kini di Pengkas, Johor Bahru.[1]

Bermula April 2020, pihak PABM digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) selama setahun akibat skandal doping dalam kalangan atlet angkat berat Malaysia selama setahun, menyebabkan atlet angkat berat negara diharamkan daripada bertanding dalam acara-acara angkat berat IWF, dan tidak berpeluang beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[2]

Aniq Kasdan di Kejohanan Olimpik Paris 20024

Sukan angkat berat di Malaysia mula diberi perhatian selepas kecemerlangan badang negara, Aniq Kasdan di Kejohanan Olimpik Paris, di bawah kepimpinan Datuk Haji Ayub Rahmat. Beliau menamatkan pertandingan di tempat ke-empat, dengan hanya 1 mata perbezaan yang memisahkan beliau dengan pingat gangsa.[3].

  1. ^ a b "Malaysian Weightlifting Federation". Majlis Olimpik Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Jun 2021.
  2. ^ Helmi Talkah (5 April 2020). "PABM akur digantung setahun". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2021.
  3. ^ "Aniq keempat terbaik di Olimpik Paris 2024".