Pergi ke kandungan

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018
Tarikh2–15 Disember 2018 (02-12-2018 – 15-12-2018)
LokasiKatowice, Poland
Juga dikenali sebagai
COP24 (UNFCCC)
CMP14 (Protokol Kyoto)
CMA3 (Perjanjian Paris)
Dianjurkan olehPoland
HadirinNegara ahli UNFCCC
Peristiwa sebelumPersidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2017
Laman sesawang
unfccc.int/katowice
www.cop24.katowice.eu

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018 merupakan Persidangan Parti ke Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang ke-24: COP24,[1] juga dikenali sebagai Persidangan Perubahan Iklim Katowice. Persidangan ini diadakan dari 2 hingga 15 Disember 2018 di Katowice, Poland. Persidangan ini mempersetujui peraturan-peraturan melaksanakan Perjanjian Paris 2015, sebahagian daripada Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim.

"Ubah sistem, bukannya iklim" di Perarakan Iklim Rakyat di Paris, pada 8 Disember 2018.

Setelah Amerika Syarikat meninggalkan Perjanjian Paris, China telah mengambil peranan utama dengan mengadakan banyak mesyuarat persediaan pada minggu-minggu dahulu.[2]

Pada bulan November 2018, Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengeluarkan laporan menyatakan tahap karbon dioksida atmosfera 2017 mencecah 405 bahagian per juta (ppm), suatu tahap tidak dilihat dalam tiga hingga lima juta tahun.[3] Pada Oktober 2018, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca menerbitkan Laporan Khas mengenai Pemanasan Global 1.5 °C mereka.

Pada 3 Disember 2018, ahli alamiah terkenal British David Attenborough memberitahu para wakil di persidangan bahawa:[4]

Sekarang kita menghadapi bencana buatan manusia berskala global, ancaman terbesar kita dalam beribu-ribu tahun: perubahan iklim. Jika kita tidak mengambil tindakan, kejatuhan tamadun kita dan kepupusan kebanyakan dunia semula jadi terbit.

Pada 4 Disember 2018, aktivis perubahan iklim 15 tahun Greta Thunberg mengemukakan sidang kemuncak dan menjelaskan parahnya masalah ini dengan cara ini:[5]

Perkara yang saya harap kita mencapai di persidangan ini ialah kita sedar bahawa kia sedang menghadapi ancaman kewujudan. Ini merupakan krisis terbesar manusia telah hadapi. Pertama kita perlu sedar ini dan kemudian secepat mungkin buat sesuatu untuk hentikan pengeluaran dan cuba selamatkan perkara yang kita boleh selamatkan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "COP24 KATOWICE UNITED NATIONS CLIMATE CHANGE CONFERENCE" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-03. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  2. ^ Leslie Hook (16 November 2018). "China emerges as powerbroker in global climate talks". The Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2018.
  3. ^ Matt McGrath (22 November 2018). "Climate change: Warming gas concentrations at new record high" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 27 November 2018.
  4. ^ Carrington, Damian (3 December 2018). "David Attenborough: collapse of civilisation is on the horizon". The Guardian. Dicapai pada 5 December 2018.
  5. ^ Carrington, Damian (4 December 2018). "'Our leaders are like children', school strike founder tells climate summit". The Guardian. London, United Kingdom. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2018-12-04.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]