Persubahatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Persubahatan ialah kerjasama atau bersekongkol dengan musuh untuk menentang negara lain semasa peperangan.[1] Istilah ini paling sering digunakan untuk menerangkan kerjasama orang awam dengan penjajah Kuasa Paksi, terutamanya Jerman Nazi, Fasis Itali, dan Imperial Jepun, semasa Perang Dunia II. Dorongan untuk persubahatan oleh rakyat dan organisasi merangkumi seperti nasionalisme, kebencian etnik, antikomunisme, antisemitisme, oportunisme, pembelaan diri, atau gabungan kesemua faktor-faktor ini. Sesetengah kolaborator dalam Perang Dunia II melakukan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, atau kekejaman seperti peristiwa Holokus.[2] Selalunya kolaborator hanya "menurut kehendak bersama," berusaha mendapat keuntungan dari penaklukan atau hanya bertahan. Definisi persubahatan adalah tidak tepat dan tertakluk kepada tafsiran.

Stanley Hoffmann membahagikan persubahatan kepada tidak sukarela (enggan mengakui keperluan) dan sukarela (cuba memanfaatkan keperluan). Menurut beliau, persubahatan boleh menjadi pak turut atau berideologi. Pak turut adalah layanan kepada musuh berdasarkan keperluan untuk survival atau kesenangan sendiri, sedangkan ideologi adalah sokongan untuk kerjasama dengan pihak musuh.[3] Bagaimanapun, Bertram Gordon menggunakan istilah "kolaborator" dan "persekongkolan" untuk persubahatan bukan ideologi dan berideologi.[4] James Mace Ward telah menegaskan bahawa, walaupun persubahatan sering disamakan dengan pengkhianatan, terdapat "kolaborasi yang sah" antara pelatih awam (kebanyakannya orang Amerika) di Filipina dan penakluk Jepun mereka untuk kepentingan bersama dan untuk meningkatkan potensi pelatih untuk terus hidup.[5] Persubahatan dengan Kuasa Paksi di Eropah dan Asia wujud dalam pelbagai peringkat di semua negara yang ditakluki. Walaupun United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak pernah ditakluk, sebuah koloni British, iaitu Kepulauan Channel berhampiran Perancis, dibawah pendudukan Jerman dan ribuan penduduk awam Amerika di Asia telah ditahan oleh Jepun.

Dengan kekalahan pihak Paksi, para kolaborator sering dihukum oleh penghinaan terbuka, penjara, dan hukuman mati. Di Perancis, anggaran 10,500 orang kolaborator telah dihukum mati, sesetengah melalui proses undang-undang, sesetengah pula diluar perbicaraan.[6]

Lawan persubahatan dalam Perang Dunia II ialah "penentang", sejenis istilah yang juga mempunyai makna dan tafsiran yang luas.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Collaborationism", The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition
  2. ^ "Collaboration," Holocaust Encyclopedia, [1], accessed 3 May 2019
  3. ^ Stanley Hoffmann. 'Collaborationism in France during World War II." The Journal of Modern History, Vol. 40, No. 3 (Sep., 1968), pp. 375–395
  4. ^ Bertram N. Gordon, Collaborationism in France during the Second World War (Cornell University Press, 1980)
  5. ^ Ward, James Mace (May 2008), "Legitimate Collaboration: The Administration of Santo Tomas Internment Camp and its Histories, 1942-2003," Pacific Historical Review, Vol 77, No. 2, p. 159, 195-200. Downloaded from JSTOR.
  6. ^ Jackson, Julian (2003), France: The Dark Years, 1940–1944, Oxford: Oxford University Press, p. 577

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kitson, Simon (2008), The Hunt for Nazi Spies, Fighting espionage in Vichy France, Chicago: University of Chicago Press. (translation from French, Vichy et la chasse aux espions nazis, Paris, Autrement, 2005.)
  • Littlejohn, David (1972), The Patriotic Traitors: A History of Collaboration in German-Occupied Europe, 1940-45, London: William Heinemann Ltd., ISBN 0-434-42725-X
  • Sweets, John F (September 1997), "Review: La France a l'heure Allemande, 1940–1944", The Journal of Modern History, University of Chicago Press, 69 (3): 611–613, doi:10.1086/245567
  • Webster, Paul (1999), Petain's Crime: The Complete Story of French Collaboration in the Holocaust, Ivan R. Dee, ISBN 978-1566632492